Photobucket

Wednesday, May 23, 2012


Doa Taubat
MAKSUDNYA,,,,,
“Aku memohon ampun atas segala dosaku kepada Allah Yang Maha Agung. Ya Tuhan Kami, kami terlanjur berbuat aniaya terhadap diri kami sendiri, jika Engkau tidak mengampuni kami dan tidak mengasihi kami, pastillah kami ini tergolong orang yang rugi. Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan hapuskanlah kesalahan-kesalahan kami, serta wafatkanlah kami bersama orang-orang yang baik. Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang yang zhalim. Ya Allah, ampunilah dosaku semuannya, baik yang halus maupun yang kasar, yang terdahulu dan yang kemudian, yang nyata dan yang tersembunyi. Ya Allah, aku telah menganiaya diriku sendiri dengan aniaya yang banyak lagi besar, padahal tak ada yang dapat mengampuni dosaku selain Engkau, karena itu ampunilah segala dosaku dengan ampunan dari hadirat-Mu dan kasihanilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

Doa Terhindar dari kejahatan / Surat Al-Falaq
MAKSUDNYA,,,,
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakan: “Aku berlindung dari Tuhan subuh. Dari kejahatan makhluk-Nya. Dari kejahatan malam bila gelap gulita. Dan dari kejahatan tukang sihir yang meniup-niup pada buhulan. Dan dari kejahatan orang yang dengki bila ia dengki

Kemenangan dan Kesalehan
MAKSUDNYA,,,,
“Ya Allah, jadikanlah kami orang-orang yang mendapat kemenangan, wahai Tuhanku, bukalah segala kunci-kunci hati kami dengan menyebut –Mu dan sempurnakanlah atas kami nikmatMu dan curahkanlah atas kami keutamaan –Mu dan jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang shaleh.

Menerima Khabar Gembira
MAKSUDNYA,,,,
“Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara segala alam pujan yang menyamai nikmat-Nya dan menandingi keutamaan-Nya.”

Pertolongan dalam segala hal

MAKSUDNYA,,,,
“Ya Allah Tuhanku, bantulah aku dan janganlah Engkau membantu untuk menyulitakn aku tolonglah aku dan janganlah Engkau menolong untuk menyengsarakan aku, berilah aku siasat dan janganlah Engkau beri siasat untuk mengalahkan aku, mudahkanlah petunjuk bagiku, dan tolonglah aku terhadap orang yang menganiaya diriku. Ya Tuhanku, jadikanlah aku orang yang bersyukur pada-Mu, ingat pada- Mu, takut pada-Mu, taat pada-Mu, memenuhi perintah-Mu, dan kembali kepada-Mu, Ya Tuhanku, terimalah taubatku, cucilah dosaku, perkenankanlah doaku, tetapkanlah hujjahku, tujukilah hatiku, luruskanlah ucapanku, dan lenyapkanlah kedengkian hatiku.”

Penjagaan dari gangguan ular
Salaamun ‘alaa nuuhin fil ‘aalamina.
MAKSUDNYA,,,,
Keselamatan atas Nabi Nuh as, yang ada di alam semesta.
(Sumber : Ustazah Roshidah Binti Saad, SMK Mutiara, WP Labuan.)

KELEBIHAN DOA WUDUK,,,,


DOA WUDUK

Tahukah pelajar sekalian, salah satu syarat sah sembahyang ialah mengambil wudhuk. berikut adalah cara-cara mengambil wudhuk yang sempurna dengan wudhuk yang sempurna insyaallah kita akan mendapat kekhusyukan dalam sembahyang.

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya ...Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".
Penjelasannya:
1. Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.
2. Ahli syurga mukanya putih berseri-seri .
3. Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan .
4. Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri.
5. Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala. 6. Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dan lain-lain.
7. Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali .
8. Qada' dan Qadar kita di tangan Allah . Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri. Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa ? Pernahkah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam ?. Pernahkah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam? Bersyukurlah dan bertaubatlah selalu. "Sampaikanlah pesanku biar pun satu perkataan......"
(Sumber: Ustaz Zainal Abdul Wahab, SMK Mutiara, WP Labuan

Bahasa Melayu PMR Kertas 2 (Bahagian A)


RINGKASAN KARANGAN

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan  tentang faktor-faktor yang menyebabkan pertambahan pekerja asing di Malaysia. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah kata. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Belakangan ini jumlah pekerja asing yang datang mencari rezeki di negara kita semakin bertambah. Peningkatan ini disebabkan oleh kepesatan pembangunan yang semakin rancak dan pesat berkembang. Kebanyakan pekerja asing ini terlibat dalam sektor perladangan, pembinaan, dan perkilangan. Ada juga yang menjadi pembantu  rumah dan pembantu restoran.

