Perasaan hampa kembali bertamu di sudut hatiku. Dr.
Fadzreen langsung tidak lagi menyebut tentang pelawaannya mengajak aku makan di
restoran. Aku ingatkan tindakan aku jual mahal akan menguntungkan diriku tapi
rupanya aku mengalami kerugian yang amat besar. Dr. Fadzreen sejak akhir-akhir
ini jarang bergurau denganku. Aku amat sunyi sekali. Dr. Danish pula sentiasa
sibuk 24 jam.
Aku semakin rindu dengan Danny. Dua minggu dia tidak
menelefon atau menghantar sms kepada aku. Apakah dia sakit atau ditimpa
kemalangan? Apakah aku sudah mula jatuh cinta dengan jejaka keturunan Cina itu?
Hatiku sebenarnya sangat gembira apabila menerima panggilan daripada Danny. Ada nada lelucon lewat
bicaranya. Dia tidak pernah bercakap formal denganku. Dia lebih suka mengusik
dan bergurau. Namun dia tidak pernah mahu bertemu denganku. Alasannya sibuk.
Aku bercadang mahu menghubunginya sebaik saja sampai di
rumah. Namun takdir telah mengubah segalanya.
“Hai, Honey! Rindulah lama tak dengar suara awak!” Suara
yang dua minggu tidak kudengar tiba-tiba menghubungiku. Terkedu aku tidak
terkata.
“Apa khabar awak, Danny?” Aku terus menyoalnya.
“Lain macam je suara awak?” Awak sakit ke?” Soalanku
dibalas soalan pula.
“Mana awak menghilang?” Tanpa menjawab soalannya aku
juga terus mengasaknya dengan soalanku.
“Cari rumah awak!” Usiknya nakal.
“Buat apa?”
“Nak pinang awak!”
“Serius le sikit, awak. Kita tak sukalah hal-hal
personal jadi bahan gurauan.”
“Okeylah..awak sihat ke Honey?”
“Tak.”
“Sakit apa?”
“Sakit sebab tak jumpa awak.”
“Mustahillah. Tapi kita tak boleh jumpa awak.”
“ Kita nak jumpa awak juga. Awak… bila boleh kita
jumpa awak?”
“Honey..sorrylah..
Kita betul-betul tak boleh sekarang ni. Harap awak faham!”
“Ye lah. Awak tu milik orang sebab tu tak nak jumpa kita!”
Lega rasanya aku dapat melontarkan persoalan yang bermain dibenakku. Hanya
lelaki yang telah berkeluarga saja yang akan mengelak dari bertemu perempuan
yang baru dikenali. Persoalan itu sebenarnya telah lama terbuku di hatiku. Cuma
hari ini saja baru aku ada keberanian. Biarlah apa jawapannya akan aku terima.
Aku pasrah.
“Awak jangan
tuduh sembarangan. Kita milik Mummy dan Daddy kita saja tau. Bukan milik
siapa-siapa!”
Huh, leganya aku mendengar jawapan ikhlas dari mulut
Danny walaupun aku meraguinya 100 peratus. Aku perlu menduga untuk mencari
kebenaran. Aku tidak mahu tertipu. Seandainya Danny sudah berkeluarga, gugurlah
lagi seorang calon lelaki pertama aku. Yang tinggal mungkin samseng yang
bernama Daniel Hisyam itu. Entah kenapa kehadirannya seperti ombak memukul
pantai yang meninggalkan buih putih di gigi pantai.
“Honey, awak masih di talian?” Kidung Danny melantunkan
khayalanku ke alam nyata.
“Ya. Kita masih di sini. Kenapa awak selalu cari alasan
tak nak jumpa kita?”
“Kita takut awak nak ikut kita balik pulak. Ye lah takut
kita dikebas orang! Kan awak kata wajah kita
mirip pelakon drama Taiwan tu. Apa namanya? Ha, awak kata rupa kita macam Mike
He kan?”
“Mengadalah awak ni. Dah lah awak. Kita dah nak balik
ni. Lain kali call kita tau!”
“Baiklah Tuan Puteri. I Miss U!”
“Miss U too!”
