Photobucket

Thursday, July 14, 2011

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Aspek Pembentukan Kata
Kata tunggal ialah perkataan yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian. Proses pembentukan kata menghasilkan bentuk-bentuk kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda. Yang berikut ialah contoh-contoh perkataan mengikut kategori.

Kata Tunggal


Kata
Tunggal
Satu Suku
Kata
1. KV
2. VK
3. KVK
4. KKVK
5. KVKK
6. KKKV
7. KKKVK
mi, ru
am, oh
caj, sang
stor, pruf, dril, gred
teks, bank, volt, seks, golf
skru
skrip, spring; ku (aku), tu (itu)




Kata
Tunggal
Dua Suku
Kata
1. V+KV
2. V+VK
3. V+KVK
4. VK+KV
5. VK+KVK
6. KV+V
7. KV+VK
8. KV+KV
9. KV+KVK
10. KVK+KV
11. VK+KVK
aku, uda, apa
aib, air, ais
adik, emas, ubat
undi, impi, angka
ambil, umpan, angkat
dua, doa, tua, sua, dia, gua
jauh, tuah, buah, luah
jala, pasu, buku
kapal, telur, sikat
lampu, binti, tunggu 
bangsal, bintang, sandar







Kata
Tunggal
Tiga Suku
Kata
1. KV+V+KV
2. KV+V+KVK
3. V+KV+V
4. KV+KV+V
5. KVK+KV+V
6. KV+KV+VK
7. KVK+KV+VK
8. V+KV+KV
9. V+KV+KVK
10. VK+KV+KV
11. KV+KV+KV
12. KVK+KV+KV
13. VK+KV+VK
14. V+KV+VK
15. KV+KV+KVK
16. KVK+KV+KVK
17. KV+KVK+KV
18. KVK+KVK+KV
19. KV+KVK+KVK
cuaca, suara, tuala, siapa
biawak, siasat
usia, urea, idea
semua, mulia, benua
tempua, mentua
keruan, seluar
berlian
utara, utama, irama
ijazah, amanah, amaran
indera, asrama, antara
keliru, budaya, teruna
menteri, bendera, kemboja
ilmiah, ikhtiar
akaun, elaun, ideal
belukar
matlamat, cendawan
belanja, setanggi, kerengga
sempurna
selumbar, kelongsong, belimbing
* gugus konsonan kh dan ng dianggap
  sebagai satu  bunyi.



Kata
Tunggal
Empat
Suku
Kata dan
Lebih
1. KV+KV+VK+KV
2. KV+KVK+KV+ KV
3. KVK+KV+KV+KV
4. KVK+KV+V+KV
5. KV+KV+KV+KV
6. KV+KKV+KV+KVK
7. KVK+KV+KV+KVK 8.KVKK+KVK+KV+KV
9.KV+KV+V+KVK
10.V+KV+KVK+KV+KV 11.KVK+KV+KV+KV+KVK 12.KV+KV+KV+KV+KV+KV
keluarga, biduanda, keluangsa
sederhana, peristiwa, sayembara
laksamana, sandiwara, sangkakala
sentiasa
bidadari, serigala, samudera
musyawarah, perajurit, hulubalang
sentimeter
singgahsana
nasional, mesyuarat
universiti
cenderawasih, kosmopolitan
maharajalela

Kata
Tunggal –
Akronim





Gabungan Beberapa
Huruf Awal
ABIM  : Angkatan Belia Islam
             Malaysia
IKIM  : Institut Kefahaman Islam
            Malaysia
ADUN : Ahli Dewan Undangan
             Negeri
Gabungan Suku Kata
dengan Huruf Awal/
Suku Kata dengan
Suku Kata
Mara    : Majlis Amanah Rakyat
Perkim: Pertubuhan Kebajikan
              Islam Malaysia
Bernama: Berita Nasional Malaysia
Perkeso:Pertubuhan Keselamatan
                Sosial

