Photobucket

Friday, August 5, 2011

Salah Siapa?????

Kisah 13 orang pelajar yang mengikuti program "Price Of Freedom" di Penjara Kluang, Johor dari SMK Bandar Baru Tun Uda telah membuka mata banyak pihak. Cikgunie menyokong usaha PIBG sekolah itu mengeluarkan belanja sebanyak RM3000.00 semata-mata mahu menyedarkan dan menginsafkan pelajar tentang harga remaja. Jika tersalah membuat pilihan, maka tirai besi adalah tempat remaja menghabiskan sisa usia yang ada. Justeru, mahukah ibu bapa sekalian melihat hidup anak-anak mereka musnah kerana sikap ibu bapa yang terlalu melindungi anak-anak. Sepatutnya ibu bapa menyokong usaha-usaha pihak sekolah yang mahukan kecemerlangan sahsiah dan akademik anak-anak mereka. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Ibu bapa sebahagian pelajar berkenaan menyalahkan pihak sekolah dan pihak penjara kerana memperlakukan anak-anak mereka seperti itu. Seyogia ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak akan menerima natijah perbuatan mereka apabila anak-anak mereka terjebak dalam gejala tidak sihat di kemudian hari. Pada masa itu menangis air mata darah sekali pun tidak akan mengembalikan kebebasan anak-anak mereka. 
Rupa Sebenar Pelajar Hari Ini..

No comments:

Post a Comment