TEMA
Ø Drama 1400 mengisahkan tema pegangan agama yang kukuh dapat menyelamatkan akidah seseorang insan.
PERSOALAN
Ø Setiap manusia melakukan kesilapan. Dolah yang tersesat jalan memohon ampun dan bertaubat atas kesalahan yang telah dilakukannya.
Ø Kemiskinan boleh menyebabkan seseorang membelakangkan agama. Dolah yang hidup miskin sentiasa mengimpikan kekayaan namun cara Dolah mendapatkan kekayaan menyalahi hukum Tuhan.
Ø Kecacatan adalah anugerah Tuhan dan kita terpaksa menerimanya. Setiap manusia yang cacat tidak boleh dihina kerana mereka juga mempunyai hati dan perasaan.
Ø Keprihatinan dan kasih sayang sesama manusia tanpa mengira darjat. Setiap manusia hendaklah menyayangi satu sama lain seperti Intan Siti Rahimah yang mengambil berat kesusahan penduduk kampung dengan sentiasa melawat orang kampung walaupun dilarang oleh suaminya.
Ø Sifat merendah diri sangat penting walaupun di mana kita berada. Intan Siti Rahimah tidak mahu dilayan sebagai isteri orang kaya dan dia selalu duduk di atas tikar mengkuang apabila bertandang ke rumah penduduk kampung.
Ø Kesetiaan seorang isteri. Walaupun Intan Siti Rahimah tahu suaminya Orang Kaya Pak Tuan Dolah mempunyai kekasih bernama Doli dan lain-lain, dia tetap taat kepada suaminya. Selepas dihalau oleh suaminya dan dia bertemu kembali dengan Dolah semasa Dolah menjadi miskin dan berhijrah ke kampung lain menjadi tukang ukir, dia tetap menunggu kepulangan Dolah yang hilang di lautan.
WATAK DAN PERWATAKAN DRAMA 1400
DOLAH CAPIK/ABANG DOLAH TUKANG UKIR DAN ORANG KAYA PAK TUAN DOLAH
Ø Kakinya capik.
Ø Mempunyai sahabat bernama Soud.
Ø Tidak pernah mengamalkan ajaran Islam.
Ø Meminta bantuan bomoh dan Jin Tanah untuk menjadi kaya.
Ø Akhirnya menjadi kaya dan dikenali sebagai Orang Kaya Pak Tuan Dolah.
Ø Mempunyai seorang kekasih bernama Doli.
Ø Menggunakan kekayaannya untuk menindas penduduk kampung dengan membeli
semua tanah penduduk kampung.
Ø Berkahwin dengan Intan Siti Rahimah seorang gadis yang baik budi pekerti.
Ø Mempunyai hobi pelik berburu binatang seperti cicak, katak dan perempuan.
Ø Memelihara anjing untuk menjaga rumah dan kuda-kudanya.
Ø Seorang yang kejam kerana Sanggup membuang bayinya yang cacat semasa dilahirkan
dan menghalau isterinya Intan Siti Rahimah selepas isterinya melahirkan anak cacat.
Ø Seorang yang cepat tersedar selepas melakukan kesilapan dengan bertaubat dan
kembali kepada ajaran Islam.
Ø Mempunyai kebolehan mengukir anyaman dinding dan tingkap.
Ø Mempunyai perasaan terhadap Siti Rahimah seorang pesakit kusta.
Ø Akhirnya hilang di lautan.
NILAI
RENDAH DIRI | Intan Siti Rahimah tetap mendampingi penduduk kampong walaupun suaminya orang kaya. |
MURAH HATI | Dolah menghadiahi Siti Rahimah sehelai pakaian cantik walaupun dirinya miskin. |
KERAJINAN | Dolah menjalankan perniagaan air minuman selepas berhijrah dari kampungnya. |
KEINSAFAN | Abu Lahab dan isterinya menginsafi kesahan mereka yang menipu orang kampong dalam urusan pembelian tanah. |
KASIH SAYANG | Siti Rahimah sangat mengasihi Dolah dan sanggup menunggunya walaupun Dolah hilang di laut. |
PENGAJARAN
Ø Kita hendaklah sentiasa menghormati orang lain walaupun kekayaan kita melimpah ruah seperti Intan Siti Rahimah yang menerima pelawaan orang kampong ke rumah mereka.
Ø Kita mestilah menghormati orang kurang upaya dan jangan sesekali menghina mereka seperti orang kampong yang menggelar Dolah Capik.
Ø Kita hendaklah adil semasa menjatuhkan hukuman seperti Hakim yang menjatuhkan hukuman terhadap Abu Lahab.
Ø Kita hendaklah mencintai alam sekitar dan jangan mencemarkannnya dengan najis binatang seperti kuda-kuda Dolah yang mencemari air sungai orang kampong.
No comments:
Post a Comment