WATAK DAN PERWATAKAN NOVEL JERIJI KASIH
|     WATAK  |        PERWATAKAN  |        CATATAN  |   
|     ANUARIZA  |        v  Nama panggilannya   Nuar. v  Remaja yang   baru tamat STPM. v  Bakal guru   tuisyen kepada anak-anak Syed Mustafa v  Pemalu dan   kuat bekerja  v  Pandai melukis   dan bertukang. v  Cacat kerana   jarinya tidak lengkap. v  Melakukan kerja   kampong seperti memungut asam kelubi. v  Pemuda yang   berjiwa besar dan bercita-cita tinggi. v  Tinggal bersama   ibu angkatnya.  |        |   
|     SYED MUSTAFA  |        v  Panggilannya Pak   Syed. v  Mempunyai 2   orang anak iaitu Syarifah Farisya dan Syed Fariz. v  Prihatin dan   mengambil berat pelajaran anak-anaknya. v  Usahawan yang   Berjaya dan tinggal di Bandar. v  Pulang ke kampong   setelah kematian isterinya. v  Nek Siah   ibunya cuba membantu anak-anaknya dengan mengambil guru tuisyen.  |        |   
|     SYARIFAH FARISYA  |        v  Nama manjanya   Iesya. v  Pelajar tingkatan   5 yang akan menduduki SPM. v  Mudah bergaul   dan mesra. v  Kakak kepada   syed Fariz. v  Sentiasa membantu   Anuariza dan mempunyai sikap ingin tahu. v  Pernah mengikut   Anuariza ke hutan untuk mencari asam kelubi. v  Perasaan remajanya   membuatkan dia meninggalkan rumah selepas mengetahui ayahnya ingin berkahwin   dengan ibu Anuariza. v  Mempunyai perasaan   yang mendalam terhadap Anuariza.  |        |   
|     SYED FARIZ  |        v  Pelajar tingkatan   3 yang akan menduduki peperiksaan PMR. v  Mempunyai masalah   disiplin di sekolah seperti buli, merokok dan ponteng sekolah. v  Tidak berminat   untuk belajar. v  Puncak kenakalannya   sehingga ditangkap polis ialah merogol rakan sekelasnya iaitu pengawas   bernama Rohaida. v  Dilepaskan dengan   jaminan selepas Syed Mustafa berjumpa ayah Ruhaida untuk menarik balik   dakwaan terhadap anaknya.  |        |   
|     NENEK SIAH  |        v  Ibu Syed   Mustafa. v  Seorang yang   prihatin terhadap jiran tetangga kerana dia sentiasa mengambil berat tentang   ANUARIZA . v  Telah mencadangkan   Syed Mustafa berkahwin lagi.  |        |   
No comments:
Post a Comment