Sebenarnya terdapat beberapa punca kemasukan pekerja asing secara mendadak ke negara ini. Antaranya ialah sikap penduduk setempat yang terlalu memilih pekerjaan. Mereka tidak mahu membanting tulang di tengah panas atau bergelumang dengan selut lumpur di tengah sawah ladang. Sehubungan itu, para majikan lebih suka mengupah  dan membawa masuk pekerja asing untuk menampung kekurangan pekerja setempat. Sikap sedemikian telah memberi keuntungan kepada pekerja asing.

Bagi pekerja asing pula, mereka tidak mempunyai pilihan. Mereka tidak mempunyai pendidikan yang tinggi untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik. Walaupun kadar upah yang diterima oleh mereka lebih rendah daripada yang dibayar kepada pekerja tempatan tetapi kadar upah itu lebih lumayan jika dibandingkan dengan kadar upah di negara mereka sendiri. Oleh hal demikian, mereka tidak teragak-agak meninggalkan negara mereka untuk merebut peluang pekerjaan yang ditawarkan di negara ini.

Sementara itu, terdapat juga pihak majikan terutama pengusaha ladang dan kontraktor yang lebih cenderung mengambil pekerja asing. Hal ini demikian kerana gaji yang dibayar kepada pekerja asing itu adalah lebih rendah daripada pekerja setempat. Di samping itu majikan tidak perlu mengekluarkan wang insuran dan caruman pekerja kepada Kumpulan wang simpanan Pekerja (KWSP). Secara tidak l;angsung keadaan ini dapat mengurangkan kos tenanga buruh kepada majikan.

Sebagai kesimpulan, kemasukan pekerja asing ini banyak memberikan keuntungan kepada pihak majikan. Walaubagaimanapun kemasukan mereka haruslah dikawal bagi mengelakkan pengangguran dalam kalangan rakyat setempat. Selain itu kelonggaran dasar kerajaan terhadap pekerja asing dapat menyebabkan kadar upah pekerja setempat menjadi rendah seterusnya menjejaskan taraf hidup penduduk setempat.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Kebanjiran Pekerja Asing Menggugat Peluang Pekerjaan Penduduk Setempat, dewan Masyarakat, Mei 2008)

Latihan Karangan Respons Terbuka 2012


Bahagian B

[100 markah]

[Masa dicadangkan: 1 jam 30 minit]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

1                    Pihak sekolah sering mengadakan program motivasi dan bengkel menjawab soalan peperiksaan untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam bidang akademik dan memantapkan jati diri pelajar.

Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan di atas?.

2         Media massa sering melaporkan kes jenayah seperti peras ugut, ragut, penculikan, dan pembunuhan. Keadaan ini mewujudkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa untuk melepaskan anak-anak mereka keluar berseorangan.

Berikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk menjaga keselamatan anak-anak mereka semasa di luar rumah.

3                    Sebagai wartawan sebuah buletin pengguna, anda dikehendaki mewawancara seorang penasihat Pelaburan Nasional Berhad (PNB) tentang kebaikan melabur dalam skim amanah saham yang dianjurkan oleh kerajaan seperti Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham 1Malaysia, Amanah Saham Gemilang, Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) dan banyak lagi.

Tulis wawancara itu selengkapnya.

4                    Pasukan bola sepak kebangsaan sering gagal untuk bersaing di peringkat antara bangsa.

Nyatakan langkah-langkah memantapkan pasukan bola sepak kebangsaan untuk bersaing dalam Piala Dunia akan datang.

5                    Baca dengan teliti pantun yang diberi.

Anak merpati disambar helang,
            Terbang ke titi di dalam huma;
Harimau mati meninggalkan belang,
            Manusia mati meninggalkan nama.
           
                  Tulis sebuah cerpen yang ada kaitan dengan maksud pantun di atas.

Peperiksaan pertengahan tahun vs Cuti pertengahan tahun....

