Wednesday, July 10, 2013
Sunday, July 7, 2013
Resepi Di Bulan Ramadhan
Lepat Labu
1/2 biji labu yang masak
Buang kulit dan bersihkan.
Kukus labu sehingga empuk dan gebu.
Kisar labu dengan 8 sudu gula dan 1 sudu kecil garam
Masukkan 1 mangkuk santan dan gaul.
Masukkan 3 mangkuk tepung dan gaul hingga sebati.
Bungkus dengan daun pisang.
Kukus selama 15 minit.
Siap dan ringkas untuk dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA.
1/2 biji labu yang masak
Buang kulit dan bersihkan.
Kukus labu sehingga empuk dan gebu.
Kisar labu dengan 8 sudu gula dan 1 sudu kecil garam
Masukkan 1 mangkuk santan dan gaul.
Masukkan 3 mangkuk tepung dan gaul hingga sebati.
Bungkus dengan daun pisang.
Kukus selama 15 minit.
Siap dan ringkas untuk dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA.
Saturday, July 6, 2013
Tuesday, July 2, 2013
Peribahasa Melayu
Peribahasa Melayu yang menggunakan tema Pelautan,,,,,
1.
Kalau takut
dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.
2.
Seperti ketam
mengajar anaknya berjalan betul.
3.
Kalau kail panjang
sejengkal, lautan dalam jangan hendak diduga.
4.
Sekali air bah,
sekali pantai berubah.
5.
Terlajak perahu
boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
PENULISAN ESEI
Esei berbeza dengan
penulisan karangan yang biasa. Esei yang menarik mempunyai pendahuluan yang
tepat, padat dan menjurus kepada pokok persoalan yang dibincangkan. Biasanya esei
ditulis melebihi 4000 patah perkataan. Sesebuah esei yang menarik terletak di
bahagian pendahuluan. Esei ditulis untuk menerangkan secara terperinci tentang
sesuatu isu yang dibincangkan. Sebagai contoh, isu penderaan kanak-kanak, isu
rasuah, isu disiplin murid-murid serta isu tentang dasar-dasar kerajaan. Lazimnya
isi bagi sesuatu isu yang dibincangkan diambil daripada fakta dan data serta
statistik untuk menguatkan lagi hujah yang dibincangkan. Sebuah esei merupakan cebisan tulisan yang
selalunya ditulis daripada pandangan peribadi
seseorang pengarang. Suatu esei boleh merangkumi sejumlah elemen, termasuklah kritikan kesusasteraan, manifesto politik, hujah-hujah yang dipelajari, pemerhatian
mengenai kehidupan seharian, ingatan, dan juga refleksi kepada seseorang
pengarang.
Sebuah esei asas boleh
dibahagi kepada tiga bahagian iaitu:
Pertama, pendahuluan
yang berisi latar belakang maklumat yang mengenal pasti subjek yang dibahaskan
dan pengantar tentang subjek yang akan dikupas oleh penulis
tersebut.
Kedua, tubuh esei yang
menyajikan seluruh maklumat mengenai subjek.
Ketiga, adalah
bahagian akhir yang memberikan kesimpulan dengan menyebutkan kembali idea
pokok, ringkasan dari tubuh esei, atau menambahkan beberapa pemerhatian
mengenai subjek yang dikupas oleh penulis.
Monday, July 1, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)






