Photobucket

Tuesday, June 17, 2014

RAMALAN UJIAN LISAN B.MELAYU ULKCP

Pertanian
Pelancongan
Pendidikan
Perpaduan
Kejiranan
Sukan
 

Sabarlah Sayang

Setiap dugaan ada batasnya,
Setiap cabaran ada hadnya,
Setiap aral ada penghadangnya,
Setiap  perbuatan ada batasannya,
Setiap kesabaran ada hadnya,
Setiap perasaan ada limitnya,
Jika semuanya melampaui had,
Tangisan tidak dapat mengubah apa-apa
Mengundur diri satu-satunya cara
Namun ia bukan bermaksud mengalah.
Cuma perpisahan adalah jalan terbaik.
Selamat tinggal semuanya.
Aku pergi bukan untuk kembali.

Luahan rasa : roussenie ar 17062014

Monday, June 16, 2014

Fakta Sekeping Hati

Kadang-kadang kita sering menyembunyikan kesedihan untuk menunjukkan kegembiraan sedangkan hati kita disiat-siat saat kita tersenyum kerana ketawa penawar duka.
 
Kadang-kadang kita melihat halaman orang terlalu cantik sedangkan halaman kita sendiri berwarna-warni dan berseri kerana milik orang semua menarik di mata.
 
Kadang-kadang kita terlalu asyik memandang bintang bersinar terang di langit sedangkan rumput di bumi yang kita pijak terlalu lembut di tapak kaki.
 
Kadang-kadang kita tersilap menilai antara kejernihan kaca dan sinaran permata di tengah lautan pepasir yang memutih sedangkan kilauannya mengaburi pandangan mata.
 
Kadang-kadang kita terlupa di mana sebenarnya bumi yang dipijak dengan langit yang dijunjung kerana tiada garis pemisah keduanya sedangkan fantasi dan realiti sering bertemu di hujung mimpi.
 

PANDUAN MENGHADAPI UJIAN LISAN BM CALON PERSENDIRIAN (ULKCP)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
 
Cikgunie menerima beberapa kiriman emel daripada pembaca yang inginkan tips dan panduan menghadapi Ujian Lisan Bahasa Melayu untuk calon-calon persendirian. Seperti biasa ada dua model pentaksiran semasa sesi Ujian Lisan, iaitu Individu dan Berkumpulan.
 
Tidak banyak perbezaan dengan Ujian Lisan bagi calon persekolahan. Bezanya untuk individu, calon boleh memilih tema yang disukai tentang isu-isu semasa untuk diulas, dikomen atau dibahaskan. Calon boleh memilih isu semasa seperti kebersihan, pencemaran, gejala sosial, ponteng sekolah, peranan ibu bapa, keselamatan negara, pendatang tanpa izin, pekerja asing, penculikan, jenayah, rasuah, vandalisme, lumba haram, pembalakan haram, banjir, bencana alam, sukan, dan lain-lain lagi. Untuk ulasan pula calon boleh memilih ulasan buku, novel atau filem yang ditonton yang memberi kesan dan pengajaran kepada audiens.
 
Bagi aktiviti berkumpulan pula calon boleh memilih sendiri rakan-rakan dalam sesi Ujian Lisan yang hadir pada hari berkenaan sebagai ahli kumpulan mereka. Biasanya untuk aktiviti berkumpulan, ahli kumpulan tidak boleh melebihi 5 orang. Tema pula boleh dipilih berdasarkan kemahuan ahli kumpulan. Oleh itu, calon-calon tidak akan mengalami sebarang masalah untuk melontarkan idea-idea semasa membincangkan isu semasa yang dipilih.
 
Harapan Cikgunie semoga semua calon persendirian dapat menjawab soalan Ujian Lisan dengan bergaya...hehe

Sunday, June 8, 2014

Musim Buah-Buahan Di Rumah Cikgunie

Cuti Sekolah Vs Musim Buah
DURIAN NI BARU MULA GUGUR PAGI INI
POKOK DURIAN DEPAN RUMAH

ISI DURIAN INI WARNA PUTIH
BUAH KERIANG DOT (MASAM MANIS)
 
 

Tepuk Sebelah Tangan Tidak Berbunyi


Aduhai Remaja !!!!

Kualiti hidup sosial merupakan isu yang penting dalam proses pembangunan sesebuah negara. Dalam proses pembangunan dan permodenan sesebuah negara beberapa isu sosial perlu diberi perhatian. Seiring dengan modenisasi dan pembangunan ekonomi yang secara langsung meningkatkan taraf kehidupan setempat, timbul beberapa permasalahan baru seperti keruntuhan nilai kemanusiaan dan moral dikalangan ahli masyarakat terutamanya golongan remaja.

