Tuesday, March 13, 2018

Latihan Kertas 1 dan Kertas 2 Bahasa Melayu SPM semasa Cuti







Lihat gambar yang diberi dengan teliti.
Ø Baca arahan untuk mengetahui kehendak soalan.
Ø Kalau arahan meminta calon menjawab kepentingan sesuatu tema yang diberikan,
Ø huraikan semua kebaikan tema berdasarkan isi di bawah setiap gambar yang diberikan.
Ø Kalau arahan meminta calon menulis, kesan sesuatu tema,
Ø Huraikan semua akibat tema berdasarkan isi yang diberikan.
Ø Calon wajib menulis 5 perenggan mengikut pembahagian seperti berikut:
Ø Pendahuluan
Ø Isi 1
Ø Isi 2
Ø Isi 3
Ø Penutup dan kesimpulan.
Ø Mulakan pendahuluan tentang tema atau tajuk yang dikemukakan dalam arahan soalan.
Ø Contoh :

Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan menjaga tempat bersejarah. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan

KEPENTINGAN MENJAGA TEMPAT BERSEJARAH

https://1.bp.blogspot.com/-fvcMKoC72KI/UnY_1Y1z5oI/AAAAAAAAA1A/fCWGhL9irAk/s1600/melaka-utem183.jpg



BAHAGIAN A
(30 MARKAH)
Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah mengatasi masalah disiplin di sekolah. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan

Image result for gambar kesalahan disiplin sekolah       Image result for gambar kesalahan disiplin sekolah
      Mengetatkan hukuman sekolah                                  Melaksanakan hukuman denda
Image result for gambar kesalahan disiplin sekolah
Melarang penggunaan telefon bimbit di sekolah




Ka

Bahagian B
[ Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit ]
                                                                 [ 100 markah ]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

1                              Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang remaja.

Sebagai seorang remaja, jelaskan ciri-ciri rakan sebaya yang menjadi pilihan anda.

2                              Amalan berjimat cermat amat penting dalam menghadapi krisis ekonomi hari ini.

Berikan pendapat anda tentang peranan keluarga dalam memupuk amalan berjimat cermat.

3                              Usaha yang berterusan untuk membantu golongan  Orang Kurang Upaya (OKU) amat wajar supaya mereka dapat memberikan sumbangan kepada negara.

Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha untuk membantu golongan ini.

4                              Kegiatan jenayah membabitkan pemerdagangan manusia kini menjadi isu sejagat.

Bincangkan kerjasama antara Malaysia dengan negara jiran untuk menangani masalah tersebut.

5                    Anak itik terenang-renang,
Air pasang tenang-tenangan;
                  Budi sedikit bila kan hilang,
                        Itu menjadi kenang-kenangan.

Berdasarkan maksud pantun tersebut, huraikan kepentingan hidup berbudi dalam masyarakat.


Soalan 1
Rumusan Karangan
(30 markah)

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca berlakunya penderaan kanak-kanak di pusat asuhan dan langkah-langkah untuk mengatasinya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