Kenapalah aku boleh terpikat dengan kepetahan Danny? Ah,
aku tidak perlu percaya 100 peratus apa yang dibicarakan oleh Danny. Mustahil
orang sekacak beliau tidak dimiliki oleh sesiapapun. Dr. Danish yang ada
iras-iras Danny pun sudah ada seseorang dalam hidupnya. Itu Dr. Danish yang bekerja dari pagi hingga
ke malam di hospital. Tambahan Danny yang bekerja di luar sana . Tentu hari-hari boleh jumpa gadis yang
cantik-cantik.
Aku melihat jam di tangan. Hampir pukul 6.00 petang.
Cepat-cepat aku mencapai kunci kereta. Pantas aku menuju ke tempat parking.
Terperanjatnya aku melihat tayar depan sebelah kanan pancit. Macam manalah
tayar aku boleh pancit. Mungkin terkena paku. Aku mengagak sendiri.
Apa aku nak buat sekarang? Dr. Fadzreen sudah balik
sejam lalu. Dr. Hasbul on-call hari
ni. Dr. Izlynn pula tunangnya yang hantar pagi tadi. Jadi, pasti tunangnya yang
akan jemput beliau petang ni. Satu-satunya harapanku ialah Dr. Danish.
Dari bangunan Wad Bersalin kelihatan dia berjalan ke
arah parking lot. Aku melambai ke
arahnya.
“Hai Qis! Apa masalah U?” Sapanya sebaik beliau menghampiriku.
“Tayar kereta I
pancit.”
“So, U nak suruh I buka tayar dan gantikan dengan tayar spare?”
“Taklah. I tau
Doktor penat. I cuma nak tumpang
balik je. Nanti I panggil mekanik
datang.”
“Ok. No problem.
Tapi bagi kunci kereta U kat I. Nanti I
panggil mekanik.”
“Susahkan Doktor je.”
“Tak susah. U
tumpang I ni tak de orang jealous ke?”
Aku menggeleng.
“Betul?”
Aku mengangguk tanpa jawapan.
“Orang yang langgar U
tu tak marah ke?” Kali ini nadanya berbau cemburu. Aku malas melayan soalan Dr.
Danish. Bukan dapat apa pun walaupun aku tahu dia maksudkan Danny. Langkah Dr.
Danish makin laju. Aku mengekori Dr. Danish dari belakang. Dr. Danish
menghampiri sebuah kereta Proton Wira. Terperanjat aku.
Ketua Pakar Sakit Puan pakai kereta Wira! Aku mengamati
kereta Proton Wira yang berwarna Perawan
Yellow itu. Seperti pernah ku lihat. Nah, kereta yang aku langgar beberapa
bulan dulu. Langsung aku tidak perasankan kereta bos aku selama ini.
Jadi Dr. Danish adalah Danny? Soalan yang menerjah
benakku tiba-tiba membuat aku malu. Memang ada persamaan pada wajah mereka
kerana mata mereka yang sepet. Aku cuba mengingat wajah Danny dengan
sejelasnya. Namun aku rasakan seperti ada perbezaan. Entahlah mungkin daya
ingatan aku yang semakin lemah.
“Masuklah.” Dr. Danish mengarahkan aku masuk ke dalam
keretanya sambil tangannya membuka pintu kereta untukku. Tanpa bicara aku
melangkah masuk ke dalam kereta. Kepalaku sarat dengan soalan yang memerlukan
jawapan segera. Bagaimana aku hendak memulakannya. Aku perlu bertindak. Sebaik
kereta meluncur di jalan raya, aku mengeluarkan telefon bimbit. Aku mendail
nombor telefon bimbit Danny. Aku sangat berharap telefon Dr. Danish yang
berbunyi. Namun hampa. Langsung tiada deringan dari telefon bimbit Dr. Danish
sedangkan di hujung talian, deringan berlarutan tanpa diangkat. Ke mana pula
Danny pergi jika dia bukan Dr. Danish?
Mengapa jadi begini? Bukankah Danny adalah orang yang
aku langgar keretanya. Kereta yang sedang aku tumpang inilah kereta yang aku
langgar dulu. Aku ingat dengan jelas nombor plat keretanya. Sesekali Dr. Danish
menjeling ke arahku. Aku masih lagi tidak tahu bagaimana harus memulakan bicara
tentang keretanya yang aku langgar dulu. Aku perlukan kepastian. Siapakah
Danny? Betulkah Dr. Danish.