Gabungan Suku
Kata dengan
Suku Kata
tabika: taman bimbingan kanak-
             kanak
pawagam: panggung wayang
                  gambar
cerpen: cerita pendek
glokal: global dan lokal

Wednesday, July 13, 2011

KESALAHAN UMUM CALON SPM MENJAWAB KERTAS 1 BAHAGIAN A

  • Calon memulakan pendahuluan dengan ayat..."Pada pendapat saya...."
  • Calon memulakan perenggan pendahuluan dengan ayat ..."Petikan membincangkan...."
  • Calon menghuraikan gambar yang terdapat dalam soalan.
  • Calon tidak menjawab tugasan dengan lengkap.
  • Calon tidak menulis pendahuluan sebaliknya terus kepada isi atau tema.
  • Calon tidak menggunakan penanda wacana.
  • Ayat calon tidak gramatis dan bahasa tidak bervariasi.
  • Contoh karangan bahagian A.

BAHAGIAN A
[30 markah]

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faktor-faktor pencemaran sungai di negara kita. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 220 hingga 250 perkataan.



TEMA
PENCEMARAN SUNGAI
TUGASAN
FAKTOR PENCEMARAN  SUNGAI
ISI
1. PEMBUANGAN SAMPAH SARAP KE DALAM SUNGAI
2. PENEBANGAN DAN PEMBUANGAN SISA BALAK KE DALAM SUNGAI
3. PENEROKAAN TANAH TINGGI TANPA KAWALAN
4. PEMBUANGAN SISA TOKSIK KE DALAM SUNGAI
KESIMPULAN
AKTIVITI INI PERLU DIKAWAL UNTUK KEBAIKAN GENERASI AKAN DATANG


CONTOH JAWAPAN
JAWAPAN
      Dalam era langit terbuka ini, Malaysia semakin gah menempa nama di persada dunia. Negara kita sudah setaraf dengan negara-negara maju dalam semua aspek ibarat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi . Hal ini demikian kerana pelbagai transformasi dilaksanakan oleh kerajaan untuk memajukan negara kita. Namun, kemajuan yang diimpikan kerajaan  hanya akan tinggal omong kosong apabila hasrat kerajaan dipandang enteng oleh rakyat. Salah satu daripada usaha kerajaan untuk memperkasa bumi Malaysia ialah dengan menjaga kebersihan sungai. Slogan “Cintailah Sungai Kita” terpampang di mana-mana sahaja sama ada di jalan raya, lebuh raya mahu pun di stesen-stesen televisyen.  Hal ini menunjukkan bahawa sungai-sungai yang terdapat di negara kita sudah tercemar dan tidak dapat digunakan untuk keperluan harian. Justeru, usaha kerajaan untuk mengindahkan sungai menjadi agenda negara untuk kepentingan semua pihak.
      Faktor perdana berlakunya pencemaran di negara kita ialah pembuangan sampah sarap ke dalam sungai. