Dimensi diri/individu...
Sikap ibu bapa masa kini yang kerap memanjakan anak-anak dengan menunaikan setiap permintaan mereka mendorong murid-murid melakukan kes disiplin di sekolah dan menjadi punca meningkatnya masalah sosial.
Tulis sebuah cerita berdasarkan pengalaman anda punca-punca pelajar terlibat dalam kes salah laku di sekolah.
Panjang karangan anda hendaklah melebihi 350 patah perkataan.
Perhatian kepada calon SPM tahun 2012...
Mulai tahun 2012, Soalan 1 Bahagian B Kertas 1 Bahasa Melayu adalah menulis sebuah cerita berkisar tentang kehidupan anda dalam pelbagai tema.
Contoh Jawapan
Sikap ibu bapa masa kini yang kerap memanjakan anak-anak dengan menunaikan setiap permintaan mereka mendorong murid-murid melakukan kes disiplin di sekolah dan menjadi punca meningkatnya masalah sosial.
Tulis sebuah cerita berdasarkan pengalaman anda punca-punca pelajar terlibat dalam kes salah laku di sekolah.
Panjang karangan anda hendaklah melebihi 350 patah perkataan.
Perhatian kepada calon SPM tahun 2012...
Mulai tahun 2012, Soalan 1 Bahagian B Kertas 1 Bahasa Melayu adalah menulis sebuah cerita berkisar tentang kehidupan anda dalam pelbagai tema.
Contoh Jawapan
Setiap ibu bapa inginkan kehidupan yang terbaik buat anak-anak mereka. ada ibu bapa yang sanggup bergolok gadai untuk memenuhi permintaan anak-anak mereka. hal ini demikian kerana anak-anak merupakan permata yang berharga kepada sertiap pasangan suami isteri. bagi suami isteri yang tidak memiliki anak-anak, mereka sanggup menjalani pelbagai rawatan untuk mendapatkan anak. ada juga pasangan suami isteri yang sanggup mengambil anak angkat bagi melengkapkan kehidupan berumahtangga. Justeru, situasi ini menggambarkan bahawa anak-anak adalah nyawa kepada setiap ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa mendidik anak-anak dengan menumpahkan sepenuh kasih sayang kepada anak-anak ibarat menatang minyak yang penuh.
Namun perhatian dan kasih sayang yang melampau boleh menjerumus anak-anak kee lembaah gejala sosial yang semakin parah. Tidak dapat dinafikan, saya juga menerima kasih sayang yang tidak berbelah bahagi daripada kedua-dua orang tua saya. namun kasih sayang yang dicurahkan oleh ibu bapa saya terhadap saya dan adik beradik yang lain tidak membutakan mata dan memekakkan telinga saya. Saya menghargai kasih sayang yang dicurahkan oleh kedua ibu bapa saya dengan belajar bersungguh-sungguh. Hal ini demikian kerana saya menyedari bahawa peningkatan gejala sosial dan berlakunya kes disiplin di sekolah adalah berpnca daripada sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak.
Sikap ibu bapa pada masa kini yang sring menunaikan setiap permintaan anak-anak akan menyebabkan anak-anak menjadi besar kepala dan degil. Anak-anak yang sering ditunaikan permintaan mereka akan menjadi 'pengarah' kepada ibu bapa mereka sendiri yang meminta dibelikan itu dan ini. Apabila ibu bapa tidak dapat menunaikan permintaan mereka yang semakin melampau, maka berlakulah kes anak memukul ibu bapa apabila permintaan mereka tidak dipenuhi. selain itu, ada juga anak-anak yang tidak mahu bersekolah kerana mereka merasakan tidak perlu belajar bersungguh-sungguh kerana ibu bapa mereka mampu membelikan apa yang mereka ingini. hal ini akan menyebabkan berlakunya masalah ponteng sekolah dan gejala sosial seperti menghisap rokok, merempit dan lain-lain lagi. Mutiara kata ada menyebut, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Oleh itu, sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak akan melahirkan anak-anak yang mempunyai masalah disiplin dan masalah sosial yang lain.
Seterusnya, sikap ibu bapa yang tidak pernah memarahi anak-anak atas kesilapan yang mereka lakukan juga menjadi penyumbang meningkatnya masalah sosial dalam kalangan pelajar sekolah. Hal ini demikian kerana masalah sosial ini sukar dibendung kerana ia bermula dari rumah. Bagi ibu bapa yang mempunyai seorang anak atau anak tunggal cenderung mempertahankan kesalahan anak-anak mereka. Sehubungan dengan itu, ibu bapa yang kerap memanjakan anak-anak ini tidak sampai hati hendak memukul atau memberi pengajaran kepada anak-anak mereka. Mutiara kata ada menyebut, sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan. Oleh itu, setiap ibu bapa perlu memberi didikan yang betul kepada anak-anak agar mereka tidak terpesong dari landasan semasa usia meningkat remaja kerana yang indah itu budi yang maanis itu bahasa.
Sebagai ibu bapa juga, mereka tidak perlu menunjukkan kasih sayang yang berlebihan terhadap anak-anak semata-mata untuk menambat hati anak. Saya teringat satu ceramah motivasi yang pernah saya hadiri tentang perkembangan anak-anak. Pakar motivasi tersebut menjelaskan ada 3 K yang perlu diamalkan oleh ibu bapa dalam memberi pendididikan dan pengajaran kepada anak-anak, iaitu 'kebahagiaan', 'ketenangan' dan 'kerukunan'. Kebahagiaan sesebuah rumah tangga setiap pasangan akan menjamin ketenangan penghuni serta seluruh isi rumah tersebut seterusnya mewujudkan kerukunan rumahtangga. saya bernasib baik kera ibu bapa saya memberi didikan yang sempurna tanpa mengabaikan prinsip 3 K yang disebut pakar motivasi tersebut. Justeru, setiap ibu bapa perlu mengekalkan kebahagiaan rumah tangga tanpa perlu menggadaikan kasih sayang yang berlebihan dalam mendidik anak-anak mereka.
Intihanya, sikap ibu bapa yang memanjakan anak-anak perlu menilai semula kasih sayang mereka. Ibu bapa yang sayangkan anak-anak bukan memanjakan mereka sebaliknya mengajar mereka tentang 'usaha'. setiap perkara yang hendak dimiliki hendaklah melalui usaha dan bukannya dengan meminta-minta. Allah berfirman, "Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum tersebut yang berusaha mengubah nasib mereka" sangat sesuai diaplikasikan oleh ibu bapa dalam menangani setiap permintaan anak-anak mereka. Tepuk dada tanya iman kerana setiap ibu bapa adalah pelindung anak-anak.
No comments:
Post a Comment