Setiap manusia yang dilahirkan ke
dunia ini mempunyai pengalaman yang berbeza. Ada yang mempunyai pengalaman
manis dan pahit sepanjang sejarah hidup mereka. Bumi mana yang tidak ditimpa
hujan dan laut mana yang tidak pernah bergelora. Setiap manusia pasti mengalami
kekecewaan dalam hidup mereka. Ada yang kecewa kerana cinta, ada yang kecewa
kerana gagal mendapat pekerjaan, ada yang kecewa kerana gagal mempertahankan
rumah tangga dan ada yang kecewa dalam pelajaran. Kekecewaan yang dialami oleh
setiap orang berbeza-beza. Ada yang kecewa sekali, kecewa dua kali malah ada
yang kecewa berkali-kali. Justeru, bagaimana hendak menangani perasaan kecewa
agar kita tidak melakukan perkara yang di luar dugaan?
terima kenyataan
Setiap
sesuatu yang berlaku adalah qada dan qadar Tuhan. Oleh itu, anggaplah perasaan
gagal mendapatkan sesuatu sebagai ujian dalam hidup kita. Tidak semua orang
bernasib baik mendapat apa yang diimpikannya. Pasrah dengan ketentuan Yang Maha
Kuasa dengan belajar menerima kenyataan bahawa ia bukan milik kita. Maka biarkanlah
ia pergi kepada hak yang sepatutnya.
berfikiran positif
Sesuatu
yang berlaku perlu diteliti dan diperhalusi. Cuba kenang kembali kebahagiaan
yang telah kita miliki sebelum kita dilanda kegagalan. Pujuklah hati kita agar
kita tidak menyalahkan diri sendiri atas kegagalan yang kita alami. Senaraikan pro
dan kontra tentang kegagalan itu. Jangan biarkan kekecewaan menguasai diri
kerana kita akan bertambah kecewa. Sentiasa berfikiran positif apabila
mengalami kegagalan akan membantu kita melupakan kekecewaan yang dialami. Buatlah
post mortem kenapa kita gagal mencapai sesuatu yang kita idamkan. Selepas itu
baiki kesilapan agar kita tidak mengalami kegagalan yang seterusnya dalam hidup
kita.
luahkan perasaan
Memendam
perasaan adalah satu tindakan yang akan memakan diri. Kita boleh mengalami
kemurungan atau stress jika kita memendam perasaan. Oleh itu, kita perlu
meluahkan perasaan kecewa yanag kita alami kepada orang yang rapat dengan kita.
Sebenarnya rakan adalah individu yang paling rapat dengan kita kerana rakan
ialah tempat kita mengadu masalah dan menyelesaikan masalah. Dengan meluahkan
masalah kepada rakan, kita akan rasa tekanan akan berkurangan. Apabila tekanan
berkurangan, kita akan dapat melupakan perasaan kecewa yang melanda diri.
biarkan ia berlalu
Sesuatu
yang berlaku lama kelamaan akan berlalu jua. Ibarat angin yang bertiup, walau
sekencang mana pun ia akan reda juga. Begitu juga dengan perasaan kecewa yang
kita alami. Biarkan ia berlalu dari hidup kita kerana hidup ibarat roda,
sekejap di atas dan sekejap di bawah. Oleh itu, sentiasa ingatlah bahawa walau
cantik bintang di dada langit, ingatlah rumput yang sedang kita pijak kerana
bintang akan menghilang sebaik terbit fajar sedangkan rumput kekal di tapak
kaki kita.
fokus kepada tugasan
harian
Tumpuan
amat penting untuk memacu kejayaan dalam kehidupan. Apabila kita focus dalam
setiap pekerjaan, kita tidak akan memikirkan lagi hal-hal yang meneyebabkan
kita mengalami kegagalan. Justeru, setiap individu perlu member tumpuan tentang
matlamat dalam hidup kita yang amat singkat ini.
No comments:
Post a Comment