Ledakan internet misalnya banyak menghasilkan siaran-siaran berunsur negatif yang mana sekiranya tidak dikawal akan menimbulkan masalah sosial di kalangan masyarakat. Kajian yang dijalankan oleh David S.Wall (2005) mendapati terdapat hubungan yang signifikan di antara penggunaan internet dengan masalah sosial yang berlaku dewasa ini. Justeru, penglibatan remaja dalam jenayah serta masalah sosial sangat berkaitan dengan dunia siber  sama ada sebagai pelaku ataupun mangsa, sama ada dalam kalangan masyarakat bandar mahupun luar bandar.

 Antara jenayah sosial yang sering berlaku di bandar ialah seperti masalah memperdagangkan manusia, jenayah siber, penyalahgunaan dadah, ketagih alkohol, aktiviti seks bebas, kes buang bayi, lumba haram dan sebagainya, manakala jenayah yang sering berlaku dikalangan masyarakat luar bandar pula ialah seperti perlakuan sumbang mahram dan kes mencabul kehormatan yang berlaku di kalangan ahli keluarga, kes rogol, merompak, penyalahgunaan dadah, mat rempit dan juga pecah rumah. Justeru dapat dikatakan jenayah dan masalah sosial dalam kalangan remaja sangat signifikan dengan dunia siber. Hal ini adalah kerana jenayah dalam kalangan remaja hari ini lebih menjurus kepada jenayah yang terhasil daripada dunia siber.
 
Persoalan ini merupakan satu cabaran kepada masyarakat kerana arus permodenan dan juga perkembangan semasa yang semakin maju di mana keupayaan Internet sebagai alat komunikasi mengatasi penggunaan alat-alat komunikasi yang lain seperti telefon, mesin fax dan sebagainya. Mesin atau bahan bercetak dan televisyen merupakan alat komunikasi yang utama dan telah berzaman memainkan peranan yang penting sebagai alat media untuk menyampaikan ilmu dan maklumat kepada ahli masyarakat. Namun, alat-alat media ini penyebaran maklumatnya adalah satu hala dan tidak interaktif seperti internet. Hal ini membolehkan pengawalan maklumat dilakukan secara berkesan. Malah kebanyakan negara mempunyai peruntukan undang-undang bagi mengawal bahan percetakan dan juga kandungan atau program yang disiarkan melalui televisyen.
 
Di negara kita Malaysia contohnya, sebarang percetakan yang disebarkan kepada orang awam memerlukan permit yang sah. Peruntukan undang-undang yang sedia ada seperti Akta Percetakan, Akhbar dan Penerbitan 1984, Akta Penyiaran 1988, Akta Hasutan 1948, Akta Rasmi 1972 membataskan maklumat-maklumat yang boleh dicetak dan diedarkan kepada ahli masyarakat agar tidak berlaku penyalahgunaan media dan sebagainya oleh pihak-pihak tertentu. Tiada jalan singkat bagi menangani masalah jenayah dan masalah sosial dalam kalangan remaja  kerana ia memerlukan pembabitan semua pihak seperti keluarga, ahli masyarakat, pihak sekolah, pihak berkuasa, dan badan-badan kerajaan serta badan bukan kerajaan. Pendekatan psikologi dan pelaksanaan undang-undang juga boleh membantu dalam menangani permasalah ini di samping program dan aktiviti yang telah dilaksanakan seperti mengadakan program Bina Insan, Remaja Sihat Tanpa Aids (Prostar) dan juga penubuhan kelab Pencegahan Jenayah di sekolah seluruh negara.
 
Namun, ibu bapa tidak boleh melepaskan tanggungjawab utama mereka. Walau sejuta cara atau kaedah dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan bukan kerajaan, jika tiada penglibatan ibu bapa, jenayah dalam kalangan remaja tetap berlarutan. Janganlah suatu hari nanti negara kita ketiadaan pelapis yang berkaliber dan berwibawa untuk memimpin negara yang kita cintai ini. Pujangga ada menyebut, remaja hari ini adalah pewaris generasi masa hadapan. Jika remaja hari ini rosak akhlak dan hilang hala tuju, bagaimanakah nasib generasi pada masa hadapan? Tepuk dada tanya selera kerana asal menunjukkan usul.