Photobucket

Thursday, June 16, 2011

Catatan Percutian 27 Mei 2011 - 10 Jun 2011

DI DALAM PESAWAT MH3626...

GELAGAT ANAK BONGSU ...






SEDONDON .....
27 Mei 2011, Cikgunie bertolak dari Labuan dengan penerbangan MH3626 dari Lapangan Terbang Labuan (LBU) ke Kuala Lumpur (KLIA) jam 7.45 pagi. Alhamdulillah, pesawat mendarat dengan selamat di KLIA tepat jam 10.00 pagi. Oleh kerana suami Cikgunie tentera, bas persiaran disediakan untuk membawa semua penumpang dan keluarga Angkatan Tentera ke Wisma Transit di Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur. Percutian kali ini, Cikgunie nak jimatkan kos. Kalau sebelum ini, Cikgunie ambil penerbangan seterusnya dari KLIA ke Alor Setar, tapi kali ini Cikgunie ambil bas Mara Liner dari Kuala Lumpur ke Kuala Nerang (perjalanan terus) ke Kampung halaman Cikgunie. Anak-anak Cikgunie sangat suka kerana tidak pernah menaiki bas ekspres untuk tempoh perjalanan melebihi sejam. Tiket bas Mara Liner itu suami Cikgunie boking dari internet. Tarikh perjalanan bas ialah 28 Mei 2011 jam 11.00 pagi. Justeru, pada hari itu, Cikgunie menginap di Wisma Transit yang ala-ala hotel 4 bintang milik Angkatan Tentera Malaysia. Kebetulan, suami Cikgunie ada kenderaan yang ditinggalkan di rumah adiknya, maka pada petang itu Cikgunie dan suami sempat merayap di sekitar Kuala Lumpur tanpa anak-anak. Hmmmm....terasa romantiknya bila berdua-duaan dengan suami tercinta. Anak-anak Cikgunie ditinggalkan di Wisma Transit yang menyediakan makan minum dan segala keperluan lain. Maklumlah, anak-anak sudah besar dan pandai pula menjaga diri. Semasa meronda sekitar Jalan Chow Kit dan Petaling Street, apa yang menarik perhatian Cikgunie ialah makanan yang tidak dijumpai di Labuan. Jadi, apa saja yang terasa nak makan, Cikgunie beli dan makan. Dah penat makan suami Cikgunie ajak balik ke Wisma Transit. Tepat jam 10.00 malam baru Cikgunie dan suami pulang ke Wisma Transit. Penat dan puas.
KAT KLIA....


No comments:

Post a Comment