HIKAYAT INDERA NATA
Cerita ini mengisahkan pengembaraan Putera raja yang terbuang. Indera Nata mengikut ibunya yang diceraikan oleh ayahandanya kerana telah tertukar perwatakan dengan Si Kembar Batu, iaitu orang asli di hutan. Dalam misi membalas dendam, Raja, Indera Jenaka dan Si Kembar Batu telah mati dibakar oleh Indera Nata. Ketujuh-tujuh orang puteri yang telah diselamatkan oleh Indera Nata turut meraikan kegembiraannya. Namun apabila bondanya Tuan Puteri Cenderawati menyatakan bahawa raja yang mati itu ialah suaminya dan ayahanda kepada Indera Nata maka dia sangat sedih. Salah seorang isteri Indera Nata iaitu Tuan Puteri Cendera Kesuma mempunyai ilmu menghidupkan orang mati. Maka Tuan Puteri Cendera Kesuma pun menyeru gemala hikmat kesaktian pemberian Betara Gangga sehingga raja itu pun hidup semula. Raja itu menyatakan keinsafannya setelah dia menyedari dia tertipu dengan Si Kembar Batu sehingga mengusir anak dan isterinya daripada negeri Rom. Dalam usaha memujuk isterinya supaya kembali bersamanya semula, Raja Rom pun menangis dengan hibanya. Akhirnya Puteri Cenderawati menerima semula suaminya Raja Rom itu.
Selepas itu, datanglah seekor raksasa yang tidak puas hati kerana Indera Nata telah melarikan tujuh orang puteri yang ditawannya. Indera Nata telah dibekalkan gemala kesaktian milik Tuan Puteri Cendera Kesuma untuk berlawan dengan raksasa itu. Raksasa itu pun berlawan dengan Indera Nata dan akhirnya Indera Nata dapat menewaskan raksasa yang teramat besar itu. Kemudian, ibu bapa puteri-puteri itu pun datang ke Rom untuk mengambil anak mereka semula. Namun apabila melihat ketampanan dan ketangkasan Indera Nata, mereka pun mengembalikan puteri-puteri mereka kepada Indera Nata. Namun Indera Nata hanya mengahwini 4 daripada 7 orang puteri itu termasuk puteri yang disayanginya Tuan Puteri Cendera Kesuma.
No comments:
Post a Comment