Selamat menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Selamat Bercuti kepada semua pelajar dan semua guru seluruh Malaysia. Selepas berhempas pulas menjawab soalan peperiksaan pertengahan tahun yang bermula sejak 9 Mei 2012 hingga 24 Mei 2012, semua pelajar yang Cikgunie kasihi tentu penat, kan? Oleh itu, sempena cuti sekolah yang bermula 26 Mei 2012 nanti, pergilah melancong dan bercuti untuk menenangkan minda. Kepada calon UPSR, PMR, SPM dan STPM selamat mengulangkaji pelajaran. Cuti bukan tiket untuk "merehatkan" buku-buku teks dan nota-nota sebaliknya cuti adalah waktu "bertenang" untuk muhasabah diri tentang topik-topik yang belum dikuasai oleh pelajar. Gunakanlah masa cuti untuk membuat refleksi kelemahan diri tentang topik-topik sukar dalam setiap mata pelajaran. Motivasi hari ini...."Hidup Hendaklah Berusaha, Barulah Kita Akan Berjaya"....

Thursday, April 26, 2012

UJIAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH (ULBS)




KRITERIA PENSKORAN UJIAN LISAN BAHASA MELAYU

Peringkat

Skor

Konstruk

Kriteria / Keterangan


Sangat Baik

34 - 40
1.  Tatabahasa dan kosa kata
·          Bahasa gramatis, penggunaan kosa kata sangat tepat.
2.  Sebutan, intonasi dan nada
·          Sebutan betul, sangat jelas dan tepat.
·          Intonasi dan nada betul.
3.  Kefasihan
·          Keseluruhan pengucapan sangat petah dan fasih.
4.  Idea
·          Keseluruhan pengucapan mencapai maksud.
·          Idea sangat tepat serta matang.
5.  Bertatasusila
·          Pengucapan yang sangat beradab, bersopan dan santun berbahasa.

Baik


25 - 33
1.  Tatabahasa dan kosa kata
·          Bahasa gramatis, penggunaan kosa kata tepat.
2.  Sebutan, intonasi dan nada
·          Sebutan betul, jelas dan tepat.
·          Intonasi dan nada betul.
3.  Kefasihan
·          Keseluruhan pengucapan petah, fasih dan idea tepat.
4.  Idea
·          Keseluruhan pengucapan mencapai maksud.
·          Idea tepat serta matang.
5.  Bertatasusila
·          Pengucapan beradab, bersopan dan santun berbahasa.


Memuaskan
16 - 24
1.  Tatabahasa dan kosa kata
·          Bahasa masih gramatis, penggunaan kosa kata masih tepat.
2.  Sebutan, intonasi dan nada
·          Sebutan masih betul, masih jelas dan masih tepat.
·          Kebanyakan  intonasi dan nada masih betul.
3.  Kefasihan
·          Keseluruhan pengucapan masih petah, masih fasih dan idea masih tepat.
4.  Idea
·          Keseluruhan pengucapan masih mencapai maksud.
·          Idea masih tepat serta masih matang.
5.  Bertatasusila
·          Pengucapan masih beradab, masih bersopan dan masih santun berbahasa.

 

Kurang
Memuaskan

07 - 15
1.  Tatabahasa dan kosa kata
·          Bahasa kurang gramatis, penggunaan kosa kata kurang tepat dan kadangkala salah.
2.  Sebutan, intonasi dan nada
·          Kebanyakan sebutan kurang betul, kurang jelas dan kurang tepat.
·          Intonasi dan nada kurang betul.
3.  Kefasihan
·          Keseluruhan pengucapan kurang petah, kurang fasih dan idea kurang tepat.
4.  Idea
·          Kebanyakan pengucapan tidak mencapai maksud.
5.  Bertatasusila
·          Pengucapan kurang beradab, bersopan dan kurang santun berbahasa.
Tahap Pencapaian Minimum


01- 06
1.  Tatabahasa dan kosa kata
·          Keseluruhannya lemah.

·          Calon tidak menunjukkan penguasaan kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu.
2.  Sebutan, intonasi dan nada
3.  Kefasihan
4.  Idea
5.  Bertatasusila


Monday, April 9, 2012

MENGAPA AKU JADI CIKGU???

