MAKSUD SYAIR DEFINISI ORANG
BERAKAL
Rangkap 1
Orang yang berakal
sangatlah mulia,
Pakaian anbia dan aulia,
Barang siapa mengikut
dia,
Itulah tanda orang
bahagia.
Orang yang bijaksana
menjadi ciri para nabi dan wali.
Sesiapa yang berkawan
dengan golongan yang bijak
ini akan menikmati
kebahagiaan.
Kerana ia akalnya tajam,
Menjadi kepala bela
bermacam,
Jikalau mata melihatkan
kejam,
Disebutlah jalannya
ia tersunjam.
Orang yang bijaksana
sering diangkat sebagai
pemimpin. Mereka akan
berusaha untuk menegakkan
keadilan dengan mengawal
penganiayaan.
Telek pandangan dengan
makrifat,
Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat,
Tidak mengasihi orang
yang jahat,
Takut akhirnya menjadi
fazihat.
Orang yang bijaksana
dapat membezakan orang yang
baik dengan orang yang
jahat. Mereka bersahabat
dengan orang yang baik
dan menjauhi orang yang
jahat untuk mengelakkan
dirinya dicela.
Sebagai lagi tanda
berakal,
Perintah syarak tidak
menyangkal,
Menjauhkan tamak hendak
tawakal,
Ibanya tahu dunia tidak
kekal.
Orang yang bijaksana
mentaati hukum agama dan
murah hati kerana dia
sedar bahawa segala-gala yang
dimilikinya bersifar
sementara.
Jika ia dikasihi raja,
Tiadalah ia
melanja-lanja,
Tiadalah menyombong pada
bekerja,
Dengan taulanya
bersamaan sahaja.
Orang yang berakal
bersikap rendah diri walaupun
menjadi kesayangan raja.
Dia tidak berbangga dengan
jawatan yang disandangnya, malah sentiasa
berbaik-
baik dengan semua orang.
Apabila raja kasih
sangat,
Makin itu makin ia
ingat,
Segala taulannya hatinya
dihambat,
Merendahkan diri serta
berkhidmat.
Orang yang bijaksana
gigih bekerja, bersikap rendah
diri, dan berusaha untuk
merapatkan hubungannya
dengan semua orang
sekiranya pihak atasan
memberikan perhatian
lebih kepadanya
Demikian lagi dengar
olehmu,
Tanda berakal kasihkan
ilmu,
Suka mentelaah tiadalah
jemu,
Mencari kupasan jangan
tersemu.
Orang yang bijaksana
tidak pernah berhenti untuk
mendalami dan menghayati
ilmu.
No comments:
Post a Comment