TIPS
MENJAWAB SOALAN 3 KERTAS 2 BAHASA MELAYU 1103/2 SPM
[30 MARKAH]
(a) Tulis satu
ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham maksud
dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i) namun
Namun, kesihatannya tidak
mengizinkan dia meneruskan persembahan tarian itu.
(ii) oleh itu
Oleh itu, setiap manusia perlu
memaafkan kesilapan orang terhadap diri mereka.
(iii) akhirnya
Akhirnya, dia berjaya menggenggam
segulung ijazah.
(iv) selain itu
Selain itu, Azman juga mengambil
upah memanjat kelapa.
(v) sebaliknya
Sebaliknya, mereka yang menggemari sukan laut
boleh menyewa bot untuk melakukan aktiviti di laut.
(vi) selanjutnya
Selanjutnya, Cikgu Rusni
menerangkan faedah menabung kepada semua pelajarnya.
(b) Tukarkan ayat
biasa di bawah kepada ayat songsang tanpa mengubah maksud asalnya.
(i) Penyokong pasukan bola sepak itu tiba
di stadium dengan tiga buah bas.
Pasukan bola sepak itu tiba
di stadium dengan tiga buah bas penyokong.
(ii) Pendapatannya bertambah sejak dia
mengusahakan perniagaan kek cawan.
Sejak dia mengusahakan
perniagaan kek cawan pendapatannya bertambah.
(iii) Kelas tambahan amat penting kerana masa
belajar di sekolah terhad.
Amat penting kelas tambahan
kerana masa belajar di sekolah terhad.
(c) Dalam
setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan
satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Masyarakat
pada hari ini gemar mempertontonkan filem yang menggunakan pelbagai teknik
sokongan yang canggeh berbanding dengan yang bergantung bulat-bulat terhadap
kebolehan pelakonnya.
(ii) Banyak
orang yang mengabiskan masa di ruangan sembang siber dengan alasan untuk ikutan
perkembangan semasa walhal mereka hanya berbual-bual kosong.
(iii) Suatu pendekatan bersepadu perlu dilaksanakan terhadap
pengurusan dan pembangunan tanah tinggi bagi mengimbangi keperluannya dalam
sektur ekonomi dan pelindungan alam sekitar.
EJAAN SALAH
|
EJAAN BETUL
|
canggeh
|
Canggih
|
mengabiskan
|
menghabiskan
|
sektur
|
Sektor
|
IMBUHAN SALAH
|
IMBUHAN BETUL
|
mempertontonkan
|
Dipertontonkan
|
ikutan
|
Mengikuti
|
pelindungan
|
Perlindungan
|
No comments:
Post a Comment