Sunday, October 19, 2014
Monday, October 13, 2014
PERISTIWA HARI INI
PT3 berlangsung dalam keadaan biasa-biasa saja. Tiada gimik apa-apa. Tiada lawatan siapa-siapa. Semuanya serba biasa. Cuma soalan berbeza format daripada PMR. Kalau nama pentaksiran bertukar sudah semestinya format peperiksaan juga bertukar. Realitinya aura peperiksaan tidak muncul . Sebelum ini perjumpaan meja bulat antara Lembaga Peperiksaan dengan pihak kementerian telah membincangkan isu PBS. Hal ini demikian kerana ibu bapa tetap mahukan gred bagi pencapaian anak-anak mereka semasa peperiksaan Tingkatan 3 dan bermati-matian menolak sistem band yang diperkenalkan dalam PBS. Apabila Kementerian dan Lembaga Peperiksaan akur dengan kehendak ibu bapa, PT3 pun dilaksanakan pada tahun ini, iaitu 2014. Sarana Ibu Bapa telah diadakan 3 bulan sekali namun kehadiran waris ke sekolah amat mengecewakan. Kesannya maklumat PT3 tidak sampai kepada ibu bapa. Anak-anak pula tiada masa bercerita dengan ibu bapa kerana ibu bapa terlalu sibuk. Sepanjang bulan Julai, Ogos, September hingga bulan Oktober pelbagai pentaksiran dilaksanakan pada peringkat sekolah tetapi ibu bapa tidak ambil peduli. Hari ini peperiksaan penuh PT3 berlangsung pun ada ibu bapa yang tidak tahu betapa pentingnya peperiksaan PT3 itu. Terpaksa pihak sekolah menelefon waris memberitahu kegagalan anak mereka menghadiri peperiksaan pada hari ini. Jawapan mereka bukankah peperiksaan diadakan di sekolah dan boleh diambil semula jika anak mereka tidak hadir? Siapa nak jawab?
Saturday, October 11, 2014
Tragedi Oktober
Pagi-pagi lagi tayar kereta hitam Cikgunie buat hal. Pancit. Setelah dibawa ke kedai barulah Cikgunie tahu sebabnya. Puncanya paku 3 inci terbenam dalam tayar hadapan sebelah kiri. Terpaksa juga bawa kereta yang pancit ke kedai tayar. Nampaknya bulan Oktober adalah tragedi bagi tayar kereta Cikgunie. Baru 2 minggu lepas kereta silver Cikgunie kena tukar semua tayar, pagi ini tayar kereta hitam pula. Setelah diberi penjelasan tentang tayar kereta yang pancit, semua yang berkaitan dengan tayar dalam pengetahuan Cikgunie. Cikgunie sudah arif. Cuma kudrat Cikgunie saja yang tak mampu tukar tayar sendiri..... hehehe
Wednesday, October 8, 2014
Thursday, October 2, 2014
Sekali Air Bah, Sekali Pantai Berubah
Perubahan hidup seiring pengalaman yang dilalui dan selaras dengan peningkatan usia....
Cikgunie pada tahun 1984 semasa Tingkatan 3
Cikgunie pada tahun 1986 semasa Tingkatan 5
Cikgunie pada tahun 1987 semasa Tingkatan 6 Rendah
Cikgunie semasa di UPM 1991
Cikgunie semasa praktikal di SMK SLIM, SLIM RIVER JAN- APRIL 1993
Cikgunie semasa mula posting di SMK HAMID KHAN, TAPAH pada Mei 1993-Mei 1996
Cikgunie semasa bertugas di SMT LABUAN 1996...
Aktiviti lawatan di Pulau Papan
Cikgunie semasa bertugas di SM St Anthony 2007-2011
Cikgunie semasa bertugas di SMK Mutiara 2012-2013
Cikgunie di SMK Kuala Nerang 2014 hingga sekarang
Cikgunie pada tahun 1984 semasa Tingkatan 3
Cikgunie pada tahun 1987 semasa Tingkatan 6 Rendah
Cikgunie semasa di UPM 1991
Cikgunie semasa praktikal di SMK SLIM, SLIM RIVER JAN- APRIL 1993
Cikgunie semasa mula posting di SMK HAMID KHAN, TAPAH pada Mei 1993-Mei 1996
Aktiviti lawatan di Pulau Papan
Cikgunie semasa bertugas di SM St Anthony 2007-2011
Cikgunie semasa bertugas di SMK Mutiara 2012-2013
Cikgunie di SMK Kuala Nerang 2014 hingga sekarang
Subscribe to:
Posts (Atom)





























