Photobucket

Sunday, November 4, 2012

TEKNIK PENULISAN RUMUSAN YANG BETUL


Rumusan Karangan
  1. Saya cadangkan 10 patah kata untuk pendahuluan, 70 kata untuk isi tersurat, 25 patah kata untuk isi tersirat dan 15 patah kata untuk kesimpulan. Rancang perenggan anda dengan teliti. 
     
  2. Untuk pendahuluan, sila semak kata-kata sinonim untuk faktor, kepentingan, kesan dan sebagainya. Apakah makna perkataan ini? Natijah, kekangan, kemaslahatan, manfaat, gejala, strategi. Sila cari makna yang tepat daripada kamus dewan.
     
  3. Mulakan isi tersurat dengan (rujuk soalan, katakanlah kelebihan) Salah satu kelebihan makan bersama keluarga  ialah (isi pertama). Selain itu, (isi ke-2), Seterusnya, (isi ketiga), Seperkara lagi, (isi ke-4), malahan (isi ke-5). Di samping itu(isi ke-6) dan juga, (isi ketujuh). Justeru bukan penanda wacana.
     
  4. Kalau isi tersurat sudah ditulis 6 isi, kira jumlah perkataan. Kalau baru 60 perkataan, anda boleh tambah satu isi lagi. Kalau sudah 65 ke atas, semak semula isi kalau-kalau ada perkataan yang tak perlu untuk dibuang dan boleh tambah satu isi lagi. Kalau tidak, ada teruskan saja ke perenggan seterusnya iaitu menuliskan isi tersirat.
     
  5. Mulakan isi tersirat dengan menuliskan kembali soalan untuk isi tersirat. Contoh: Halangan untuk makan bersama keluarga ialah (isi 1) dan (isi 2). Kalau belum cukup 25 patah kata, boleh tambah isi lagi. Selain itu, (isi 3). Jangan tulis isi tersirat melebihi 3 ayat atau 3 isi.
     
  6. Kesimpulan hendaklah satu ayat sahaja yang terdiri daripada 2 unsur. Unsur pertama ialah cadangan anda iaitu apa/siapa yang patut melakukan sesuatu. Unsur kedua ialah mengapa cadangan itu patut dilaksanakan/kesan daripada cadangan itu. Contoh: Kesimpulannya, ibu bapa harus makan bersama anak-anak untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan (unsur pertama) agar anak-anak berasa dihargai. (unsur kedua).
Kelebihan makan bersama keluarga.

Petikan membincangkan kesan positif makan bersama-sama keluarga dalam kalangan masyarakat.(P)

Salah satu kelebihan makan bersama keluarga ialah ibu bapa dapat menunjukkan tabiat pemakanan yang baik. (S1) Selain itu, ibu bapa boleh menetapkan disiplin atau peraturan di meja makan. (S2) Seterusnya ibu bapa boleh berinteraksi dengan anak-anak. (S3) Seperkara lagi, ibu bapa juga boleh mengesan pergerakan anak-anak.(S4) Pada masa yang sama ibu bapa boleh menjadikan masa makan sebagai masa yang terbaik untuk memuji anak-anak. (S5) Di samping itu, keakraban hubungan antara anggota keluarga akan terjalin.(S6) Kelebihan terakhir ialah dapat melatih anak-anak berfikir dan bertutur. (S7)

Halangan untuk mengamalkannya ialah ibu bapa sibuk dengan kerjaya dan urusan pejabat. (T1) Selain itu, anak-anak menganggap makan bersama membuang masa.(T2) 

Kesimpulannya, ibu bapa perlu makan bersama anak-anak supaya dapat mengetahui perkembangan semasa anak-anak mereka.(K)
(121 patah perkataan)

Contoh pengiraan markah rumusan
P
2
S1
2
S2
2
S3
2
S4
2
S5
2
S6
2
T1
2
T2
2
T3
2
K
2
ISI = 20
BAHASA (SEPARUH DARIPADA MARKAH ISI)= 10
JUMLAH = 30/30

No comments:

Post a Comment