Photobucket

Friday, June 7, 2013

CARA-CARA MENUKAR TAYAR KERETA

Sediakan Payung Sebelum Hujan~~~

Mungkin sangat pelik dan menghairankan jika pembaca sekalian terserempak dengan Cikgunie ketika di jalan raya atau di lebuh raya. Cikgunie lebih suka memakai kaca mata gelap dan memakai topi ala nyonya sewaktu memandu pada siang hari. Sebenarnya itu adalah langkah berjaga-jaga daripada sebarang kemungkinan yang tidak diingini. Tanpa diduga, semasa melalui lebuh raya Bukit Kayu Hitam-Kuala Perlis baru-baru ini, kereta yang Cikgunie pandu dengan kelajuan 120km sejam tiba-tiba pecah tayarnya. Namun Cikgunie dapat mengawal kereta daripada terbabas lalu memperlahankan dan memberhentikan kereta di bahu jalan. Pada masa itu, jam menunjukkan jarum 12.56 petang. Cuaca sangat panas dan membahang. Mujur Cikgunie memakai topi dan cermin mata gelap. Jadi, keadaan dan cuaca pada waktu itu tidak memberi kesan kepada Cikgunie. Tanpa berlengah, Cikgunie menghubungi suami Cikgunie dan meminta panduan cara menukar tayar kereta. Berikut langkah yang perlu pembaca lakukan sewaktu berhadapan dengan situasi seperti di bawah;

Langkah yang pertama, keluarkan tayar spare dari dalam bonet kereta. Selepas itu, ambil peralatan seperti jet, pemutar skru dan seangkatan dengannya yang tersedia di dalam peti tool kit di sisi kanan dalam bonet kereta (tempat simpan tool kit ini ikut jenis kereta).

Langkah kedua, keluarkan dulu nat dengan pemutar skru...(ingat, tenaga perempuan tak mampu nak keluarkan nat yang sangat ketat ini).

Langkah ketiga, Cikgunie terpaksa tahan kenderaan yang lalu di lebuh raya untuk meminta bantuan memutar skru yang tersangatlah ketat. Kebetulan, kereta yang Cikgunie tahan itu kepunyaan seorang mekanik lelaki dan Cikgunie sangat-sangat bersyukur.

Langkah keempat, setelah semua nat di rim kereta itu dikeluarkan, pasanglah jet berhampiran tayar kereta untuk mengangkat bahagian badan kereta yang tayarnya pecah itu.

Langkah kelima, keluarkanlah tayar yang pecah atau pancit itu.
Langkah keenam, gantikan tayar yang pecah itu dengan tayar yang baru atau tayar yang diambil dari dalam bonet sebentar tadi.

Langkah ketujuh, pasanglah semula tayar baru itu dan setelah semua selesai, turunkanlah jet kereta itu.

Langkah kelapan, simpanlah semula tayar yang pecah dalam bonet belakang dan semua peralatan yang digunakan tadi masukkan ke dalam tempat asalnya.

Langkah kesembilan, ucapkanlah terimakasih kepada orang yang membantu anda dan hulurkanlah sedikit sumbangan sebagai mengenang jasanya menukar tayar kereta anda sebentar tadi.

Langkah terakhir, pergilah ke stesen minyak dan isilah angin dalam tayar yang telah diganti tadi.
Selepas itu, pergilah ke mana sahaja destinasi percutian anda.
Selamat bercuti.... hehehe

1 comment:

  1. Nak cari tayar? Cuba website http://mytayar.com

    Ada >50 kedai di Klang Valley yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.

    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.

    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.

    ReplyDelete