Photobucket

Friday, February 22, 2013

Latihan Rumusan Karangan SPM 2013~~


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor yang menyebabkan Malaysia menjadi tumpuan pekerja asing dan implikasinya terhadap negara. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Jumlah pekerja asing di negara kita telah melebihi dua juta orang. Kebanyakan daripada mereka adalah pendatang asing yang datang dari negara jiran seperti Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan Filipina. Tumpuan mereka adalah dalam sektor pembinaan, perindustrian, perladangan dan pembantu rumah. Sebab utama mereka bertumpu ke negara kita adalah untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik berbanding di negara asal mereka.
Selain itu, matlamat utama mereka bertumpu ke Malaysia adalah disebabkan banyak pekerjaan di sini memberi pendapatan yang tinggi. Golongan ini mampu memperoleh pendapatan sehingga ribuan ringgit sebulan. Daripada jumlah tersebut, sebahagian besarnya akan dikirimkan kepada keluarga di negara asal mereka. Selain itu, keadaan negara  yang aman dan makmur, telah menggalakkan mereka bertumpu ke Malaysia. Hal ini amat berbeza sekali dengan keadaan di negara asal mereka seperti Indonesia, Bangladesh dan Filipina yang kerap berlaku pergolakan politik dan peperangan. Justeru, walaupun banyak usaha yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk mengekang kebanjiran pendatang asing ini, namun jumlah mereka semakin bertambah.
Kebanjiran penatang asing di negara kita turut disebabkan oleh permintaan yang tinggi terhadap buruh asing dari luar negeri oleh majikan di Malaysia. Hal ini kerana pendatang asing sanggup menerima upah yang lebih rendah berbanding dengan buruh tempatan. Keadaan ini ditambah pula oleh sikap pekerja tempatan yang lebih gemar memilih pekerjaan dengan gaji yang tinggi. Tambahan pula, ada pihak di negara kita yang memberi perlindungan kepada pekerja asing sehingga menggalakkan mereka bertumpu di Malaysia. Hal ini menyebabkan pendatang asing berasa selamat bekerja di sini walaupun sebahagiannya tidak memiliki permit. Sikap negatif penduduk tempatan juga telah menyebabkan operasi membanteras pekerja asing tanpa permit menemui kegagalan.
Malaysia merupakan sebuah negara yang dikelilingi oleh lautan dengan keadaan pantainya yang terlalu luas menyebabkan kawalan daripada pihak berkuasa menjadi terhad. Tambah merumitkan keadaan, jabatan yang ditugaskan untuk mengawal kebanjiran pekerja asing itu masih mengalami kekurangan penguatkuasa bagi menjalankan rondaan dan serbuan. Kebanyakan rondaan yang dilakukan gagal menemui pekerja asing tersebut yang sebahagian besarnya menjadikan Selat Melaka sebagai laluan yang selamat untuk ke negara kita.
Bagi mengekang kebanjiran pekerja asing, penguatkuasaan perlulah lebih kerap dilakukan. Kerajaan turut menggunakan tenaga RELA bagi menjalankan rondaan dan tangkapan terhadap pekerja asing tanpa permit. Mereka yang ditangkap akan ditempatkan di pusat-pusat tahanan sebelum didakwa dan dihantar pulang ke negara asal mereka. Usaha ini bukan sahaja memerlukan kos yang tinggi malah merugikan negara.
(Dipetik dan diubahsuai daripada Usaha-Usaha Mengatasi Kebanjiran Pekerja Asing, Berita Harian, 2008)



4 comments:

  1. bagi emel, nanti cikgu akan emelkan jawapan soalan rumusan ini....

    ReplyDelete
  2. saya mohon jasa baik cikgu untuk memberi jawapan kepada sy..ni emel sy shilacucuatok@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf, saya baru baca komen Encik Eman. InsyaAllah, esok saya akan emelkan jawapan kepada Encik Eman.

      Delete