CARA MENINGKATKAN KECERDASAN EMOSI
Ia bermaksud pihak lain adalah cermin bagi
membina dan membentuk emosi seseorang. Kritikan, nasihat, pandangan daripada
pihak lain yang positif dapat membantu seseorang memperbaiki emosinya. Ia boleh
dilakukan dengan cara:
-
Mengukur
dan menggambarkan diri sendiri (konsep diri) – konsep diri berkait rapat dengan
persepsi pada diri sendiri. Seseorang individu dapat mengukur dan menggambar
siapa sebenar dirinya menerusi pihak lain atau diri sendiri memberi label
khusus kepada diri sendiri.
-
Menilai
diri ( harga diri) – penilaian ke atas diri sama ada positif atau negatif dapat
meetakkan di mana ‘harga diri’ seseorang itu. Jika penilaian yang negative
diberikan kepada diri sendiri, kesannya ke atas emosi turut negatif. Begitulah sebaliknya. Penilaian ke atas diri
boleh dibuat oleh orang lain atau diri sendiri. Setiap individu itu sepatutnya
lebih peka dengan perubahan yang telah, sedang dan akan berlaku kepada dirinya.
2. Pengukuran EQ
Seseorang itu
dapat mengetahui tahap EQ dengan cara
mengambil ujian-ujian tertentu yang
berkaitan dengan EQ dalam pekerjaan, motivasi diri, pergaulan,
komunikasi dan sebagainya.
3. Kerja kelompok
Kerja berkelompok atau kerja berkumpulan dapat
mempertingkatkan kepintaran emosi
seseorang. Kerja berkelompok memerlukan setiap individu meletakkan nilai
kebersamaan dan emotif dalam melakukan pekerjaan.
4. Belajar bekerjasama
Belajar bekerjasama adalah baik bagi meletakkan emosi kita dalam emosi pihak lain.
Bekerjasama memberi kelebihan kepada kita supaya lebih memahami emosi orang
lain dan dalam masa yang sama mampu mengendalikan emosi sendiri dalam
proses mencapai matlamat bekerjasama.
5. Kasih tak bersyarat
Kita harus membuktikan keikhlasan dan
kejujuran kita menyayangi seseorang lahir daripada emosi dan perasaan yang
suci, bukannya kerana faktor-faktor lain. Kasih tidak bersyarat dalam interaksi
dan pergaulan sehari-hari membuatkan pihak lain lebih bertoleransi dan percaya
pada diri kita.
No comments:
Post a Comment