10
SEBAB MENGAPA AKU JADI CIKGU…..
a. Pekerjaan guru
merupakan satu ibadah
Ketahuilah wahai
semua pembaca sekalian. Tugas seorang guru itu ialah menyampaikan ilmu. Setiap ilmu
yang disampaikan oleh seorang guru ialah ilmu yang berkait dengan duniawi dan
akhirat. Maka sesiapa yang menyampaikan ilmu yang baik-baik, dia telah menempah
tiket ke syurga. Jika seorang guru mengajar 100 orang anak murid sehari, maka
dia menempah 100 tiket ke syurga setiap hari. Jadi, kita hitunglah sendiri
berapa tiket kita akan dapat dalam seminggu, sebulan, setahun dan seterusnya
hingga tak cukup jari kaki tangan…hehehe
b. Pekerjaan Guru
memerlukan kita berada 100 langkah di hadapan.
Tidak percaya?
Tanyalah semua guru. Setiap Buku Rekod Mengajar perlu ditulis Rancangan
Pengajaran Tahunan(RPT) untuk setahun sebelum kita mula mengajar pada tahun
berikutnya. Oleh itu jangan marah kalau aku katakana bahawa, setiap orang guru
akan berada 100 langkah di hadapan orang lain setiap hari. Para gurulah yang
akan ingat hari ini berapa haribulan kerana setiap guru perlu menyediakan
takwim PDP masing-masing. PDP tu apa benda pula? PDP ialah pengajaran dan
pembelajaran yang dilakukan oleh guru dalam setiap kelas. Oleh itu, jika aku
memilih pekerjaan sebagai guru aku akan berada 100 langkah di hadapan orang
yang bukan guru. Ada yang marah dengan kenyataan aku? Hakikat tidak dapat ditidakkan…
c. Kehidupan Guru
Penuh Dengan Jadual
Bukan aku kata wanita yang mempunyai
pekerjaan lain tidak mempunyai jadual. Tetapi kalau memilih profesion kecikguan,
jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan. Setiap guru ditentukan kelas
yang akan diajarnya, mata pelajaran yang akan diajarnya dan bilik-bilik yang
akan dimasukinya sudah ditetapkan oleh pihak pengurusan berdasarkan opsyen
mereka. Jadi guru-guru ini sudah terlatih dan tidak perlukan training macam
sektor pekerjaan lain. Sebagai contoh, ini adalah jadual berkala aku sebagai
seorang cikgu biasa lagi terbiasa.
4.00 pagi : Bangun pagi (sebab aku menetap di Labuan, masa terbit
matahari lebih awal dari Semenanjung) Kalau di Semenanjung pun aku tetap bangun jam 4.00 pagi juga sebab sekolah jauh dari rumah....
4.50 pagi : sediakan sarapan, lauk tengahari, mandi, solat dan berdandan.
5.00 pagi : kejutkan anak-anak untuk bersiap ke sekolah.
5.40 pagi : hantar anak-anak ke sekolah dan meneruskan perjalanan.
5.40 pagi : hantar anak-anak ke sekolah dan meneruskan perjalanan.
6.10 pagi : Sampai sekolah.
6.30 pagi : Persiapan untuk masuk kelas.
7.00 pagi : Masuk kelas ikut jadual. Kadang 7.40 pagi, kadang 8.20 pagi.
10.20 pagi : Rehat
10.40 pagi : Masuk kelas lagi, kadang 11.20, kadang 12.00…ikut jadual
yang ditetapkan…hehehe
2.00 petang : Balik rumah (kalau tiada kelas tambahan atau aktiviti
sekolah)
Senang sangat-sangat kan?
d. Senang Mengurus Keluarga
Apabila sudah berkahwin, seseorang guru itu akan mengatur hidup berkeluarga
dengan lebih sempurna kerana dapat menyediakan sarapan pagi, memasak untuk
tengahari dan dapat menyediakan minum petang dan makan malam. Anak-anak pun
akan terurus kerana ibu-ibu yang bekerja sebagai cikgu dapat mengetahui apa-apa
pekeliling dan aktiviti yang berlaku mengikut bulan kerana masing-masing sudah
maklum akan takwim Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.
e. Guru Mempunyai Sikap Dedikasi, Komited dan Komitmen.