 10 SEBAB MENGAPA AKU JADI CIKGU…..
                           
a.     Pekerjaan guru merupakan satu ibadah
       Ketahuilah wahai semua pembaca sekalian. Tugas seorang guru itu ialah menyampaikan ilmu. Setiap ilmu yang disampaikan oleh seorang guru ialah ilmu yang berkait dengan duniawi dan akhirat. Maka sesiapa yang menyampaikan ilmu yang baik-baik, dia telah menempah tiket ke syurga. Jika seorang guru mengajar 100 orang anak murid sehari, maka dia menempah 100 tiket ke syurga setiap hari. Jadi, kita hitunglah sendiri berapa tiket kita akan dapat dalam seminggu, sebulan, setahun dan seterusnya hingga tak cukup jari kaki tangan…hehehe

b.    Pekerjaan Guru memerlukan kita berada 100 langkah di hadapan.
       Tidak percaya? Tanyalah semua guru. Setiap Buku Rekod Mengajar perlu ditulis Rancangan Pengajaran Tahunan(RPT) untuk setahun sebelum kita mula mengajar pada tahun berikutnya. Oleh itu jangan marah kalau aku katakana bahawa, setiap orang guru akan berada 100 langkah di hadapan orang lain setiap hari. Para gurulah yang akan ingat hari ini berapa haribulan kerana setiap guru perlu menyediakan takwim PDP masing-masing. PDP tu apa benda pula? PDP ialah pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru dalam setiap kelas. Oleh itu, jika aku memilih pekerjaan sebagai guru aku akan berada 100 langkah di hadapan orang yang bukan guru. Ada yang marah dengan kenyataan aku? Hakikat tidak dapat ditidakkan…

c.     Kehidupan Guru Penuh Dengan Jadual
Bukan aku kata wanita yang mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual. Tetapi kalau memilih profesion kecikguan, jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan. Setiap guru ditentukan kelas yang akan diajarnya, mata pelajaran yang akan diajarnya dan bilik-bilik yang akan dimasukinya sudah ditetapkan oleh pihak pengurusan berdasarkan opsyen mereka. Jadi guru-guru ini sudah terlatih dan tidak perlukan training macam sektor pekerjaan lain. Sebagai contoh, ini adalah jadual berkala aku sebagai seorang cikgu biasa lagi terbiasa.
4.00 pagi : Bangun pagi  (sebab aku menetap di Labuan, masa terbit matahari lebih awal dari Semenanjung) Kalau di Semenanjung pun aku tetap bangun jam 4.00 pagi juga sebab sekolah jauh dari rumah....
4.50 pagi : sediakan sarapan, lauk tengahari, mandi, solat dan berdandan.
5.00 pagi : kejutkan anak-anak untuk bersiap ke sekolah.
5.40 pagi : hantar anak-anak ke sekolah dan meneruskan perjalanan.
6.10 pagi : Sampai sekolah.
6.30 pagi : Persiapan untuk masuk kelas.
7.00 pagi : Masuk kelas ikut jadual. Kadang 7.40 pagi, kadang 8.20 pagi.
10.20 pagi : Rehat
10.40 pagi : Masuk kelas lagi, kadang 11.20, kadang 12.00…ikut jadual yang ditetapkan…hehehe
2.00 petang : Balik rumah (kalau tiada kelas tambahan atau aktiviti sekolah)
Senang sangat-sangat kan?

d.     Senang Mengurus Keluarga
Apabila sudah berkahwin, seseorang guru itu akan mengatur hidup berkeluarga dengan lebih sempurna kerana dapat menyediakan sarapan pagi, memasak untuk tengahari dan dapat menyediakan minum petang dan makan malam. Anak-anak pun akan terurus kerana ibu-ibu yang bekerja sebagai cikgu dapat mengetahui apa-apa pekeliling dan aktiviti yang berlaku mengikut bulan kerana masing-masing sudah maklum akan takwim Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.

e.     Guru Mempunyai Sikap Dedikasi, Komited dan Komitmen.
Kehidupan seorang guru hanya melibatkan sekolah dan tempat-tempat kerjanya sahaja.  Biasanya setiap orang guru wajib mempunyai sikap berdedikasi, komited dan memberikan komitmen terhadap kerjaya mereka. Hai ini adalah kerana mereka berurusan dengan ‘manusia’ yang mempunyai pelbagai ragam  dan rencam serta sangat kompleks. Bukan apa, ibu bapa dan penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu seratus peratus menjadi 'baby sitter' kepada anak-anak mereka. Anak-anak ini pula perlukan lebih perhatian. Kalau boleh mereka mahu seorang guru seorang murid. Oleh itu, setiap orang cikgu mahu atau tidak, suka atau tidak, perlu memberi sepenuh perhatian terhadap murid-murid daripada pelbagai latar belakang yang berbeza agama, bangsa, budaya dan adat resam ini.