“Qis nampak I ni macam suami orang ke?” Soalan Dr.
Danish melunyaikan persoalan yang bermain di benakku. Kenapa tiba-tiba bertanya
soalan yang bukan-bukan.
“Entah.”
“Kenapa Qis ragu-ragu saya ni suami orang atau bukan?”
Bila pulak aku menganggap Dr. Danish suami orang. Dengan
Danny betullah. Aku selalu menganggap Danny suami orang kerana dia enggan
berjumpa aku. Pelik pula sikap Dr. Danish hari ini. Namun aku perlu memberi
komen untuk menjaga hati bos aku walaupun sikapnya memang pelik hari ini.
“Manusia ni macam-macam Doktor. Ada yang dah kahwin,
ngaku bujang. Ada pulak yang bujang tapi ngaku dah kahwin. Yang seronoknya ada
yang dah bercerai tapi masih kata tinggal sebumbung.”
“Tapi, Qis rasa I ni
dah kahwin ke? Jawab dengan ikhlas.”
“Entah.”Jawabku sepatah.
“Bila Qis nak kahwin?”
“Hujung tahun.”
“Dengan siapa?”
“Jangan bimbang, bakal suami I baik orangnya.”
“Ye, ke. Siapa tu?”
“Adalah. Somebody.
So, bila doktor nak kahwin?”
“Coming soon!”
Jawabnya sambil tersenyum memandangku.
“Coming soon
lagi!”
“U jangan
bimbang. U orang pertama yang akan
tahu bila I nak kahwin!” Kali ini
tiada nada gurauan lewat bicaranya. Aku kehilangan bicara saat mendengar
ungkapan yang lahir dari bibirnya. Sebenarnya setiap kali berbual dengan Doktor
Danish, banyak yang aku tidak faham. Banyak yang tersurat dan tersirat. Tapi
adakah dia Danny? Mustahil. Tadi dia tidak menjawab panggilan aku. Aku lemas
dalam teka-teki yang tiada jawapan.
“Doktor tinggal kat mana?” Aku cuba mencari topik perbualan.
Maklumlah menumpang kereta bos walaupun keretanya murah daripada kereta Honda
Accord aku.
“Taman Pelangi. U pulak nak suruh I hantar kat mana?”
“Taman Sentosa!”
“Nasib baik kita ikut laluan yang sama. Kalau tak nanti
tak sempat I nak rush.”
“Doktor ada hal ke?”
“I nak jumpa somebody. Janji pukul 7.30 malam.”
“Takpelah. I turun
kat sini saja. Lepas ni I ambik
teksi.”
“Tak payah. I
hantar U sampai kat depan rumah.
Warga KL sekarang ni bukan boleh percaya sangat. Hari-hari ada kes bunuh. Yang
jadi mangsa anak dara macam awak, Qis.”
“Tapi anak dara tak laku macam saya dia orang tak
pandang Doktor. Dia orang pilih yang cantik-cantik, yang solid-solid. Yang
sekeping macam saya ni pandang pun dia orang tak sudi.”
Tidak tahu mengapa aku meluahkan kekecewaanku terhadap
Dr. Danish. Mungkin kerana aku masih terasa dengan sikap Dr. Fadzreen
tempohari. Sanggup dia melayani panggilan seseorang dan membiarkan aku menunggu
di dalam kereta.
“Hish.. takkanlah awak ni anak dara tak laku Qis? U tahu Qis, awak ni cantik orangnya
tau.”
Pandai pula Dr. Danish mengambil hati aku. Tapi kalau
semua orang pandai mengambil hati aku seperti Dr. Danish, maka sudah lama aku
jadi milik orang. Namun sampai hari ini tiada seorang pun yang sudi datang
melamarku. Aku tidak tahu kenapa aku berbual yang bukan-bukan dengan Dr.
Danish. Sebenarnya aku ingin mencari topik yang sesuai untuk bertanya betulkah
Dr. Danish adalah Danny.
“Saya tak bergurau Doktor. Memang takde orang yang
hendakkan saya. Kalau tak takkan dalam usia 28 tahun ni saya masih solo lagi?”
“Takkanlah gadis secantik Qis masih solo lagi?”
