Photobucket

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan~~~



Alhamdulillah,,,,,
Kita masih lagi bernafas di bumi Allah ini,,,,
Kita masih lagi diberi peluang untuk menambah amalan dengan kedatangan bulan yang paling berkat, iaitu bulan Ramadhan.
Kita masih lagi berpeluang menjalani ibadah puasa pada tahun ini.
Maka sama-samalah kita mengimarahkan rumah-rumah Allah sepanjang bulan Ramadhan AlMubarak pada tahun ini....
Sebagai hamba Allah, kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan sepanjang perjalanan hidup kita menuju alam yang kekal abadi.
Oleh itu, perbanyakkanlah amalan sunat sempena bulan Ramadhan pada tahun ini kerana kita tidak pasti dapat melakukannya pada tahun hadapan.
Di pagi Jumaat yang penuh keberkatan ini, sama-samalah kita berdoa agar diberi kesihatan yang baik dan tubuh badan yang sihat untuk menyempurnakan ibadah puasa sepanjang bulan Ramadhan pada tahun ini.

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DARIPADA Cikgunie.....

No comments:

Post a Comment