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah berkata bahawa “Malaysia mempunyai kemudahan kelas pertama tetapi rakyat Malaysia memiliki minda kelas ketiga.” Hal ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia suka membuang sampah sarap merata-rata termasuk ke dalam sungai. Apabila sampah sarap dibuang ke dalam sungai maka berlakulah pencemaran sungai. Sampah sarap yang dibuang ini akan dihanyutkan oleh air yang mengalir dan akan terapung-apung di atas permukaan air sehingga menyebabkan bau yang busuk. Antara sampah sarap yang selalu dibuang ke dalam sungai ialah bangkai binatang, bekas makanan dan minuman, palstik sampah dan sebagainya. Justeru, pembuangan sampah sarap menjana pencemaran sungai di negara kita.
     Selain itu, penebangan dan pembuangan sisa-sisa balak ke dalam sungai juga akan menyebabkan berlakunya pencemaran sungai. Sisa-sisa balak yang ditebang akan dibuang ke dalam sungai sesuka hati  oleh pembalak-pembalak yang tidak bertanggungjawab akan menyebabkan aliran sungai tersekat. Apabila aliran sungai tersekat, air sungai akan melimpah ke tebing semasa hujan lebat. Hal ini akan menyebabkan berlakunya banjir di kawasan yang berhampiran sungai. Penebangan balak di kawasan yang berhampiran tanah tinggi akan mengundang hakisan apabila hujan lebat. Air sungai juga akan berwarna kekuning-kuningan dan tidak dapat digunakan oleh masyarakat yang tinggal berhampiran sungai. Oleh itu, pencemaran sungai akan mengundang masalah kepada orang yang tinggal berhampiran sungai.
       Seterusnya, penerokaan tanah tinggi tanpa kawalan juga merupakan salah satu punca pencemaran sungai. Hal ini demikian kerana apabila tanah tinggi diteroka, bukit-bukit akan menjadi gondol. Penggondolan bukit bukau akan menyebabkan tanah kehilangan pencengkam bumi. Keadaan menjadi semakin parah apabila hujan lebat turun melebihi 24 jam. Hujan yang lebat akan membawa bersama tanah tanih yang berlumpur ke dalam sungai. Hal ini seterusnya menyebabkan berlakunya pencemaran air. Air yang bercampur tanah tanih ini akan berwarna kekuning-kuningan dan sangat kotor. Para pengguna air sungai tidak dapat menggunakan air tersebut seperti untuk mencuci pakaian dan sebagainya. Justeru, penerokaan tanah tinggi akan menyebabkan pencemaran air sungai.
      Pembuangan sisa toksik ke dalam sungai merupakan punca pencemaran sungai yang paling kronik. Hal ini demikian kerana tumbuhan dan hidupan akuatik dalam air akan mati. Ikan, udang dan tumbuhan dalam air akan pupus seterusnya menyebabkan nelayan kehilangan mata pencarian mereka. Lebih malang lagi, binatang-binatang yang minum air sungai juga akan mendapat penyakit. Semua pengguna air sungai juga akan mendapat penyakit kulit. Sehubungan itu, pembuangan sisa toksik ke dalam sungai akan menyebabkan pencemaran air yang memberi kesan kepada manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan. Oleh itu, sikap tidak bertanggungjawab ini perlu dikikis daripada menjadi duri dalam daging kepada masyarakat.


