Photobucket

Wednesday, July 13, 2011

PUISI MODEN TINGKATAN 3

Pemahaman : Puisi Moden – Sajak Rumah Baru

 Analisis Sajak Rumah Baru karya Haron A.H

Tema

Sikap bertanggungjawab dan bersatu hati masyarakat majmuk yang terdiri daripada berbilang kaum dalam menjayakan wawasan negara demi mencapai kesejahteraan dan keharmonian hidup


Persoalan

i.
Generasi muda pada hari ini perlu sedar akan tanggungjawab mereka kerana masa depan negara terletak di tangan mereka
ii.
Dalam negara yang rakyatnya berbilang bangsa seperti Malaysia, kerjasama dan perpaduan antara kaum amat penting
iii.
Negara kita perlu mempunyai identiti tersendiri demi mengekalkan keunikan dan keistimewaannya

Bentuk
i.
Sajak ini berbentuk bebas.
ii.
Mempunyai tiga rangkap. Setiap rangkap mempunyai enam baris.
iii.
Panjang setiap baris tidak sama. ( dua hingga lima patah kata)

Nilai

i.
ii.

Bekerjasama
Bersatu padu

iii.
iv.


Bertolak ansur
Berwawasan

Pengajaran
i.
Usaha mendidik generasi muda tentang pentingnya wawasan negara perlu ditingkatkan agar mereka tidak lupa akan tanggungjawab mereka.
ii.
Kerjasama di kalangan rakyat sesebuah negara amat penting demi mencapai matlamat membangunkan dan memajukan negara.
iii.
Hubungan kemasyarakatan yang erat dan mesra terutamanya antara kaum perlulah dijaga agar kehidupan yang aman dan harmoni dapat terus dinikmati.

MAKLUMAN UNTUK PELAJAR

UJIAN BULAN JULAI 2011
TOPIK : KOMSAS TINGKATAN 4
Drama Tuk Wali
Cerpen Melissa
Drama Cempaka Berdarah
Hikayat Indera Nata
TOPIK :  KOMSAS TINGKATAN 5
Drama 1400
Drama Dato' Onn
Cerpen Ibu dan Ceper
Hikayat Opu 5 Bersaudara
(baca dan ulangkaji...jika ada soalan boleh emel kepada cikgunie)
Sekian.

KERINDUAN...



Akukah itu
merindu tanpa kata
menangis tanpa lagu
berbicara tanpa teman
di istana cinta tanpa mahligai
ditemani seribu keresahan.

Engkaukah di sana
mengulit lena membuai mimpi
tersenyum penuh makna
berbicara sepenuh jiwa
di persada nurani
menyulam sejuta impian

Andai gugur bunga-bunga cinta 
Itulah aku yang kerinduan
Andai terlerai kelopak kasih
Itulah aku yang kesepian
Andai layu kuntuman rindu
Itulah aku yang penasaran
Andai semuanya berakhir
Itulah aku yang tiada bernama.

nukilan rasa : roussenie a.r
13072011

WATAK DAN PERWATAKAN KOMSAS

 Jenis Watak
 Perwatakan
Watak utama
Watak penting yang mengerakkan sesuatu cerita.

Watak sampingan
Watak pembantu yang peranannya lebih kecil daripada watak utama.

Watak statik
Watak yang tidak mengalami perubahan atau fikirannya tidak berkembang dari awal hingga akhir.

Watak dinamik
Watak di mana aksi,fikiran,pandangan atau perasaannya berkembang dan sering berubah.

Watak pipih
Watak yang tidak kompleks dan tidak difokuskan sangat dalam sesuatu karya.

Watak bundar
Watak yang bersifat kompleks dan segala sifatnya dijelaskan secara terperinci.

Watak hitam
Watak jahat atau watak-watak yang buruk dalam sesuatu karya

Watak putih
Watak-watak baik atau watak yang menonjolkan nilai-nilai murni.





Friday, July 8, 2011

PEMERINTAH TERTINGGI MALAYSIA

The Yang di-Pertuan Agong is the head of state of Malaysia. The office was established in 1957 when the Federation of Malaya (now Malaysia) gained independence.
A literal English translation of the title is "He who is made Lord". However, common alternatives are "King", "Supreme Ruler", "Paramount Ruler", or "Supreme Head of State". Malaysia is a constitutional monarchy with an elected monarch as head of state. The Yang di-Pertuan Agong is one of the fewelected monarchs in the world.
Since 1993, the full title in Malay has been, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (His Conqueror Majesty The Supreme Lord of the Federation). Prior to that, the honorific Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia (The Dust Under The Feet Of His Majesty) was also used. The consort of the Yang di-Pertuan Agong is called the Raja Permaisuri Agong (Queen Lady Consort). The couple are addressed in English as "His Majesty" and "Her Majesty".
In Malaysia's constitutional monarchy, the role of the Yang di-Pertuan Agong is largely ceremonial. The constitution specifies that the executive power of the Federal government is vested in the Yang di-Pertuan Agong and is exercised by him on the advice of the federal Council of Ministers. The latter is headed by the Prime Minister, appointed by the Yang di-Pertuan Agong from among the elected members of Parliament.