f.     Pekerjaan Guru Sebagai Terapi melepaskan tekanan
Semua kerja ada tekanan. Budak yang tolong isi minyak di stesen minyak pun ada tekanan. Pakar psikologi pun ada tekanan. Pendek kata semua orang akan mengalami tekanan. Tetapi bagaimana cara kita menguruskan tekanan? Adakah kita dapat menguruskan diri kalau tertekan? Cikgu-cikgu biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan. Selalunya ada, cuma akhir-akhir ini sejak ekonomi semakin kurang baik, kursus semakin berkurangan dan beban kerja bertambah. Tapi itu bukan suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ini. Sekarang ini wujud Latihan Dalam Perkhidmatan hanaya dengan membaca beberapa buah buku dan selepas itu kita bentangkan. Ini merupakan cara melepaskan tekanan yang paling hebat. Apa tidaknya. Kita pasti akan membaca buku-buku berkaitan pengurusan stress. Bagus bukan?

g.     Pekerjaan Sebagai Guru  Banyak Cuti
Faktor ini yang semua orang suka sangat dengan kerjaya guru termasuk aku. Awal tahun sudah merancang cuti persekolahan. Cuti bulan Mac pergi makan angin ke Kota Kinabalu. Cuti bulan Mei, balik kampung. Cuti raya balik kampung lagi walaupun aku sudah beranak pinak. Cuti hujung tahun balik kampung lagi dan sambung cuti-cuti Malaysia. Pada masa cutilah aku dapat berkumpul dengan keluarga. Siapa yang kata jadi cikgu tak seronok? Pengalaman peribadi aku, setiap kali cuti, wajah anak-anak aku akan ceria lebih daripada sinaran matahari pagi. Kenapa? Sebab dapat pergi ke tempat-tempat peranginan yang mereka tak pernah pergi. Tapi sampai tahun ini, semua negeri di Malaysia anak-anak sudah pergi. Nak bawa mereka ke luar Negara? Tak mampu lagi…hehehe

h.     Penampilan Seorang Guru.
Setiap manusia dilahirkan dengan pelbagai paras rupa yang unik. Cuma cara manusia menampilkan dirinya di khalayak menyebabkan ada yang nampak menarik, tertarik dan sebagainya  Dari segi wajah dan sebagainya, aku tidak akan menilai manusia. Tapi kebanyakan guru biasanya punya penampilan yang sedap mata memandang. Pergi sekolah mesti kena dengan gaya. Setiap hari ada berapa ratus pasang mata yang akan memerhatikan langkah guru itu? Maka apabila memilih profesion keguruan, secara tidak langsung setiap orang atau wanita akan menjaga penampilan mereka daripada hujung rambut hingga hujung kaki. Seronok, kan! sebab kita belajar jadi model untuk anak-anak murid kita.....hahaha

i.     Gelaran Guru Kekal Hingga Mati
       Gelaran ini yang paling aku suka. Walaupun seseorang guru itu berumur 30-an, 40-an, 50-an, mereka  tetap dipanggil ‘CIKGU’. Kalau aku memilih profesion lain, apabila umur 30-an, budak-budak akan panggil kakak, kalau umur 40-an, budak-budak akan panggil makcik dan kalau umur 50-an, budak-budak akan panggil nenek…huhuhu…kesiannnn. Tetapi apabila memilih profesion keguruan, gelaran cikgu aku sandang sampai mati. Bila orang bertanya, "Cikgu, boleh datang ke rumah saya...Cikgu, boleh tolong saya.....Cikgu, anak saya sakit....Cikgu,..bla bla bla..." hinggalah aku mati...tidak akan ada orang nak panggil, "Makcik, datang rumah,,,,,Makcik anak saya,,,,bla bla bla...".

j.     Lelaki suka memilih calon isteri daripada golongan guru….hehehe
       Kerjaya seorang guru merupakan kerjaya yang paling disukai oleh lelaki yang sedang encari calon isteri. Benarkah? Tanya suami anda yang bekerja sebagai guru mengapa mereka memilih anda sebagai isteri. Pengalaman sendiri lagiii…Suami aku memilih aku sebagai isteri kerana AKU SEORANG GURU…..hahaha dan ada juga tambahannya….SEBAB SUAMI AKU JUGA MENCINTAI AKU….hehehe