Pertama kali dalam sejarah hidup Cikgunie beraya di tempat orang pada tahun ini. Semuanya rasa macam tidak kena. Hendak menangis sudah lebih umur, hendak gembira tiada apa-apa yang hendak menggembirakan hati ini. Maka Cikgunie sambut Hari Raya Puasa pada tahun ini dalam keadaan neutral. Apabila kita melakukan sesuatu pekerjaan dalam keadaan neutral atau tanpa perasaan, maka semua kerja kita seolah-olah tiada bernyawa. Tidak namapak hidup. Justeru, Cikgunie terpaksa mencari sesuatu untuk menyuntik semangat hendak sambut raya di perantauan pada tahun ini. Antara yang Cikgunie laksanakan ialah:
- Hias rumah dengan kreativiti tanpa menambah perabot baru (lampu kelip-kelip pun cantik juga)
- Buat langsir baru kerana langsir ibarat baju yang dipakai di badan kita.
- Beli set hidangan hari raya (sebelum ini tidak pernah ada)
- Buat biskut raya sendiri.
- Tempah 3 pasang baju raya (diri sendiri, anak-anak dan suami)
- Tukar semua alas meja.
- Beli banyak hiasan dinding.
- Cat dinding rumah baru dengan warna yang terang (walaupun rumah tentera tidak boleh cat dengan sebarang warna tapi Cikgunie tidak peduli)
- Sekarang, barulah Cikgunie ada semangat hendak sambut raya di perantauan...
|
KAIN LANGSIR BELUM BERJAHIT |
|
LAMPU KELIP-KELIP |
|
CONTOH BAJU RAYA |
Terima kasih kerana sudi letak sajak saya dalam blog Cikgu.
ReplyDelete