Umum mengetahui bahawa negara kita
mengalami pencerobohan oleh kumpulan yang dianggotai oleh beberapa individu
yang mengaku keturunan Diraja Sulu. Seluruh pantai timur Sabah menjadi tumpuan
media seluruh dunia. Begitu juga Kampung Tanduo yang tiba-tiba menjadi
terkenal. Tidak ketinggalan Tanjung Labian juga menjadi sebutan. Semuanya
kerana gerakan pengganas yang kononnya mahu menuntut Sabah menjadi sebahagian
kerajaan Sulu. Anggota polis yang tidak berdosa menjadi korban gara-gara penentangan
golongan yang mengaku keturunan Kesultanan Sulu itu.
Apa yang ingin Cikgunie paparkan di
sini bukanlah hendak membuktikan bahawa Cikgunie sebahagian waris Kesultanan
Sulu ataupun Cikgunie seorang anggota polis yang hendak berjuang di medan
pertempuran. Sebenarnya negara Malaysia yang tercinta ini tidak pernah
mengalami pertumpahan darah yang bernama ’perang’ menyebabkan sebahagian
daripada kita tidak pernah hendak menghargai perjuangan anggota tentera atau pun
pihak polis yang sentiasa menjaga pertahanan dan keselamatan negara kita.
(bersambung....)
No comments:
Post a Comment