|
TERMINAL PUDU RAYA |
|
KEMUDAHAN INTERNET DI PUDU RAYA |
|
SELESANYA HENTIAN PUDU RAYA .... |
|
PLATFORM MARA LINER...NO. 13 |
Sesungguhnya Cikgunie benar-benar bersyukur kerana suami Cikgunie seorang tentera. Menteri Pertahanan amat menjaga kebajikan anggota keluarga Angkatan Tentera Malaysia. Sebagai seorang isteri ATM, Cikgunie turut menikmati faedahnya. Antaranya ialah perkhidmatan pengangkutan disediakan untuk anggpota keluarga ATM bercuti ke kampung halaman masing-masing. Oleh itu, pada pagi 28 Mei 2011, bas persiaran disediakan untuk menghantar anggota ATM dan keluarga ke perhentian bas dan stesen keretapi. Cikgunie dan keluarga dihantar ke Pudu Raya yang sudah berubah wajah. Perkhidmatan bas di Pudu Raya seumpama di lapangan terbang. Pengumuman yang jelas memaklumkan ketibaan dan pergerakan bas yang keluar masuk di hentian Pudu Raya amat efisien. Keadaan di Pudu Raya hari ini tidak sama dengan keadaan Pudu Raya yang kali terakhir Cikgunie gunakan ialah 22 tahun lalu. Ketika itu Cikgunie menggunakan hentian Pudu Raya menaiki bas Ekspres Kota dari Alor Setar ke Kuala Lumpur seterusnya Cikgunie mengambil bas Thong Fong untuk sampai ke Seri Serdang tempat Cikgunie menimba ilmu di menara gading. Semuanya tiba-tiba mengembalikan nostalgia yang sangat manis. Pertemuan pertama antara Cikgunie dengan suami juga bermula di Pudu Raya. Kata suami Cikgunie, tiada yang lama, maka tiada yang baru! Sungguh mendalam maksudnya....Namun, tidak lama membuai perasaan, pengumuman bas ke Kuala Nerang akan bertolak dalam masa 15 minit menerbangkan semua memori. Apa yang membiombangkan ialah, perut Cikgunie tiba-tiba meronta. Bas pula berjalan tepat pada masanya. Cikgunie hanya berdoa agar bas cepat sampai ke destinasi. Namun takdir Tuhan tiada siapa yang tahu. Kenderaan terlalu banyak di lebuh raya menyebabkan bas bergerak seperti siput sedangkan perut Cikgunie semakin berdentang-denting. Akhirnya suami Cikgunie meminta pemandu bas menghentikan bas di tempat rehat terdekat. Fuh, leganya. Apabila bas berjalan semula, perut Cikgunie buat hal lagi. Terpaksalah pemandu bas hentikan bas lagi. Pendek cerita, sebelum sampai ke Kua;la Nerang, pemandu bas terpaksa hentikan bas setiap jam perjalanan gara-gara Cikgunie tersilap makan malam sebelumnya. Moral catatan perjalanan menaiki bas ekspres ialah jangan makan yang bukan-bukan dalam kuantiti yang banyak apabila anda ingin menaiki bas. Keduanya, apabila anda biasakan diri menaiki kereta sendiri dan menaiki pesawat yang memakan masa yang pendek, jangan sesekali cuba naik kenderaan awam kerana ia akan memudaratakan anda. Betulkah? Cikgunie sudah merasainya....ikuti pengalaman paling tragis apabila kita memulakan perjalanan dengan masalah, maka masalah seterusnya akan menanti kita.
|
SANTAI DI DALAM BAS MARA LINER... |
|
TEMPAT DUDUK MASING-MASING.. |
|
ABBY DENGAN KAKAK.... |
|
SUAMI CIKGUNIE SENDIRIAN KAT BELAKANG SEKALI.. |
|
ANAK BONGSU JUGA SENDIRIAN.... |
No comments:
Post a Comment