                 Pusat jagaan dan asuhan kanak-kanak merupakan suatu tempat yang menempatkan kanak-kanak di bawah penguasaan institusi ketika ibu bapanya sedang bekerja. Insiden keganasan membabitkan penderaan kanak-kanak di pusat asuhan yang dilaporkan sejak akhir-akhir ini semakin membimbangkan dan menimbulkan reaksi pelbagai dalam kalangan ibu bapa. Menurut Perunding Kanan Psikiatri Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Dr Osman Che Bakar, beberapa faktor menyebabkan berlakunya penderaan kanak-kanak. Antaranya ialah pengalaman silam dilalui pelaku mendorong tindakan ganas terhadap kanak-kanak d ibawah jagaan mereka tanpa rasa simpati.        
                 Mereka yang melakukan keganasan kepada kanak-kanak biasanya tidak mempunyai sifat kasihan dan kebanyakan daripada mereka pernah didera ketika zaman kanak-kanak. Individu yang bekerja sebagai pengasuh perlu memiliki tahap kesihatan emosi dan mental yang stabil. Umum mengetahui ramai dalam kalangan pengasuh yang bersikap panas baran dan mudah melenting. Sifat  kanak-kanak pula mudah menangis dan karenah itulah yang menyebabkan kebanyakan pengasuh tidak dapat menahan kesabaran mereka.  Sementara itu, kita sedia maklum kebanyakan kes yang berlaku di pusat penjagaan kanak-kanak melibatkan sikap pengasuh itu sendiri.  Punca seterusnya keselamatan kanak-kanak di pusat penjagaan kanak-kanak tidak selamat ialah lokasi pusat penjagaan tersebut. Lokasi pusat penjagaan yang terpencil dan jauh daripada penglihatan orang ramai akan mengundang bahaya kepada kanak-kanak yang dihantar ke situ. Selain itu, kesibukan ibu bapa juga dilihat sebagai peluang kepada pengasuh pusat asuhan untuk menjaga bayi dan kanak-kanak asuhan mereka secara sambil lewa
              Pengusaha pusat asuhan haram atau tidak berlesen pula akan memikirkan keuntungan semata-mata sehingga mengupah pengasuh yang tidak mempunyai pengalaman dalam asuhan awal kanak-kanak. Demi mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda, mereka juga gagal untuk menyediakan makanan sihat, memantau kesihatan, premis asuhan yang ala kadar selain mengambil pengasuh yang tidak berpengelaman. Pengasuh yang tidak dilatih cara penjagaan kanak-kanak atau kurang asuhan, berisiko untuk melakukan penderaan apatah lagi apabila hanya memikirkan asal mereka dibayar gaji. Konsep kendiri yang rendah juga membawa kepada tingkah laku terpendam. Maksudnya, di hadapan majikan mereka kelihatan elok dan boleh mengawal tingkah laku, tetapi mereka mula berubah sikap apabila tindakan mereka tidak diawasi. Pengusaha pusat asuhan kanak-kanak ini menjadikan perusahaan mereka sebagai kerja sambilan sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka dan menyerah tugasan mereka sepenuhnya kepada pengasuh untuk menjaga bayi atau kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan mereka.

       Justeru, ibu bapa seharusnya perlu lebih cerewet dalam memilih pusat asuhan untuk anak-anak mereka dan sentiasa meletakkan keselamatan sebagai isu utama bagi mengelakkan berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.  Sebelum ibu bapa menghantar anak-anak mereka, mereka perlu menitik beratkan latar belakang tempat yang hendak dihantar dan latar belakang pengasuhnya. 


(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Ibu Bapa Sibuk Antara Punca Risiko Kes Dera di Pusat Asuhan’,
Sinar Online, Julai 2012)

    Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri

(     i.      Berikan maksud rangkai kata pengalaman silam                                  [2 markah]

(ii)  Dalam petikan ada dinyatakan beberapa punca masalah penderaan di pusat asuhan.Bincangkan punca-punca tersebut.                                           
[3 markah]

(iii)    Para pengasuh yang tidak diawasi akan berubah sikap terhadap kanak-kanak di pusat asuhan. Pada pendapat anda, apakah yang boleh dilakukan oleh pengusaha atau ibu bapa bagi menangani masalah ini?
                                                                                                                          [4 markah]

2 (b)  Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan berikutnya menggunakan ayat-ayat anda sendiri.


Azam menggeleng-gelengkan kepala lagi. “Jabatan haiwan kan ada?” Takkan mereka tidak memantau? Kau boleh adukan kepada mereka. Minta nasihat doktor veterinar jika ayam kau sakit..”

Aku pun harap pun begitu. Aku harap kerajaan boleh buat sesuatu. Jangan biarkan penternak kecil terperangkap dalam syarikat besar.”

Azam memujuk pula, “menternak cara kontrak ada kelebihannya. Bagus juga. Kau tidak payah mencari anak-anak ayam. Kau tidak payah keluar mencari dedak. Setiap musim syarikat payung  akan menghantar lori-lori untuk mengangkut ayam-ayam yang sudah besar.”

