Pemahaman : Puisi Moden – Sajak Rumah Baru
|      Analisis   Sajak Rumah Baru karya Haron   A.H  |   ||||
|     Tema  |        Sikap   bertanggungjawab dan bersatu hati masyarakat majmuk yang terdiri daripada   berbilang kaum dalam menjayakan wawasan negara demi mencapai kesejahteraan   dan keharmonian hidup  |   |||
|     Persoalan  |        i.  |        Generasi   muda pada hari ini perlu sedar akan tanggungjawab mereka kerana masa depan negara   terletak di tangan mereka  |   ||
|     ii.  |        Dalam   negara yang rakyatnya berbilang bangsa seperti Malaysia, kerjasama dan   perpaduan antara kaum amat penting  |   |||
|     iii.  |        Negara kita   perlu mempunyai identiti tersendiri demi mengekalkan keunikan dan   keistimewaannya  |   |||
|     Bentuk  |        i.  |        Sajak ini berbentuk bebas.  |   ||
|     ii.  |        Mempunyai tiga rangkap. Setiap rangkap mempunyai enam   baris.  |   |||
|     iii.  |        Panjang setiap baris tidak sama. ( dua hingga lima   patah kata)  |   |||
|     Nilai  |        i. ii.  |        Bekerjasama Bersatu   padu  |        iii. iv.  |        Bertolak   ansur Berwawasan  |   
|     Pengajaran  |        i.  |        Usaha   mendidik generasi muda tentang pentingnya wawasan negara perlu ditingkatkan   agar mereka tidak lupa akan tanggungjawab mereka.  |   ||
|     ii.  |        Kerjasama   di kalangan rakyat sesebuah negara amat penting demi mencapai matlamat membangunkan   dan memajukan negara.  |   |||
|     iii.  |        Hubungan   kemasyarakatan yang erat dan mesra terutamanya antara kaum perlulah dijaga   agar kehidupan yang aman dan harmoni dapat terus dinikmati.  |   |||
No comments:
Post a Comment