Aku menggeleng. Manalah tahu Dr. Danish boleh menjadi
lelaki pertama aku.
“Qis, boleh I
bagi kritikan? Maksud I kenapa U kata diri U anak dara tak laku”
“Apa dia? Saya tak kisah. Selama ni pun saya tak pernah
ambil peduli hal orang.” Balasku tidak sabar.
Aku tahu sahabat sejati adalah cerminan peribadi kita.
Kita tidak boleh melihat kekurangan diri sendiri tetapi orang yang rapat dengan
kita dapat melihatnya dengan jelas. Jadi aku amat menghargai andai Dr. Danish
dapat melontarkan pandangan peribadinya tentang kelemahan aku.
“Pertama rupa paras Qis buat orang keliru. Ada iras-iras Chinese. Dah tu Qis tak bertudung. Kedua
nama Qis. Agak kebaratan walaupun maknanya memang agak islamik. Ketiga Qis tak
pernah bergaul dengan orang di luar lingkungan hidup Qis. Dan keempat Qis
jarang tersenyum kecuali dengan pesakit. Cubalah hadiahkan senyuman kepada
setiap orang yang Qis temui. Barulah mereka akan perasan kewujudan Qis di sisi
mereka.”
Rupanya terlalu banyak kekurangan dibandingkan kelebihan
aku. Penjelasan Dr. Danish sebentar tadi seolah-olah mengejutkan aku daripada
lena yang amat panjang. Itukah diriku? Salahkah diriku tidak bertudung? Bekerja
di dalam Wad Bersalin terasa rimasnya kalau bertudung.
Tidak bergaul dengan masyarakat? Salahkah aku yang
kekurangan waktu untuk bertegur sapa dengan jiran tetangga? Memang aku tidak
mempunyai kawan karib. Tidak pernah senyum dengan orang yang tidak kukenali? Memang
aku malu untuk melemparkan senyuman kepada orang yang tidak dikenali. Kenapa
Dr. Danish boleh menelah sikapku padahal kami jarang berkomunikasi seperti ini?
Tapi semua yang diperkatakan oleh Dr. Danish memang sikapku 100 peratus.
Bagi aku Dr. Danish pakar dalam bab memberi nasihat.
Kalau tidak masakan dia menegurku tentang calon pilihanku.
“Bagi I, Qis
tak boleh terus terima calon yang dicadangkan oleh parents U.” Dia meluahkan kata-katanya apabila aku memberitahunya
aku akan menerima siapa saja pilihan Mama dan Papa tentang calon suamiku.
“Kenapa? Dr. Danish dah jumpa calon yang sesuai untuk
saya ke?” Sengaja aku cuba
mengenakan Dr. Danish. Manalah tahu dia akan menawarkan dirinya pula sebagai
calon suamiku. Atau pun dia akan mengaku dirinya adalah Danny yang selalu
menelefon aku sesuka hatinya itu. Kalau tidak kenapa asyik jawab coming soon saja nak kahwin. Kenapa
tidak dinyatakan tarikhnya dengan jelas?
“Maksud saya, Qis kena selidik latar belakang calon
suami Qis. Tak boleh terima saja sesiapa yang datang pinang Qis.”
“Masalahnya sekarang Qis dah 28 tahun. Ini bukan masanya
nak pilih siapa calon suami Qis. Kalau macam tu tunggu kucing bertanduk baru
jumpa jodoh Qis.”
“Qis, I dah 36
tahun. Tapi I tak runsing nak kahwin
macam U. Kenapa? U terdesak sangat nak kahwin ke?”
“U lelaki Dr.
Danish. Memang la U tak runsing sebab
U yang akan pinang orang. I ni perempuan. I kena tunggu orang pinang I. Lagipun adik lelaki I nak kahwin. Mana boleh dia langkah
bendul.” Akhirnya aku meluahkan segala yang terbuku di hatiku. Biarlah Dr. Danish
tahu segalanya tentang aku. Lagipun dia adalah bos aku. Aku juga amat pasti Dr.
Danish bukan Danny walaupun aku tidak rabun lagi tentang nombor plat keretanya.
Barangkali Danny sudah menjual keretanya kepada Dr. Danish. Kesimpulan yang
paling simple.
No comments:
Post a Comment