Hakim menjawab, “Ya, mereka menghantar segalanya dengan harga yang mereka tentukan. Kini, hidupku bergelumang dengan hutang. Setiap saat aku berhutang dengan RAJA. Kau fikirkan pula kalau nasibku malang dan nilai jualan kurang daripada harga dedak dan ubat yang mereka bekalkan, beerti aku akan menanggung hutang kepada RAJA. Berhutang dan berhutang.”

Azam memandang wajah sahabatnya penuh simpati. “Jadi apakah cadangan kau sekarang?”

Hakim terus mengeluh, “Apalagi yang boleh aku buat selain meneruskan kerja-kerja membela ayam dan mengharapkan hasil yang baik. Aku sudah berhutang dengan bank. Hutang mesti dibayar, kalau tidak tanah aku yang akan dirampas. Kau ingat kan, tanah inilah yang yang kita tuntut di mahkamah dengan susah payah. Bank akan merampas tanah ku seperti raja merampas tanah datukku dahulu.”

(Dipetik daripada “Kaduk, Ayam dan Raja” dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul. Dewan Bahasa dan Pustaka)


(i)            Berikan maksud rangkai kata bergelumang dengan hutang.
------------------------------------------------------------------------------------- 2 markah

(ii)          Mengapakah Hakim meluahkan perasaan bimbang kepada rakannya, Azam?
-------------------------------------------------------------------------------------- 3 markah

(iii)         Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu persoalan lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen Kaduk, Ayam dan Raja.
--------------------------------------------------------------------------------------- 4 markah

 2 (c)    Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan berikutnya menggunakan ayat-ayat anda sendiri.

  

          Dan telah sudah lepas edah, maka Seri Nara Diraja pun bernikah dengan Tun Kudu.  Maka jadi maufakatlah Seri Nara Diraja dan Paduka Raja, menjadi berkasih-kasihan seperti saudara sejalan jadi.  Maka sembah Seri Nara Diraja kepada Sultan Muzaffar Syah, "Tuanku, baiklah Paduka Raja dijadikan bendahara, kerana ia sedia anak bendahara."
         Maka titah baginda, "Baiklah."
         Maka Paduka Raja pun dijadikan bendahara.
Syahadan, Bendahara Paduka Raja itulah yang dikatakan orang bijaksana, kerana pada zaman itu tiga buah negeri yang sama besarnya,  pertama Majapahit, kedua Pasak, ketiga Melaka.  Di dalam negeri tiga buah itu ada tiga orang yang bijaksana, di Majapahit, Patih Aria Gajah Mada, dan di Pasak, Orang Kaya Kayanan, dan di Melaka, Bendahara Paduka Raja, dan Seri Nara Diraja menjadi penghulu bendahari.

     (Dipetik daripada Burung Terbang Dipipiskan Lada, Antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka)


(i)            Beri maksud rangkai kata sejalan sejadi seperti yang digunakan dalam petikan 
      --------------------------------------------------------------------------------------------2 markah]

(ii)          Siapakah orang yang dianggap bijaksana oleh penulis?            [3 markah]
            ---------------------------------------------------------------------------------

(iii)          Mengapakah Seri Nara Diraja mencadangkan Sultan Muzaffar Syah melantik Paduka Raja sebagai bendahara?                                                                                        
-----------------------------------------------------------------------------------------------    [3 markah]


2      (d)    Baca petikan puisi di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan berikutnya menggunakan ayat anda        sendiri.


      GURINDAM DUA BELAS (FASAL YANG KETIGA)

     Apabila terpelihara mata,
          Sedikitlah cita-cita.

     Apabila terpihara kuping,
          Khabar yang jahat tiadalah damping.

     Apabila terpelihara lidah,
          Nescaya dapat daripadanya faedah.

     Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
          Daripada segala berat dan ringan.

Apabila perut terlalu penuh,
          Keluarlah fiil yang tiada senonoh.

     Anggota tengah hendaklah diingat,
          Di situlah banyak orang yang hilang semangat.

     Hendaklah peliharakan kaki,
          Daripada berjalan yang membawa rugi.

     (Dipetik daripada Gurindam Dua Belas, Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul)




(i)            Nyatakan maksud rangkap pertama gurindam ini.