KATA MAJMUK

Tatabahasa : Kata Majmuk

1.
Kata majmuk ialah bentuk kata yang terhasil apabila dua atau lebih kata dasar digabungkan untuk membentuk kata baru yang membawa maksud tertentu.
2.
Kata majmuk dieja terpisah misalnya, kaca mata, buah tangan, kasut sekolah, kereta api, jalan raya, anak kunci, meja makan, dan sebagainya.
3.
Bagaimanapun, terdapat beberapa kata majmuk yang dieja tercantum. Kecualian ini adalah berdasarkan faktor kelaziman penggunaannya. Bentuk-bentuk kata majmuk ini dianggap telah mantap. Oleh yang demikian, kata-kata ini dikekalkan sebagai satu perkataan.
Contoh : antarabangsa, beritahu, bumiputera, jawatankuasa, kerjasama, olahraga, matahari, dinihari, setiausaha, sukarela, sukacita, suruhanjaya, peribadi, hulubalang, tandatangan, tanggungjawab, warganegara, pesuruhjaya,dan sebagainya.



PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN TATABAHASA

Tatabahasa : Kata Ganda

Kesalahan dan Pembetulan Penggunaan Kata Ganda 

1.     
        
              
(a)
Semua murid-murid sedang berhimpun di padang.(salah)
(b)    
Semua murid sedang berhimpun di padang. (betul) 
Penjelasan :  Jika kata bilangan seperti semua, beberapa, banyak, dan sebagainya digunakan, kata selepasnya tidak perlu digandakan kerana kata bilangan tersebut sudah membawa maksud jamak.  
2.
(a)
Anak-anak Mak Yam sudah besar-besar belaka. (salah)
(b)
Anak Mak Yam sudah besar-besar belaka.  (betul
Penjelasan :  Oleh sebab kata ganda seluruh yang terdiri daripada kelas kata adjektif sudah membawa maksud jamak, kata nama yang diterangkan oleh kata adjektif itu tidak perlu digandakan.  
3.
(a)
Taman itu dipenuhi pepohon-pepohon rendang. (salah)
(b)
Taman itu dipenuhi pepohon rendang. (betul)

Penjelasan :  Kata ganda separa yang membawa maksud jamak sepertipepohon dan dedaun tidak boleh digandakan.

4.
(a)
Asmadi memanggil-manggil nama adiknya berkali-kali. (salah)
(b)
Asmadi memanggil-manggil nama adiknya. (betul)

Penjelasan : Kata ganda berimbuhan memanggil-manggil sudah membawa maksud berulang-ulang. Oleh itu, kata berkali-kali tidak perlu lagi digunakan. 
5.
(a)
Berbagai projek akan dilaksanakan di kawasan itu. (salah)
(b)
Berbagai-bagai projek akan dilaksanakan di kawasan itu. (salah)

Penjelasan : Kata ganda berimbuhan yang menyatakan makna bilangan tidak tentu tidak boleh disingkatkan.  
6.
(a)
Sebagai jiran tetangga, kita perlulah saling tolong-menolong.(salah)
(b)
Sebagai jiran tetangga, kita perlulah tolong-menolong. (betul)
Penjelasan : Kata ganda berimbuhan tolong-menolong sudah membawa maksud ‘saling’. Oleh yang demikian kata saling  tidak diperlukan lagi dalam ayat tersebut..  
7.
(a)
Jalan itu sangat licin-licau apabila dibasahi hujan. (salah)
(b)
Jalan licin-licau apabila dibasahi hujan. (betul)
Penjelasan : Kata ganda bersajak licin-licau sudah membawa maksud ‘sangat’. Oleh itu, kata penguat seperti sangat atau sungguh tidak diperlukan lagi dalam ayat tersebut.

