Norazman Zakaria telah mengongsi gambar VAT 69 - Perjuangan Semalam.
Kronologi
pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina;
9 Februari - Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot
pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo,
Lahad Datu.
11 Februari - Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan
tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai
lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di
Kampung Tandou.
12 Februari - Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung
itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di kampung itu dan
rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon.
14 Februari - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan
Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan, bagi
menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan
itu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis telah mengenal pasti
kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah
sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina.
Ismail berkata, kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja
Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar
pulang ke negara asal.
Ismail berkata, rundingan dengan pihak bersenjata masih dijalankan bagi mencari
jalan penyelesaian yang terbaik tanpa melibatkan pertumpahan darah.
14 Februari - Laporan memetik salah seorang anggota tentera Filipina yang
merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram sebagai
berkata kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan pihak
pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.
16 Februari - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya
penyokong kuat 'Kesultanan Sulu' dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo
adalah terkawal.
Kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai 'Askar Diraja Kesultanan Sulu'antara
lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana sebelum ia
diambil British ia di bawah kerajaan Sulu.
18 Februari - Hishammuddin berkata, kerajaan Malaysia dan Filipina
sentiasabekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan
dilakukan secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah.
24 Februari - Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan
untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang
bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.
26 Februari - Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan
terhadap kumpulan penceroboh itu.
28 Februari - Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan
Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan
di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu.
Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang
menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 'tentera diraja'
meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.
1 Mac - Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil
kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan
polis di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban
serta tiga lagi cedera. Dua belas penceroboh bersenjata terbunuh.
2 Mac - Operasi Dayak diteruskan bagi memburu saki baki penceroboh yg sudah
berpecah.
Wan Yusof telah mengongsi gambar Insan
Kerdil.
Lahad Datu :
Jeng Jeng... pendedahan konspirasi bermula..!!!
MANILA: Filipina sedang sedang mencari siapa yang sebenarnya mengirimkan
ratusan orang Sulu ke Lahad Datu, Sabah. Ini kerana, biaya untuk menyewa kapal
feri demi mengirimkan mereka tidak murah, kata Presiden Benigno Aquino. “Kami
diberitahu ada dana besar yang membiayai mereka dari Tawi-Tawi ke Sabah. Dari
mana dana itu? Dari siapa?” katanya seperti dilapor viva.co.id hari ini. Beliau
juga mempersoalkan kesahihan Jamalul Kiram III sebagai pewaris Kesultanan Sulu
yang sah. Menurutnya, pemimpin Sulu sekarang ini bukanlah keturunan langsung
Sultan Sulu yang diakui Filipina pada 1974, iaitu Esmail Kiram I. Ismael tidak
memiliki keturunan sehingga kematiannya dan takhta diturunkan kepada orang
lain.
Kerajaan Filipina tidak mengakui kepimpinan Sultan Jamalul sebagai pewaris Sulu
dan mengatakan seharusnya yang memimpin ketika ini adalah Esmail Kiram II, adik
dari Esmail Kiram I. Namun Esmail II mengatakan bahawa dia bukanlah pewaris,
melainkan putera mahkota atau dalam bahasa Sulu disebut “sultan bantilan”.
Ismael II juga mengatakan bahawa Jamalul adalah Sultan Sulu dan penguasa
Palawan dan Sabah sejak waktu itu. “Sejauh yang keluarga kami ketahui, Jamalul
adalah pewaris Sultan,” kata Esmail. Dengan menunjukkan gambar riwayat
keturunan Kesultanan Sulu, Aquino menegaskan bahawa Sultan Sulu sekarang iaitu
Jamalul Kiram III, memiliki keturunan yang sangat jauh dari jawatan pemimpin.
Kajian kerajaan Filipina menunjukkan, Jamalul Kiram III adalah saudara jauh kepada
Sultan Mawallil Wasit, adik Esmail II. “Inilah persoalan yang pertama kali
muncul, siapa yang seharusnya mewakili Kesultanan Sulu?” kata Aquino. Kerajaan
Filipina juga sedang mengkaji dua dokumen mengenai sewa Sabah oleh Kesultanan
Sulu kepada syarikat British North Borneo Co. tahun 1878 yang kemudian diambil
alih Malaysia tahun 1960 an.
PERANG DI LAHAD
DATU BERMULA!!! :::
Terkini....! Lahad Datu Kini Dalam Zon Perang.....
Laporan terbaru yang dipetik dari laman portal berita Filipina, Philstar.com
menyebut kini sedang berlaku insiden berbalas tembakan di Lahad Datu antara
tentera Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III dengan pasukan keselamatan
Malaysia di sekitar bandar di timur Sabah itu.
Dilaporkan juga ada mangsa yang cedera namun bilangannya belum dapat
dipastikan.
Suasana di sana dikatakan tegang dengan polis dan tentera dikerah mengawal keadaan
yang berbahaya sejak jam 6 pagi waktu tempatan.
Tentera Kiram yang didokong Sultan Sulu itu juga meningkatkan serangan terhadap
barisan pertahanan yang dibina pasukan keselamatan Malaysia menyebabkan insiden
tersebut meletus dalam serangan yang sudah memasuki hari ke-20 itu.
Setakat ini Manila belum memutuskan tindakan terbaru susulan dari insiden
tersebut tetapi pentadbiran presiden Aquino kini dalam keadaan bersiap sedia
untuk mengerahkan anggota tenteranya ke sempadan laut di Laut Sulu manakala
Putrajaya dipercayai sudah membuka bilik situasi (situation room) bagi
merencana pelan tindakan seterusnya.
Terdapat kira-kira 800,000 pendatang asing negara itu di negeri ini yang
memungkinkan tahap keselamatan untuk penduduk tempatan diragui.
Sultan Kiram III masih tidak berganjak dengan keputusannya untuk terus menakluk
Lahad Datu walaupun Manila sudah mengarahkan tentera sultan itu meninggalkan
Sabah secepat mungkin seperti yang dimaklum Putrajaya kepada Manila beberapa
jam lalu.
Wartawan asing yang berada di lokasi kejadian dipercayai bersembunyi akibat
khuatir keselamatan mereka terancam sekiranya melaporkan kejadian itu kepada
agensi berita masing-masing dan ditahan pihak berkuasa.
Sementara itu, Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Yong Teck Lee dalam satu mesej
di Twitter sebentar tadi menyebut pasukan keselamatan mengarahkan penduduk
sekitar bandar itu agar mengunci pintu rumah masing-masing.
Deretan kedai dan pasaraya di bandar itu sudah ditutup sejak perintah tersebut
berkuat kuasa sehingga sekarang.
Kawalan keselamatan secara keseluruhannya masih berada di dalam kekuasaan
pasukan keselamatan Malaysia yang bertugas dalam lingkungan radius 25 kilometer
dari pusat bandar.
Beliau juga memaklumkan kesemua perkhidmatan penerbangan MASWings ke Lahad Datu
dibatalkan dan beberapa pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
sudah mendarat di bandar itu awal pagi tadi.
Bilangan anggota tentera yang tiba belum dapat dipastikan tetapi jumlahnya
dikatakan cukup untuk memusnahkan ketumbukan tentera Sultan Sulu itu dalam
tempoh kurang dari tiga hari.
Kubu
Penceroboh Lahad Datu Sabah
No comments:
Post a Comment