Cikgunie baru terlepas dari hukuman. Alhamdulillah. Syukur kepada Tuhan. Sejak 2-3 bulan belakangan ini Cikgunie dilanda kebimbangan yang melampau kerana ujian darah segera yang Cikgunie ambil di sebuah Poliklinik menunjukkan kandungan kolestrol Cikgunie melebihi 8.0 mol. Macam-macam usaha yang Cikgunie buat untuk mengurangkan kolestrol kerana Cikgunie bukan spesies suka makan ubat. Akhirnya atas nasihat adik Cikgunie, minggu lepas Cikgunie pergi ke hospital dan membuat pemeriksaan kesihatan penuh. Semalam Cikgunie menerima keputusan hasil pemeriksaan kesihatan. Alhamdulillah. Semuanya baik-baik belaka termasuk kandungan kolestrol dalam darah. Masih di bawah paras berjaga-jaga. Benarlah, ketenangan fikiran bermula daripada kesihatan yang baik. Jadi di sini Cikgunie ingin kongsikan beberapa fakta tentang kolestrol.
Kolestrol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran sel luar dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam saluran darah manusia. Dua sumber utama kolestrol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati. kolestrol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan kolestrol diserap oleh usus ke dalam saluran darah dan diselaputi oleh protein. Kolestrol diselaputi oleh protein ini dipanggil chyomicron.
Hati mampu menyingkirkan kolestrol daripada peredaran darah dan juga
menghasilkan kolestrol serta merembeskan kolestrol ke dalam peredaran darah. Selepas
makan, hati mengeluarkan chyomicron daripada peredaran darah. Di antara waktu
makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolestrol kembali dalam peredaran
darah.
Kolestrol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan
protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolestrol yang dirembeskan oleh hati
ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL)
atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL). Kolestrol LDL yang terhasil daripada
metabolisme kolestrol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolestrol “jahat”
manakala kolestrol HDL dikenali sebagai kolestrol baik.
Tanda-tanda kolestrol tinggi dalam darah ialah terdapat bintil atau ketulan kecil berwarna lebih gelap daripada kulit muka di bawah kelopak mata dan di atas kelopak mata. Oleh itu, sentiasalah memeriksa sebarang perubahan ke atas wajah atau fizikal kita. Ingatlah kesihatan adalah harta kita yang paling bernilai.
MITOS KOLESTROL
1. Tidak semua daging mempunyai kolestrol kerana daging kambing tidak mempunyai kolestrol.
2. Tidak semua tanda bintil-bintil seperti ketulan daging berwarna hitam atau coklat di pipi dan leher adalah tanda kolestrol tinggi.
3. Tidak semua orang gemuk mempunyai kolestrol tinggi dan tidak semua orang kurus tidak mempunyai kolestrol tinggi.
No comments:
Post a Comment