LATIH TUBI RUMUSAN

Penulisan : Rumusan 

Soalan 1 :  Rumusan
[ 30 markah ]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang sebab-sebab masyarakat kurang menderma organ dan peranan kerajaan mengatasi masalah ini. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Masyarakat kita tidak terdedah kepada perlunya menderma organ untuk orang lain yang amat memerlukannya. Oleh itu, keinginan untuk menderma organ tidak berputik dalam diri kita kerana kita tidak pernah dididik untuk menderma anggota bahagian tubuh badan kita untuk orang lain. Justeru, apabila meninggal dunia, kita dianggap mencederakan tubuh badan walaupun nyawa kita sudah tiada.
Ketabahan hati remaja yang berusia 14 tahun semasa mengharungi keperitan sebagai pesakit jantung sangat menyentap perasaan. Tee Hui Yee terpaksa menunggu penderma untuk menggantikan jantungnya yang tidak berfungsi. Melalui media massa, Tee Hui Yee menerima berita gembira apabila seorang ibu remaja Melayu dari Sitiawan, Perak sanggup mendermakan jantung anaknya yang meninggal dunia supaya Tee Hui Yee dapat meneruskan hidup. Namun, badan Tee Hui Yee menolak jantung tersebut dan dalam masa 24 jam Tee Hui Yee terpaksa menjalani pembedahan kali kedua. Tee Hui Yee bernasib baik kerana dalam tempoh itu, ada insan dari Johor Bahru yang budiman sanggup mendermakan jantung anaknya berusia 20 tahun yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya. Kisah Tee Hui Yee adalah cebisan kisah gembira di sebalik lautan duka bagi pesakit yang menunggu  ihsan penderma organ. Menteri Kesihatan turut melahirkan rasa kesal kerana walaupun banyak rakyat Malaysia yang maut dalam kemalangan jalan raya setiap tahun, jumlah organ yang diselamatkan untuk didermakan terlalu sedikit kerana bantahan keluarga yang merasakan bahawa menderma organ bertentangan dengan agama.
Sememangnya membicarakan mengenai pendermaan organ bukanlah suatu perkara yang mudah di negara ini. Hal ini demikian kerana kesedaran dan kefahaman masyarakat berkaitan  pendermaan organ masih lagi rendah. Masyarakat menganggap seseorang yang menderma organ adalah bertentangan dengan cara hidup di Malaysia. Apabila seseorang ingin menderma organ, individu itu sentiasa memikirkan tentang kematian dirinya setiap masa. Hal ini akan menjejaskan kualiti hidup seseorang individu itu. Ada juga masyarakat yang menganggap bahawa mayat akan terseksa dan tidak lengkap untuk kembali menghadap Tuhan jika organnya diambil. Keadaan ini tidak seharusnya berlaku dalam kalangan masyarakat Malaysia hari ini. Salah faham mengenai pendermaan organ ini wujud berikutan orang ramai bimbang doktor akan melakukan rawatan sambil lewa untuk menyelamatkan nyawa mereka kerana para doktor lebih berminat untuk mengambil organ mereka.
Hakikatnya, proses pendermaan organ tidak berlaku dengan mudah. Sebenarnya menderma organ masih lagi asing dalam masyarakat kita. Ramai yang tidak mahu menderma kerana merasakan takut mati cepat akibat terkena sumpahan. Semua ini kepercayaan yang karut. Kita akui, masyarakat tidak boleh dipaksa untuk menderma organ, namun kesedaran mungkin dapat mengubah mentaliti masyarakat yang seakan-akan terlalu takut menerima konsep ini. Kita berharap kes Tee Hui Yee menjadi titik permulaan untuk pendermaan organ terus subur di negara ini. 
Kerajaan terutama Kementerian Kesihatan perlu mempergiatkan lagi kempen promosi dan kesedaran mengenai kepentingan pendermaan organ. Bagi pihak yang menjaga hal ehwal agama Islam sama ada agensi kerajaan mahu pun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu tampil dengan lebih agresif memberi pendidikan kepada umat Islam bahawa pendermaan organ tidak melanggar syariat Islam sebaliknya harus dilakukan seperti yang digalakkan sendiri dalam agama supaya kita melakukan kebajikan demi kesejahteraan manusia.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana “Ubah Mentaliti Takut Derma Organ” oleh Sazarina   Shahrim, dalam Berita Harian, 8 Oktober 2007)











PROSA TRADISIONAL TINGKATAN 3

Pemahaman : Prosa Tradisional – Pak Belalang 

 Analisis Prosa Tradisional Pak Belalang

 Tema
 Kejayaan yang dicapai secara kebetulan atau nasib baik dalam usaha menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Pak Belalang bernasib baik kerana mendapat tahu jawapan teka-teki itu apabila mendengar perbualan antara nakhoda dengan isterinya.

Persoalan

i.
Pak Belalang sebenarnya bukanlah seorang ahli nujum tetapi seorang pembohong.
ii.
Pertaruhan yang keterlaluan tanpa mengambil kira akibatnya
iii.
Tidak berhati-hati dalam menyimpan maklumat sehingga menyebabkan kerugian yang besar

Watak
i.
Pak Belalang
ii.
Raja Indera Maya
iii.
Nakhoda
Nilai
i.
ii.
iii.
Patuh kepada pemerintah
Berusaha
Bertawakal
iv.
v.
vi.

Bertimbang rasa
Tidak berputus asa
Penyayang
Pengajaran
i.
Janganlah suka berbohong atau berpura-pura kerana sikap tersebut akan mendatangkan masalah atau keburujan kepada kita.
ii.
Janganlah bertaruh kerana amalan itu bukan saja ditegah agama tetapi juga boleh merugikan diri sendiri.
iii.
Berhati-hatilah ketika bercakap terutamanya apabila ingin menyampaikan maklumat rahsia, bak kata orang, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.