Photobucket

Saturday, March 15, 2014

TIPS MENGEKALKAN KEBAHAGIAAN



1. Bersifat peramah dan buang perasaan bimbang.

2. Mencipta suasana yang menyeronokkan di tempat kerja.

3. Mencintai diri sendiri lebih daripada orang lain.

4. Menjauhi kehidupan di luar kemampuan.

5. Bersyukur dengan apa yang ada dan tidak iri dengan orang lain.

6. Menghargai harta yang dimiliki kerana kita jarang menghargai sesuatu apabila berada bersama kita tetapi apabila sesuatu itu telah tiada di sisi kita, barulah kita sedar betapa pentingnya sesuatu itu kepada kita.

7. Bergembira dengan orang yang ada di samping kita dan carilah sesuatu yang menarik yang ada pada individu berkenaan.

8. Sayangilah dan sentiasalah mencintai pasangan hidup kita kerana merekalah cinta pertama dan terakhir kita.



TAKZIAH

Salam Takziah untuk keluarga semua penumpang pesawat MH 370.
Semua yang berlaku adalah atas kehendakNya.
Sabar dan tawakkal ubat paling mujarab.
Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.

Di Mana MH 370?

Kehilangan MH370, jawapan masih samar - Semasa - Sinar Harian

Tuesday, March 4, 2014

Aduhai Lelaki @ Suami !!!!

Tragedi demi tragedi perceraian @ perpisahan akan memberi kesan kepada anak-anak. Perceraian yang berlaku menyebabkan suami dan isteri akan berpisah dan tidak tinggal sebumbung. Bagaimana pula dengan anak-anak mangsa perpeceraian ini? Hidup mereka akan terumbang-ambing dan fikiran kacau bilau. Akhirnya anak-anak mangsa perceraian ini akan mengambil jalan singkat sebagai tanda protes. Antaranya melibatkan diri dalam kegiatan merempit, penyalahgunaan dadah dan merosakkan harta benda awam. Paling memberi kesan ialah ponteng sekolah.
 
Remaja yang masih bersekolah akan ponteng sekolah tanpa pengetahuan ibu bapa kerana mereka merasakan hidup mereka tidak sama seperti orang lain. Statistik di kebanyakan sekolah menunjukkan salah laku disiplin dan ponteng sekolah serta penyalahgunaan dadah dalam kalangan murid-murid sekolah adalah disebabkan oleh perceraian ibu bapa. Biasanya ibu bapa yang bercerai ini kerana kehadiran orang ketiga. Kecanggihan teknologi maklumat telah mempertemukan bekas tunang, bekas kekasih dan rakan lama yang telah terpisah untuk menjalin hubungan melalui laman sosial seperti "Facebook", "Twitter", "Whatsapp", "WeChat" dan lain-lain lagi. Perhubungan yang bermula sebagai biasa-biasa saja ini akan menjerumuskan para suami atau isteri dalam hubungan terlarang seterusnya menyebabkan perceraian. Perceraian yang berlaku kerana kehadiran orang ketiga sangat tidak disukai oleh remaja. Mereka memikirkan ibu bapa mereka telah dewasa dan tidak sepatutnya bercerai-berai apatah lagi bercinta. Oleh itu, anak-akan akan memberontak dan melakukan perkara-perkara yang dilarang dan melanggar peraturan sekolah. Kesannya jumlah pelajar ponteng semakin bertambah dan jumlah penagih semakin ramai.
 
Setiap penyakit ada penawarnya. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Bagi mengatasi masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja khususnya murid-murid sekolah, para ibu bapa perlu memahami perkembangan emosi anak-anak. Para bapa khususnya para suami seharusnya berfikir seribu kali sebelum menjalin hubungan cinta pada usia tua bagi mengelakkan perpisahan atau perceraian. Anak-anak sentiasa mendambakan kasih sayang ibu bapa. Oleh itu, korbankanlah perasaan cinta terhadap pihak ketiga agar anak-anak membesar menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Wednesday, February 26, 2014

HIDUP TENANG TANPA INTERNET

Kehidupan di kampung dan di kawasan pedalaman pula sangat sukar untuk mendapat liputan dan rangkaian Internet. Begitulah yang berlaku kepada Cikgunie dan semua penduduk Malaysia yang mendiami di kawasan kampung. Walaupun membesar dan menerima pendidikan di bandar tetapi Cikgunie masih betah dengan suasana kampung. Perbezaan ketara pada alaf siber dan millenium antara penduduk bandar dan luar bandar ialah kemudahan Internet. Internet memainkan peranan penting untuk memudahkan perhubungan antara individu dengan individu yang lain. Namun, kemunculan laman sosial telah menyebabkan banyak kerja tertangguh.
 
Surirumah akan lewat mengemas rumah dan memasak kerana leka mengemaskini status di laman sosial seperti Facebook dan Twitter. Remaja pula tidak sempat menyiapkan kerja sekolah atau tugasan kuliah. Penjawat awam atau pekerja pula lewat menyiapkan tugasan yang diamanahkan kepada mereka kerana sibuk melayan laman sosial. Pasangan bercinta pula langsung tidak sempat menonton program televisyen kesukaan mereka seperti suatu ketika dahulu. Begitu juga dengan Cikgunie suatu masa dahulu. Semuanya kerana Internet.
 
