DOA
WUDUK
Tahukah pelajar sekalian, salah satu syarat sah sembahyang ialah mengambil wudhuk. berikut
adalah cara-cara mengambil wudhuk yang sempurna dengan wudhuk yang sempurna
insyaallah kita akan mendapat kekhusyukan dalam sembahyang.
1.
Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya ...Allah, ampunilah dosa
mulut dan lidahku ini".
2.
Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah
mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
3.
Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, berikanlah
hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
4.
Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, janganlah
Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
5.
Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah
daku dari terik matahari di padang
Masyar dengan Arasy Mu".
6.
Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa
telinga ku ini".
7.
Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah,
permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
8.
Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, bawakanlah
daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".
Penjelasannya:
1.
Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.
2.
Ahli syurga mukanya putih berseri-seri .
3.
Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan .
4.
Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri.
5.
Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala. 6. Hari-hari
mendengar orang mengumpat, memfitnah dan lain-lain.
7.
Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali .
8.
Qada' dan Qadar kita di tangan Allah . Ramai di antara kita yang tidak sedar
akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang
tersendiri. Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian
rupa ? Pernahkah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam
menghayati Islam ?. Pernahkah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai
umat Islam? Bersyukurlah dan bertaubatlah selalu. "Sampaikanlah pesanku
biar pun satu perkataan......"
(Sumber: Ustaz Zainal
Abdul Wahab, SMK Mutiara, WP Labuan
No comments:
Post a Comment