Contoh-contoh soalan tentang kemahiran bahasa menukarkan ayat:
Latihan 2
Pisahkan ayat-ayat dalam petikan ini kepada enam ayat dasar dengan
mengekalkan struktur dan maksud asalnya.
| Iklan mempunyai peranan yang penting dalam mempengaruhi dan memujuk pengguna agar membeli barangan serta perkhidmatan, di samping berperanan memberi maklumat yang betul berkenaan sesuatu produk. |
Jawapan:
· Iklan mempunyai peranan yang penting.
· Iklan mempengaruhi pengguna.
· Iklan memujuk pengguna agar membeli barang.
· Iklan juga memujuk pengguna membeli perkhidmatan.
· Iklan memberikan maklumat yang betul.
· Maklumat ini berkenaan sesuatu produk.
No comments:
Post a Comment