Kehidupan seorang guru hanya melibatkan sekolah dan tempat-tempat kerjanya
sahaja. Biasanya setiap orang guru wajib mempunyai sikap berdedikasi, komited dan memberikan komitmen terhadap
kerjaya mereka. Hai ini adalah kerana mereka berurusan dengan ‘manusia’ yang
mempunyai pelbagai ragam dan rencam
serta sangat kompleks. Bukan apa, ibu bapa dan penjaga sekarang kebanyakannya
mengharapkan cikgu seratus peratus menjadi 'baby sitter' kepada anak-anak mereka. Anak-anak ini pula perlukan lebih perhatian. Kalau boleh mereka mahu seorang guru seorang murid. Oleh itu, setiap orang cikgu mahu atau tidak,
suka atau tidak, perlu memberi sepenuh perhatian terhadap murid-murid daripada
pelbagai latar belakang yang berbeza agama, bangsa, budaya dan adat resam ini.
f. Pekerjaan Guru Sebagai Terapi melepaskan
tekanan
Semua kerja ada tekanan. Budak yang tolong isi minyak di stesen minyak
pun ada tekanan. Pakar psikologi pun ada tekanan. Pendek kata semua orang akan mengalami tekanan. Tetapi bagaimana cara kita menguruskan
tekanan? Adakah kita dapat menguruskan diri kalau tertekan? Cikgu-cikgu
biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan. Selalunya
ada, cuma akhir-akhir ini sejak ekonomi semakin kurang baik, kursus semakin
berkurangan dan beban kerja bertambah. Tapi itu bukan suatu masalah sebab
banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ini. Sekarang ini wujud
Latihan Dalam Perkhidmatan hanaya dengan membaca beberapa buah buku dan selepas
itu kita bentangkan. Ini merupakan cara melepaskan tekanan yang paling hebat. Apa
tidaknya. Kita pasti akan membaca buku-buku berkaitan pengurusan stress. Bagus
bukan?
g. Pekerjaan Sebagai Guru Banyak Cuti
Faktor ini yang semua orang suka sangat dengan kerjaya guru termasuk
aku. Awal tahun sudah merancang cuti persekolahan. Cuti bulan Mac pergi makan
angin ke Kota Kinabalu. Cuti bulan Mei, balik kampung. Cuti raya balik kampung lagi
walaupun aku sudah beranak pinak. Cuti hujung tahun balik kampung lagi dan
sambung cuti-cuti Malaysia. Pada masa cutilah aku dapat berkumpul dengan
keluarga. Siapa yang kata jadi cikgu tak seronok? Pengalaman peribadi aku,
setiap kali cuti, wajah anak-anak aku akan ceria lebih daripada sinaran
matahari pagi. Kenapa? Sebab dapat pergi ke tempat-tempat peranginan yang
mereka tak pernah pergi. Tapi sampai tahun ini, semua negeri di Malaysia anak-anak
sudah pergi. Nak bawa mereka ke luar Negara? Tak mampu lagi…hehehe
h. Penampilan Seorang Guru.
Setiap manusia dilahirkan dengan pelbagai paras rupa yang unik. Cuma cara
manusia menampilkan dirinya di khalayak menyebabkan ada yang nampak menarik,
tertarik dan sebagainya Dari segi wajah
dan sebagainya, aku tidak akan menilai manusia. Tapi kebanyakan guru biasanya punya penampilan yang sedap mata memandang. Pergi sekolah mesti kena
dengan gaya. Setiap hari ada berapa ratus pasang mata yang akan memerhatikan
langkah guru itu? Maka apabila memilih profesion keguruan, secara tidak
langsung setiap orang atau wanita akan menjaga penampilan mereka daripada
hujung rambut hingga hujung kaki. Seronok, kan! sebab kita belajar jadi model untuk anak-anak murid kita.....hahaha
i. Gelaran Guru Kekal Hingga Mati
Gelaran ini yang paling aku suka. Walaupun
seseorang guru itu berumur 30-an, 40-an, 50-an, mereka tetap dipanggil ‘CIKGU’. Kalau aku memilih
profesion lain, apabila umur 30-an, budak-budak akan panggil kakak, kalau umur
40-an, budak-budak akan panggil makcik dan kalau umur 50-an, budak-budak akan
panggil nenek…huhuhu…kesiannnn. Tetapi apabila memilih profesion keguruan, gelaran cikgu aku sandang sampai mati. Bila orang bertanya, "Cikgu, boleh datang ke rumah saya...Cikgu, boleh tolong saya.....Cikgu, anak saya sakit....Cikgu,..bla bla bla..." hinggalah aku mati...tidak akan ada orang nak panggil, "Makcik, datang rumah,,,,,Makcik anak saya,,,,bla bla bla...".
j. Lelaki suka memilih calon isteri daripada
golongan guru….hehehe
Kerjaya seorang guru merupakan kerjaya
yang paling disukai oleh lelaki yang sedang encari calon isteri. Benarkah? Tanya
suami anda yang bekerja sebagai guru mengapa mereka memilih anda sebagai
isteri. Pengalaman sendiri lagiii…Suami aku memilih aku
sebagai isteri kerana AKU SEORANG GURU…..hahaha dan ada juga tambahannya….SEBAB
SUAMI AKU JUGA MENCINTAI AKU….hehehe
No comments:
Post a Comment