Photobucket

Sunday, November 4, 2012

TEKNIK PENULISAN JAWAPAN PEMAHAMAN BM KERTAS 2 SPM


TEKNIK PENULISAN JAWAPAN PEMAHAMAN (Soalan 2a-2d)
Contoh Jawapan;
Soalan 2(b): Petikan Drama Gelanggang Tuk Wali
(i)         Tuk Wali masih menerima jemputan kerana tidak sanggup duduk di tepi gelanggang kerana 50 tahun usianya dihabiskan dalam gelanggang silat. Selain itu, apabila gong dan gendang silat dipukul, kaki dan tangannya akan bergerak sendiri. Akhir sekali, dadanya akan sakit kalau berterusan menahan kaki dan tangannya daripada bersilat.
(ii)        Silat kurang digemari kerana anak muda sekarang lebih suka sukan lasak seperti ragbi. Mereka juga lebih suka aktiviti taekwondo dan karate. Anak muda zaman sekarang juga sekar mendapatkan khidmat jurulatih silat kerana tiada kepakaran silat di sekolah-sekolah.
(iii)       Pengajaran daripada petikan ialah kita perlu belajar mempertahankan diri. Contohnya Tuk wali tidak jemu-jemu mempraktikkan seni silat yang dipelajarinya di gelanggang silat di halaman rumahnya.
            Pengajaran daripada keseluruhan drama pula ialah kita hendaklah menjaga tutur kata apabila berbicara dengan orang-orang yang lebih tua dari kita. Contohnya Pemuda 1, Pemuda 2, Pemuda 3, dan Pemuda 4 yang bersikap biadap terhadap Tuk Wali tidak wajar dicontohi.
            Akhir sekali, kita hendaklah membalas jasa orang yang banyak berkorban kepada kita. Contohnya, sikap cucu tiri Tuk Wali, iaitu Pie tidak wajar dicontohi kerana dia bukan sahaja penagih dadah, malah sanggup mencuri dan membunuh Tuk Wali.

No comments:

Post a Comment