Photobucket

Wednesday, August 28, 2013

BIARKAN SAMUDERA

Sinopsis

          Konflik yang dihadapi oleh Mir sama seperti gelora samudera yang memusnahkan rumah di perkampungan nelayan dan menyebabkan kehidupan nelayan bermasalah. Mir merenung samudera, bercakap sendiri sambil mengaitkan hakikat samudera, kehidupan nelayan dan keseimbangan  ekosistem samudera. Hakimah hairan dengan sikap Mir. Mir teringatkan ayahnya yang berkata dia sayang akan laut seperti dia sayang akan Mir.

           Mir memikirkan di manakah mereka akan tinggal selepas ini. Mir bercakap bersendirian lagi tentang perahu ayahnya dan nasib nelayan. Hakimah semakin hairan apabila dia mengajak Mir balik ke kota, Mir hanya berkata dia mahu melihat laut. Hakimah mahu Mir mendapat rawatan. Mir ‘sakit’ setelah rumahnya di tepi pantai dirobohkan untuk membuat pusat peranginan dan Mir tidak berhak menuntut apa-apa kerana tanah itu bukan milik mutlak Mir. Hakimah semakin sedih dengan keadaan Mir dan dia ingin menyelamatkan Mir. Hakimah mahu memberikan kekuatan dan keyakinan kepada Mir.

         Hakimah dinasihatkan oleh ibunya agar tidak membiarkan jiwa Mir kosong dan sentiasa ajarkan Mir membaca al-Quran. Mir mengalami konflik jiwa yang hebat iaitu skizofrenia mudah. Mir perlu diselamatkan secepat mungkin. Mir tidak mendapat kasih sayang sesiapa kecuali ayahnya dan mungkin itulah sebabnya Mir menjadi pemurung. Ibu Hakimah menghulurkan sebungkus kain telekung dan berpesan agar Hakimah membawa Mir datang bertemunya.
 
Mir teringat akan ayahnya dan bagaimana ayahnya akur dengan rumah gantian yang diberikan. Ayahnya mahu Mir membina mahligai sendiri. Ayahnya berpesan agar Mir menjadi penerus dan pewaris samudera dan tidak akan membiarkan dada samudera sakit. Mir memberitahu Hakimah bahawa ayahnya meminta dia menjaga samudera dan jangan samudera dikhianati walaupun pembangunan pesat berlaku di pantai. Hakimah bersyukur, Mir semakin pulih. Mir memberitahu, hadiah ibu Hakimah dipakai 5 kali sehari dan dia berasa tenang dan damai. Mir berterima kasih kepada Hakimah.




DRAMA CEMPAKA BERDARAH

SINOPSIS

Mak Jah dan anak perempuannya yang bernama cempaka yang menunggu kepulangan Zaman, anak lelakinya yang menuntut di  universiti di Kuala Lumpur telah didatangi seorang  tetamu berbangsa Inggeris,Peter Broom,profesor antropologi dan sosiologi.Tujuan Profesor Peter berkunjung  ke rumah Mak Jah adalah untuk mencari adik kandungnya yang ditingalkan ibunya semasa meletusnya Perang Jepun.Kemunculan Malik bersama-sama dengan Profesor Peter menimbulkan kekecohan.Profesor Peter mempersoalkan rambut Cempaka yang perang. Zaman marah-marah atas sikap terburu-buru Profesor Peter yang hendak mengambil Cempaka kerana yakin bahawa Cempaka ialah adiknya. Zaman dengan berani menghalang Profesor Peter.ketika itu, seekor ular berada di atas kepala Cempaka. Profesor Peter pun hendak menembak ular itu tetapi tertembak akan Cempaka. Kejadian itu menyebabkan Zaman  naik angin. Zaman dan Profesor Peter Bergelut. Profesor Peter berlari masuk ke dalam hutan sambil dikejar oleh Zaman. Tiba-tiba,kedengaran bunyi tembakan dan Mak Jah mendapati Zaman terselamat. Zaman dan Mak Jah segera mengangkat Cempaka yang tidak sedar diri untuk dibawa pulang ke rumah.