Wednesday, July 6, 2011

RUMUSAN KARANGAN



ANALISIS KERTAS 2 BAHASA MELAYU
RUMUSAN KARANGAN
PANDUAN PENULISAN PENDAHULUAN RUMUSAN KARANGAN

NOV 2001
Tanggungjawab penulis
peranan/ sumbangan/ tugas
JUN 2002
Peranan Industri Kecil dan Sederhana dalam pembangunan ekonomi negara
sumbangan/ kepentingan/ fungsi/ tugas
NOV 2002
Langkah-langkah untuk meningkatkan penggunaan teknologi maklumat dalam kalangan kakitangan kerajaan
usaha-usaha/ cara-cara/ kaedah-kaedah/ pendekatan/ teknik-teknik/ strategi/tindakan
JUN 2003
Langkah-langkah untuk meningkatkan kesedaran moral masyarakat.
usaha-usaha/ cara-cara/ kaedah-kaedah/ pendekatan/ strategi/tindakan
NOV 2003
Kepentingan pelabelan makanan
faedah/ manfaat/ kelebihan/ kebaikan
JUN 2004
Masalah yang dihadapi oleh sektor perubatan awam di Malaysia.
kekangan/ kesulitan/ kerumitan/ hambatan
NOV 2004
Faedah penubuhan badan khas bagimembantu pesakit kronik dan sebab-sebab penubuhannya.
manfaat/ kebaikan/ kelebihan/ kepentingan
JUN 2005
Cara-cara mengurus tekanan dan kepentingan pengurusan tekanan kepadaindividu
langkah-langkah/ kaedah-kaedah/ usaha-usaha/ pendekatan/ strategi
NOV 2005
Faedah-faedah hidup berjiran dan cara-cara memupuk semangat kejiranan
manfaat/kepentingan/ kelebihan/kebaikan
JUN 2006
Kelebihan kerja berpasukan dan cara-cara pemimpin membentuk kerjaberpasukan.
faedah/ manfaat/kepentingan/ kebaikan/ keberkesanan
NOV 2006
Cara-cara melahirkan masyarakatberbudi bahasa dan kesan terhakisnya amalan berbudi bahasa dalam masyarakat
langkah-langkah/ kaedah-kaedah/ usaha-usaha/ pendekatan/ strategi
JUN 2007
Kepentingan terumbu karang di Malaysia dan kaedah pemuliharaannya
faedah-faedah/manfaat/kelebihan/kebaikan
NOV 2007
Tindakan mengatasi masalah disiplin murid di sekolah dan kesan masalah itu kepada negara.
usaha-usaha/ cara-cara/ kaedah-kaedah/langkah-langkah/ pendekatan/ teknik-teknik/ strategi
JUN 2008
Faedah membaca dan cara-cara menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat.
manfaat/ kepentingan/ kebaikan/ kelebihan
NOV 2008
Faedah-faedah penerokaan angkasa lepas dan cara-cara untuk menarik minat masyarakat terhadap bidang penerokaan angkasa lepas
manfaat/ kepentingan/ kebaikan/ kelebihan
JUN 2009
Punca-punca keracunan makanan dan kesan-kesan keracunan makanan.
faktor-faktor /sebab-sebab
NOV 2009
Kepentingan tidur dari segi saintifik dan cara-cara mengatasi masalah sukar tidur 
faedah/ manfaat/ kelebihan/ kebaikan
JUN 2010
Kesan pemanasan global dan sebab-sebab masyarakat kurang mengambil berat terhadap fenomena ini
implikasi/impak/akibat/keburukan/natijah 
NOV 2010
Kebaikan makan coklat
Kepentingan/manfaat/faedah

Sunday, July 3, 2011

KEBAHAGIAAN.....

Bahagia ertinya tidak menderita.
Bahagia ertinya sentiasa gembira.
Bahagia ertinya mencintai keamanan.
Bahagia ertinya bencikan persengketaan.
Namun bahagiakah kita rakyat Malaysia andai Perhimpunan Haram diteruskan?
Bahagiakah kita memporak poranda negara dengan menggadaikan keamanan?
Di manakah letaknya Perlembagaan yang kita junjung andai sanggup memperlekehkannya?
Tepuk dada tanya selera kerana pisau di tangan kita dan mentimun pun di tangan kita, terpulanglah sama ada kita mahu memotong timun itu atau pun kita mahu membiarkan mentimun itu. Sebagai rakyat biasa, bertindak pun kita akan menerima kesannya, tidak bertindak pun kita akan menerima kesannya kerana ibarat durian dengan mentimun, menggolek ke kiri kita akan terkena duri durian, menggolek ke kanan pun kita akan kena duri durian. Fikirkan sejenak.