Walau bagaimanapun, apabila tinggal di kawasan pedalaman yang jauh daripada kemudahan dan teknologi ICT, membuatkan kehidupan Cikgunie semakin tenang. Tiada kemudahan Internet memudahkan dan mempercepatkan urusan seharian Cikgunie. Kerja tidak terbengkalai, urusan dapat dilaksanakan dalam masa sehari dan Cikgunie mempunya masa melayan program televisyen kegemaran Cikgunie. Semuanya amat mudah dan senang. Tidak perlu terburu-buru atau mengejar masa kerana semuanya beres. Cikgunie amat bersyukur kerana di tempatkan di daerah yang susah dan tiada kemudahan Internet. Sesungguhnya, sudah terang lagi bersuluh, Internet mengundang pelbagai masalah sosial dan menyebabkan manusia malas melakukan rutin harian. Akibatnya kerja tergendala, urusan tertangguh dan kita menjadi tidak aktif dalam semua bidang. Pilihan di tangan kita. Buatlah pilihan yang tepat. Pastinya kehidupan Cikgunie lebih tenang dan urusan teratur tanpa Internet seperti  tahun-tahun sebelum ini.

Sunday, February 23, 2014

TARGET SOALAN 3 (TATABAHASA)

MENUKARKAN AYAT MUDAH KEPADA AYAT MAJMUK
A. AYAT MUDAH
Juga dikenali sebagai ayat selapis/ayat pendek atau ayat tunggal.
Ayat mudah hanya mempunyai satu subjek dan satu predikat sahaja.

B. AYAT MAJMUK
 
Juga dikenali ayat berlapis/ayat berkait/ayat panjang.
Ayat majmuk mempunyai lebih daripada satu subjek dan lebih daripada satu predikat.

C.  KAEDAH MENUKARKAN AYAT MUDAH MENJADI AYAT MAJMUK
 
Syarat penukaran ayat;
i.                  Jangan mengubah maksud ayat yang diberi.
ii.               Jangan mengubah struktur atau susunan ayat. Ayat yang dahulu mesti didahulukan.
iii.           Sambung ayat-ayat mudah dengan menggunakan kata sendi yang lazim digunakan seperti di/dari/ke/pada/kepada/demi/untuk/agar dan sebagainya.
iv.            Juga boleh gunakan kata hubung seperti dan/tetapi/lalu/atau/sambil/namun/walaupun dan lain-lain.
v.                Perkataan yang sama tidak boleh diulang kecuali perkataan ‘atau’ digunakan.
vi.            Pastikan jumlah ayat yang hendak dibuat berdasarkan perkataan yang diberi.
vii.         Ayat baru boleh dibuat jika sesuatu ayat mudah itu menceritakan perkara yang berlainan daripada subjek yang sebelumnya.
viii.     Nomborkan ayat majmuk yang telah dihasilkan.

D. CONTOH MENUKARKAN AYAT MAJMUK
 
I.                 Azam pergi ke pasar raya. Ibu Azam pergi ke pasar raya. Mereka membeli gula. Mereka membeli susu.
AYAT MAJMUK

I.                  Azam dan ibunya pergi ke pasar raya untuk membeli gula dan susu.

LATIHAN MEMBINA AYAT MAJMUK

Tukarkan ayat-ayat mudah di bawah supaya menjadi
3 ayat majmuk.


       Mereka dijemput hadir. Mereka hadir untuk menjamu selera. Jamuan itu ialah jamuan hari jadi. Jamuan itu sempena hari jadi cucu Puan Siti Zahara. Ramai tetamu yang hadir. Mereka dating dari seluruh kawasan perumahan itu. Mereka meraikan hari jadi cucu Puan Siti zahara. Hari itu ialah hari jadi ke lima cucu Puan Siti Zahara. Banyak juadah disediakan. Juadah itu untuk para tetamu. Tetamu menjamu selera. Mereka sungguh gembira.

Thursday, February 6, 2014

SELAMAT TINGGAL SAYANG

SMK Mutiara dalam kenangan
SMK Kuala Nerang dalam harapan....

Assalamualaikum w.b.t pembaca blog Cikgunie yang dikasihi lagi disayangi.
Terima kasih kerana masih melayari blog Cikgunie.
Maafkan Cikgunie kerana agak lama tidak mengepos bahan-bahan Bahasa Melayu untuk rujukan pembaca sekalian. Sebenarnya Cikgunie agak sibuk menguruskan perpindahan Cikgunie dari Labuan ke negeri kelahiran Cikgunie, iaitu Kedah Darul Aman.
Alhamdulillah, walaupun tidak memegang jawatan yang sama, tetapi dapat bertugas di tempat kelahiran dan tanah tumpah darah Cikgunie membuatkan jiwa ini terasa seperti berada di alam persekolahan. Kalau suatu waktu dahulu ibu bapa Cikgunie mengejutkan Cikgunie pagi-pagi untuk kembali ke asrama sebulan sekali, kini ibu bapa Cikgunie sanggup meninggalkan rumah sendiri dan duduk bersama Cikgunie kerana hendak mengejutkan Cikgunie bangun seawal jam 5.00 pagi kerana pada jam 6.00 pagi Cikgunie terpaksa berada di asrama untuk memastikan semua pelajar asrama sekolah baru Cikgunie sudah berada dalam surau dan memastikan bilik dalam keadaan bersih dan kemas. Syukur kerana di sekolah baru, Cikgunie berurusan secara langsung dengan murid dan ibu bapa berbanding di sekolah lama Cikgunie berurusan dengan guru-guru dan kaki tangan bukan mengajar di pejabat.
Pengalaman yang baru di tahun baru di sekolah baru sangat mengujakan Cikgunie.
Selamat Tinggal SMK Mutiara,,,,huhuhu
Selamat Datang SMK Kuala Nerang,,,,,hehehe
I Love You SMK Kuala Nerang....
I Miss You SMK Mutiara....