Photobucket

Tuesday, September 10, 2013

KOMSAS (CERPEN ISRAK)


 SINOPSIS
Adam membawa isterinya, Siti Hawa dan anak-anaknya, iaitu Israk dan Mikraj pulang ke kampung untuk menziarahi Wah, ibu Adam. Ketika Israk kecil, Wah menjaganya namun mereka terpisah apabila Israk dibesarkan oleh datuknya yang tinggal di Perth.
Israk tidak selesa, Sepanjang  keberadaan di kampung. Hal demikian kerana dia terbiasa dengan kehidupan bandar. Dia juga tidak suka makanan kampung. Kata-kata dan tindakan Israk sering mencetuskan pertengkaran dengan Mikraj kerana Mikraj menyukai kehidupan dan makanan kampung. Namun demikian, pertengkaran mereka dihentikan oleh Wah yang memang menyedari ketidakselesaan Israk.
Semasa remaja, Wah jatuh hati terhadap Lebai Saleh tetapi mereka terpisah apabila Lebai Saleh belajar dan berkahwin di Mesir. Wah pula berkahwin dengan Firdaus Frank. Ketika mengandungkan Adam, suami Wah meninggal dunia.
Pada suatu hari, bekalan elektrik terputus. Israk terpaksa mandi di sungai. Israk terjatuh ke dalam sungai tetapi berjaya diselamatkan oleh Wah. Peristiwa itu menyebabkan Israk menyesal dan mengubah sikapnya

TEMA- Persoalan jati diri seorang remaja yang dibesarkan dengan cara kehidupan moden.

Persoalan

Perbezaan cara hidup dikampung dengan di bandar.

- Israk tidak selesa sepanjang berada di rumah neneknya, Wah dikampung kerana tidak suka akan suasana, makanan dan buah-buahan tempatan. Hal ini kerana dia sudah lama menetap di luar negara dan di ibu kota serta mengmalkan cara hidup moden.

Mengenang jasa ibu bapa.
 - Sebagai anak, Adam mengenang jasa ibunya, Wah yang mengahantarnya belajar sehingga mencapai tahap insan yang dominan.

Nilai


Menghargai jasa
- Adam sangat menghargai jasa dan pengorbanan ibunya yang sanggup menyara dan menyekolahkannya.

Kesukuran
- Adam bersyukur kepada Tuhan kerana dapat menamatkan pengajiannya dengan wang daripada jualan buah-buahan di kebun ibunya sehingga dia berjaya menjawat pekerjaan yang baik.

Ketabahan
- Wah tabah mengharungi kehidupannya setelah kematian suaminya ketika dia sarat mengandung.

Kasih sayang
 - Wah berusaha untuk menyelamatkan Israk daripada mati lemas sedangkan selama ini Israk sering menghina kehidupannya.

Hormat-menghormati
 - Mikraj amat menghormati neneknya, Wah.

Pengajaran

Kita hendaklah menghargai jasa ibu.
- Adam menghagai jasa Wah yang membesarkan dan menyekolahkannya sehingga dia berjaya.

Kita haruslah menghormati orang yang lebih tua daripada kita.
 - Mikraj menghormati Wah, neneknya.

Kita handaklah memegang amanah yang dipertanggungjawabkan.
- Wah menjaga amanah ibunya supaya tidak menjual rumah pusaka mereka.

Kita janganlah menghampiri najis dadah.
- Man Bujal kurus kering akibat terjebak dalam penagihan dadah.

Kita hendaklah insaf akan kesilapan kita.
- Israk insaf akan kesalahannya kepada Wah setelah Wah menyelamatkannya.

 

 
 
 

No comments:

Post a Comment