----------------------------------------------------------------------------------- 2 markah

(ii)          Rangkap kelima menyentuh persoalan mengenai mengawal nafsu makan.
Pada pendapat anda mengapakah kita perlu mengawal nafsu makan?

----------------------------------------------------------------------------------- 4 markah



(iii)         Huraikan tiga gaya bahasa gurindam tersebut.                                  3 markah



2        (d)    Baca petikan puisi di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan berikutnya            menggunakan ayat anda sendiri.


     
     AKU MEMBACA LAGI

Aku mendongak langit
membaca garis dan titik
menaakuli kebesaran-Mu
di bawahnya gumpulan mega
hembasan bayu dan banjaran gunung.

Kuselusuri alam
kicauan burung
desiran ombak dan wajah pelangi
mewarnai kehidupan umat-Mu.
ku mendongak lagi

Aku membaca langit
di dalamnya pohon-pohon kayu yang rapuh
dahan dan ranting terkulai
daun-daun berguguran
helai demi helai
di lantai tanah airku yang makmur.

Aku membaca langit
Kutemui
bulan dan bintang menangis
meratapi luka nasib bangsa.

Aku mendongak lagi
menitis air mata langit
membasahi bahasa Melayuku

yang berdarah.

(Dipetik daripada Antologi Sejadah Rindu)

(i)            Nyatakan maksud rangkap terakhir sajak ini.

----------------------------------------------------------------------------------- 2 markah

(ii)          Sebagai warganegara yang berwawasan, nyatakan usaha-usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

----------------------------------------------------------------------------------- 4 markah



(iii)         Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut         3 markah





Soalan 3 PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN TATABAHASA
(30 markah)
3 (a)    Tulis satu ayat bagi setiap kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.         
i.              tanggungjawab 
ii.            olahraga
iii.           tandatangan 
iv.           kakitangan
v.            pesuruhjaya
vi.           warganegara                                                                              6 markah


3 (b)    Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki mengekalkan struktur dan susunan ayat asal.

Azam :           Pukul berapa awak akan berangkat?
Azimah :        Pukul 3.00 petang tetapi teksi yang akan menghantar saya ke lapangan terbang akan tiba sebentar lagi.
Azam  :           Berhati-hati dalam perjalanan nanti. Pandai-pandailah jaga diri di tempat
                        orang. Oh, ya! Passport sudah bawa?
Azimah:         Ada di dalam beg galas. Terima kasih atas peringatan.
Azam  :           Sama-sama. Teksi sudah sampai. Selamat jalan Azimah.      6 markah
Azimah:         Selamat tinggal Azam.

 3 (c)   Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyali semula ayat-ayat di bawah

  i. Aminah ditugas sebagai pengarang akbar Utusan Melayu semenjak lapan tahun yang  lalu.

  ii. Dewasa ini, semakin ramai remaja yang melibat dalam gejala penyalahgunaan dadah dan melanggar.displin sekolah.

   iii. Tabiat merokok bagi wanita hamil akan bahayakan kesihatan dan keselamatan bayi yang di kandung.                                                                   6 markah

3 (d)    Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i.          Sekumpulan pelajar Sekolah Menengah Ampang telah berjaya menaiki bukit dan merentas hutan rimba di dalam program menawan puncak Gunung Ledang.
ii.         Para pengusaha dinasihati supaya cepat berusaha kerana meningkatkan produktiviti hasil pertanian mereka.
iii.        Azman dan Borhan sedang menangkap ikan di anak sungai kampung dengan menggunakan beberapa batang joran.                                           6 markah

3 (e)    Berikan maksud peribahasa di bawah.

i.          sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
ii.         ukur baju di badan sendiri
iii.        hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri.
iv.        bagai kacang lupakan kulit.
v.         bak cendawan tumbuh selepas hujan.
vi.        tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.                                6 markah

           
Soalan 4 (NOVEL)
Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan novel di bawah.
i.              Jendela Menghadap Jalan
ii.            Songket Berbenang Emas
(a)  Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan 3 peristiwa menarik dalam novel tersebut.                                                                         7 markah
(b)  Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan 4 latar tempat dalam novel tersebut.                                                                8 markah