Menurut Nik Safiah Karim et. al. (2008) kesemua kata tugas dapat dibahagikan kepada empat kelompok besar berdasarkan kriteria kedudukan dan fungsinya dalam binaan ayat, iaitu:
·         Kata penyambung ayat (kata hubung)
·         Kata praklausa (kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pembenar, dan kata pangkal ayat)
·         Kata prafrasa dan pascafrasa (kata bantu, kata penguat, kata penegas, kata nafi, kata pemeri, kata sendi nama, kata arah, dan kata bilangan) 
·         Kata pascakata (kata penekan dan kata pembenda)
Latihan
Tandakan (√) pada ayat yang betul.
|     1.  |        Sepak takraw adalah sukan yang akan dipertandingkan dalam Sukma   yang akan datang.  |        |   |
|     2.  |        Beliau ialah orang yang pertama membiakkan   ikan baka baharu.  |        |   |
|     3.  |        Kaum   wanita adalah elemen terpenting dalam pembangunan negara.  |        |   |
|     4.  |        Negara   kita kini memiliki warga yang sejumlah besarnya adalah berpendidikan   sekurang-kurangnya pada peringkat menengah.  |        |   |
|     5.  |        Institut itu adalah merupakan sebuah institut penyelidikan.  |        |   |
|     6.  |        Kursus ini adalah untuk   menerangkan konsep tatabahasa.  |        |   |
|     7.  |        Pilihan raya ialah detik bersejarah yang   dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat.  |        |   |
|     8.  |        Kenyataan   itu ialah benar.  |        |   |
|     9.  |        Dunia   ini ialah fana.  |        |   |
|     10.  |        Keputusan   panel hakim adalah muktamad.  |        |   |
|     11.  |        Adalah dimaklumkan bahawa sekolah akan   bercuti selama seminggu.  |        |   |
|     12.  |        Adalah diumumkan   bahawa peperiksaan ulangan akan diadakan pada minggu hadapan.  |        |   |
|     13.  |        Adalah diharapkan bahawa masalah   perparitan dapat diatasi dengan kadar yang segera.  |        |   |
|     14.  |        Adalah dengan ini diberitahu bahawa pihak institut akan   menjalani proses pengauditan selama seminggu.  |        |   |
|     15.  |        Hal inilah di antara hal yang mesti difahami oleh semua pelajar.  |        |   |
|     16.  |        Kita melihat pertentangan di antara pihak di seberang dengan pihak   kita berhubung dengan isu kemasukan pekerja asing.  |        |   |
|     17.  |        Kini banyak di antara mereka telah mempelajari ilmu bantu.  |        |   |
|     18.  |        Perkara ini di antara persoalan penting yang harus diketahui umum.  |        |   |
|     19.  |        Di antara penerbitan   yang berkualiti dengan penerbitan yang sebaliknya perlu kita bezakan.  |        |   |
|     20.  |        Tambak   Johor terletak antara Johor Bahru dengan Singapura.  |        |   |
|     21.  |        Di antara Johor Bahru dengan Singapura, banyak perbezaannya.  |        |   |
|     22.  |        Lif itu terhenti  antara   tingkat dua dengan tingkat tiga.  |        |   |
|     23.  |        Di antara tingkat dua dengan tingkat tiga, tingkat tiga lebih teratur   pejabatnya.  |        |   |
|     24.  |        Amelia duduk antara Halijah   dengan Hasnah.  |        |   |
|     25.  |        Banyak persamaan di antara Ab.   Rahim dengan Mohamad.  |        |   |
|     26.  |        Kedai   baharu itu terletak antara pasar raya A dengan pasar raya B.  |        |   |
|     27.  |        Yang manakah lebih awal dibina di antara pangsapuri A dengan   pangsapuri B.  |        |   |
|     28.  |        Perdebatan itu berlangsung di antara pihak kerajaan dengan   pihak pembangkang.  |        |   |
|     29.  |        Di antara pihak penyokong kerajaan dengan pihak penyokong pembangkang,   banyak perbezaannya.  |        |   |
|     30.  |        Hubungan politik, ekonomi, dan kebudayaan wujud di antara wilayah-wilayah   ini.  |        |   |
|     31.  |        Di antara lagu persembahan artis baharu itu ialah lagu Separuh Jiwaku   Pergi.  |        |   |
|     32.  |        Di antara jurnal yang diterbitkan oleh universiti itu ialah Jurnal   Psikologi dan Jurnal Kemanusiaan.  |        |   |
|     33.  |        Antara nama yang disebut dalam pertuduhan itu ialah nama seorang tokoh korporat.  |        |   |
|     34.  |        Blog adalah di antara sumber tidak rasmi yang perlu diteliti   kebenarannya.  |        |   |
No comments:
Post a Comment