Sinopsis
Konflik yang
dihadapi oleh Mir sama seperti gelora samudera yang
memusnahkan rumah di perkampungan nelayan dan menyebabkan kehidupan nelayan bermasalah. Mir
merenung samudera, bercakap sendiri sambil mengaitkan hakikat samudera, kehidupan nelayan dan keseimbangan ekosistem samudera. Hakimah hairan dengan sikap Mir. Mir teringatkan ayahnya yang berkata dia sayang akan laut seperti dia sayang akan Mir.
Mir memikirkan di manakah mereka akan tinggal selepas ini. Mir bercakap bersendirian lagi tentang perahu ayahnya dan nasib nelayan. Hakimah semakin hairan apabila dia mengajak Mir balik ke kota, Mir
hanya berkata dia mahu melihat laut. Hakimah mahu Mir mendapat rawatan. Mir
‘sakit’ setelah rumahnya di tepi pantai dirobohkan untuk membuat pusat peranginan dan Mir tidak berhak menuntut apa-apa kerana tanah itu bukan milik mutlak Mir.
Hakimah semakin sedih dengan keadaan Mir dan dia ingin menyelamatkan Mir.
Hakimah mahu memberikan kekuatan dan keyakinan kepada Mir.
Hakimah dinasihatkan oleh ibunya agar tidak
membiarkan jiwa Mir kosong dan sentiasa ajarkan Mir membaca al-Quran. Mir
mengalami konflik jiwa yang hebat iaitu skizofrenia mudah. Mir perlu
diselamatkan secepat mungkin. Mir tidak mendapat kasih sayang sesiapa kecuali
ayahnya dan mungkin itulah sebabnya Mir menjadi pemurung. Ibu Hakimah
menghulurkan sebungkus kain telekung dan berpesan agar Hakimah membawa Mir
datang bertemunya.
Mir teringat akan ayahnya dan bagaimana ayahnya
akur dengan rumah gantian yang diberikan. Ayahnya mahu Mir membina mahligai
sendiri. Ayahnya berpesan agar Mir menjadi penerus dan pewaris samudera dan tidak
akan membiarkan dada samudera sakit. Mir memberitahu Hakimah bahawa ayahnya meminta dia menjaga samudera dan jangan
samudera dikhianati walaupun pembangunan pesat berlaku di pantai. Hakimah bersyukur, Mir
semakin pulih. Mir
memberitahu, hadiah ibu Hakimah dipakai 5
kali sehari dan dia berasa tenang dan damai. Mir
berterima kasih kepada Hakimah.
No comments:
Post a Comment