![]()  | 
| GAMBAR HIASAN...HEHEHE | 
Bagi Cikgunie, menaiki pengangkutan awam sangat melecehkan dan meletihkan. Kedengaran kenyataan Cikgunie seperti bermegah diri tetapi itulah hakikatnya. Sesiapa yang selalu berulang-alik menghadiri mesyuarat atau kursus dan sebagainya pasti sudah biasa bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa. Bagi Cikgunie kalau memandu seorang diri melebihi 500 kilometer setiap satu-satu destinasi adalah perkara biasa. Pada tahun lepas, setiap minggu Cikgunie berulang-alik dari Genting Higlands ke Ipoh, Perak dan ke Kuala Nerang. Orang yang tidak biasa memang penat tetapi bagi Cikgunie tidak pula. Pada tahun ini pula, beberapa kali Cikgunie akan memandu sendiri balik ke kampung atau tempat-tempat kursus dengan kereta sama ada kereta adik-adik Cikgunie atau kereta kawan-kawan yang Cikgunie pinjam.
Oleh itu, pada pendapat Cikgunie, bahagian yang paling penting bagi sesebuah kenderaan untuk jarak jauh ialah tayar. Tayar
 sangat penting kerana ia yang menguasai kenderaan semasa kenderaan 
meluncur di jalan raya. Kebetulan cat kereta Cikgunie sudah lusuh dan 
nampak buruk. Cikgunie pula mempunyai sumber kewangan yang terhad. Hubby
 Cikgunie suruh tukar cat tetapi bila Cikgunie tanya nak tukar warna 
Platinum Yellow harganya RM2500, Cikgunie mengubah keputusan Hubby 
Cikgunie. Cikgunie mula berfikir di luar kotak bahawa dengan sejumlah 
wang yang diperuntukkan oleh Hubby Cikgunie itu, baik Cikgunie tukar 
tayar dan pasang "sport rim". Cikgunie pun SMS Hubby Cikgunie dan Hubby 
Cikgunie tetap tidak bersetuju. Walaupun orang cakap tidak mengendahkan 
suruhan suami berdosa, tetapi dalam hal-hal seperti ini kita perlu 
mengikut kata hati. Cikgunie pun pergi ke kedai tayar di Jitra pada 28 
November 2013 lalu bertanyakan harga sport rim dan tayar baru. Tauke kedai itu memberitahu untuk sport rim 15 inci dan 4 biji tayar baru harganya RM1500. Cikgunie pun bersetuju.
Rupa-rupanya
 tindakan Cikgunie memang sangat tepat. Untuk makluman pembaca sekalian,
 pada bahagian tayarlah kita dapat mengesan bermacam-macam masalah yang 
melanda kereta kita. Sebaik tayar depan dibuka, barulah Cikgunie tahu 
drive shafts dah rosak teruk. Begitu juga dengan kedua-dua getah yang menyambung arm kat tayar
 tu. Pad break juga sudah haus dan tidak dapat digunakan lagi. Pada hari
 itu Cikgunie terpaksa tukar kedua-dua drive shafts kiri dan kanan ( 
rupa-rupanya tak sama panjang), getah kat arm yang menyambungkan tayar 
dan pad break. Patutlah semasa break semacam saja bunyi kereta Cikgunie.
 Selepas tukar kesemua itu, terpaksa buat balancing dan aligment pula. Jadi jumlah keseluruhan ialah RM2089.00. 
Tauke
 kedai itu memberitahu bahawa Cikgunie perlu tukar bateri dan kena masuk
 gas aircond yang dah hampir kering. Selepas itu, Cikgunie pun buat 
seperti yang disuruh. Bila sampai kat kedai yang dicadangkan, tauke yang
 seterusnya suruh Cikgunie tukar water pump dan tali belt aircond. 
Keseluruhannya Cikgunie habis RM2898.00 pada hari tersebut. Hasilnya 
Cikgunie memandu kereta seperti kereta baru walaupun cat kereta Cikgunie
 nampak lusuh. Apa yang penting ialah tayar kenderaan memainkan peranan 
dalam melancarkan perjalanan sesebuah kenderaan. Hubby Cikgunie tidak 
henti-henti membebel dari Labuan. Kesannya, pada 9 Disember 2013 
Cikgunie memandu kereta Nissan Sentra Cikgunie yang berusia 15 tahun ke 
Kuala Lumpur dari Kuala Nerang sejauh lebih 600km tanpa sebarang masalah
 dalam masa 6 jam. Cikgunie memang selalu tinggalkan kereta di rumah 
adik angkat Cikgunie di Equine Park, Serdang atau di rumah kawan Cikgunie di Nilai untuk kegunaan Cikgunie dan hubby sekiranya kami balik ke sana.
Semalam pula giliran Hubby Cikgunie balik kampung dan giliran dia pula memandu kereta tersebut.
 Sepanjang jalan Hubby Cikgunie tidak henti2 menghubungi Cikgunie bahawa dia sangat selesa memandu kereta lama itu dengan tayar dan sport rim baru. Hubby juga tidak henti-henti 
mengucapkan terima kasih atas tindakan Cikgunie menukar tayar dan 
memasang sport rim. Oleh itu, Cikgunie berpendapat tayar memainkan 
peranan penting selain daripada enjin sesebuah kenderaan. Nak tahu kena 
cuba sendiri.

No comments:
Post a Comment