Masa itu emas. Masa ibarat mata pedang. Masa tidak menunggu kita. Masa yang berlalu tidak akan berulang. Allah juga ada bersumpah dengan ayat "Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian." Demikianlah peri pentingnya masa kepada setiap umat manusia. Jika kita tidak mengejar masa, sampai mati pun kita tidak akan cukup masa.
Sempena bulan Ramadan ini, Cikgunie terpanggil untuk berkongsi pengalaman tentang pengurusan masa. Memang benar pepatah menyatakan masa itu emas kerana masa sangat berharga. Dalam seminit harga saham boleh jatuh berpuluh-puluh ringgit dan dalam sesaat kita boleh kehilangan benda yang bernilai dalam hidup kita. Masa juga akan mencantas peluang yang ada depan mata jika kita tidak menepati masa ibarat mata pedang kerana masa tidak akan menunggu orang yang sentiasa melengah-lengahkan sesuatu pekerjaan.
Justeru, Allah bersumpah dalam Surah Al'Asr bahawa manusia itu akan kerugian jika tidak menghargai masa dalam hidup mereka.
Nabi Muhammad juga berpesan tentang masa,
Para pembaca yang budiman,
Seringkali kita dimomokkan dengan istilah "tidak cukup masa", "tidak menang tangan," "tidak ada masa" dan "tidak sempat" dalam semua aktiviti harian kita. Tambahan pula kedatangan bulan Ramadan ini sering dikaitkan dengan keletihan dan kepenatan akibat berpuasa. Perkara ini sebenarnya adalah isu dan bukan lagi masalah. Untuk menangani sesuatu isu, kita hendaklah berubah sikap daripada negatif kepada positif. Justeru, pengurusan masa sangat berkait rapat dengan perancangan.
Perancangan sangat penting apabila kita melakukan sesuatu tugasan apatah lagi rutin seharian. Sebagai seorang guru dan pentadbir, Cikgunie amat mementingkan perancangan dalam setiap tugasan daripada sebesar-besar tugasan hinggalah sekecil-kecil tugasan. Sebagai contoh tugasan terbesar yang memerlukan perancangan ialah menyediakan takwim sekolah untuk tahun berikutnya bagi semua guru. Mulai sekarang Cikgunie sudah membuat perancangan tugasan guru-guru dan staf bukan guru sekolah Cikgunie untuk bulan Januari 2012 hingga bulan Disember 2012. Begitu juga pada pertengahan tahun 2010, Cikgunie sudah membuat perancangan guru-guru untuk tahun 2011. Jadi, Cikgunie sudah tahu bilakah tarikh sambut tahun baru, tarikh cuti persekolahan, tarikh Hari Raya dan sebagainya. Oleh itu, perancangan sangat penting supaya kita kita tidak membazirkan masa pada awal tahun. Contoh tugasan paling kecil pula ialah perancangan mengurus rumah seperti masa mengemas, memasak, mengajar, dan bersosial pun Cikgunie buat jadual agar ia menjadi rutin. Apabila menjadi rutin, kita tidak perlu terkejar-kejar semasa melakukan tugasan. Semuanya berjalan seperti yang kita rancangkan kecuali kalau kita sakit demam atau dilanda musibah maka perancangan kita pun akan turut berubah.
Perancangan yang betul membantu kita menguruskan masa dengan betul. Apabila membuat perancangan, kita membantu diri kita dan orang lain memahami tugasan kita. Sebagai contoh, sepanjang bulan Ramadan ini, Cikgunie menampal menu untuk berbuka dari 1 Ramadan hingga 30 Ramadan di depan pintu peti ais. Cikgunie sudah sediakan menu setiap hari untuk berbuka seminggu sebelum kita mula berpuasa. Apabila suami Cikgunie melihat menu itu, dia sudah tahu sekiranya ada kekurangan bahan mentah yang perlu dimasak pada hari itu, dia boleh tolong belikan. Dia juga boleh menolong melakukan apa yang patut sebelum Cikgunie pulang dari sekolah. Hal ini bukan saja memberi kemudahan kepada kita tetapi juga memberi peluang kepada orang lain membantu kita. Begitu juga dengan tugasan lain, Cikgunie pastikan telah melakukan perancangan sebulan lebih awal. Hal ini membantu Cikgunie menguruskan masa dengan berkesan agar Cikgunie dapat menikmati masa-masa berkualiti dengan keluarga sama seperti orang lain.
Baru 2 hari kita berpuasa, ada rungutan daripada guru-guru di sekolah Cikgunie yang tidak cukup masa hendak memasak makanan kegemaran keluarga kerana ada mesyuarat. Mereka hairan bagaimana Cikgunie sempat lagi memasak sedangkan balik mesyuarat jam 4.30 petang. Alasan mereka kerana suami tidak membantu dan mereka tiada orang gaji. Cikgunie juga tiada orang gaji dan suami Cikgunie pun bukan chef tetapi bagaimana Cikgunie dapat menyediakan set hidangan mengikut piramid makanan untuk keluarga Cikgunie? Jawapan paling ringkas yang Cikgunie berikan kepada guru-guru di sekolah Cikgunie ialah perancangan.
Jika kita membuat perancangan awal, apakah menu yang kita hendak masak untuk keluarga sedangkan kita tahu dengan jelas kita ada mesyuarat selepas waktu sekolah, kita boleh sediakan bahan-bahan untuk dimasak pada waktu sahur atau malam sebelumnya. Selepas itu, simpanlah bahan-bahan itu di dalam peti ais. Jadi selepas mesyuarat apabila kita pulang ke rumah, kita boleh terus ke dapur dan mula memasak kerana bahan-bahan kita sudah sediakan sejak awal lagi. Lainlah jika kita tidak membuat perancangan awal, maka kalau diberi masa 2 jam pun kita cuma sempat masak nasi sahaja. Oleh itu, perancangan yang dibuat lebih awal membantu kita menguruskan masa dengan berkualiti kerana masa yang pergi tidak dapat di panggil semula.
Jika kita membuat perancangan awal, apakah menu yang kita hendak masak untuk keluarga sedangkan kita tahu dengan jelas kita ada mesyuarat selepas waktu sekolah, kita boleh sediakan bahan-bahan untuk dimasak pada waktu sahur atau malam sebelumnya. Selepas itu, simpanlah bahan-bahan itu di dalam peti ais. Jadi selepas mesyuarat apabila kita pulang ke rumah, kita boleh terus ke dapur dan mula memasak kerana bahan-bahan kita sudah sediakan sejak awal lagi. Lainlah jika kita tidak membuat perancangan awal, maka kalau diberi masa 2 jam pun kita cuma sempat masak nasi sahaja. Oleh itu, perancangan yang dibuat lebih awal membantu kita menguruskan masa dengan berkualiti kerana masa yang pergi tidak dapat di panggil semula.
No comments:
Post a Comment