Wednesday, November 4, 2015

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2015







Assalamualaikum w.b.t
Apa khabar semua? Semoga semua pembaca blog Cikgunie sihat belaka.
Lama Cikgunie tidak melayari blog ini kerana masalah biasa apabila usia meningkat. Lupa kata laluan. Alhamdulillah hari ini tiba-tiba Cikgunie teringat kata laluan blog ini. Rasanya tidak terlambat untuk Cikgunie mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan SPM buat semua calon SPM 2015. 



Monday, April 13, 2015

BMI dan Berat Badan

Wahai calon SPM 2015....
Keputusan SPM yang baik tidak menjamin peluang anda memasuki mana-mana Institusi Pengajian Tinggi dan kursus yang anda minati sekiranya BMI anda melebihi 23. Jadikan apa yang berlaku kepada anak Cikgunie sebagai pengajaran. Anak Cikgunie mendapat tawaran ke IPG dan terpaksa melalui proses temuduga. Semasa temuduga anak Cikgunie dikehendaki mengukur ketinggian dan mengambil berat badan untuk mengira BMI. Oleh kerana BMI anak Cikgunie melebihi 23 maka dia disuruh pulang tanpa menghadiri sesi temuduga. Pada minggu ini pula, iaitu pada 15 April 2015 anak Cikgunie mendapat tawaran kemasukan ke UPNM. Namun syarat utamanya ialah BMI juga. Oleh itu Cikgunie menasihati anak Cikgunie agar tidak menghadiri temuduga tersebut kerana pasti selepas mengetahui BMI anak Cikgunie beliau juga akan disuruh pulang. Justeru seyogia Cikgunie menasihati calon SPM 2015 agar menjaga berat badan kerana syarat kemasukan dalam bidang perguruan dan ketenteraan ialah berat badan yang ideal.

Thursday, March 5, 2015

Tahniah Calon SPM 2014

Cikgunie mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua calon SPM yang baru mendapat keputusan pada 3/3/2015 yang lalu. Kepada yang dapat semua A tahniah atas kecemerlangan anda. Kepada yang mendapat 1A, 2A, 3A, 4A, 5A, dan yang tidak mendapat A serta yang lulus semua mata pelajaran Cikgunie ucapkan tahniah juga kerana itu adalah rezeki Allah. Bayangkan daripada lebih 4 ratus ribu calon SPM 2014, hanya 11328 orang calon sahaja yang mendapat semua A. Kalau semua calon mendapat semua A, maka penempatan ke universiti tidak akan mencukupi. Oleh itu, semua calon yang telah mendapat keputusan SPM 2014 perlu memohon penempatan ke IPTA, IPTS, Politeknik, Kolej Komuniti, ILP, Giat Mara dan lain-lain mengikut keputusan yang diperoleh. Anak Cikgunie juga salah seorang calon SPM 2014. Keputusan anak Cikgunie mungkin bukan yang terbaik tetapi bagi Cikgunie sangat baik kerana BM beliau mendapat A+. Tahniah NUR AFIFAH BINTI MOHD TARMIZI.

Saturday, February 28, 2015

Perginya Mutiara SMK KUALA NERANG

Al- Fatihah buatmu guru yang amat memahami Cikgunie....Hajah Rohani Binti Mustafa....
Seorang yang lemah lembut dan anggun....
Kehilanganmu amat dirasai.

Tuesday, February 24, 2015

KEPUTUSAN SPM 2014

Semakan Keputusan SPM 2014

Lokasi : Calon boleh mendapatkan keputusan melalui sekolah manakala calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.

Tarikh Dan Masa : 3 Mac 2015 / Mulai Jam 10 Pagi

Semakan Guna Sms : Calon-calon boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM menerusi Sistem Mesej Singkat mySMS dengan menaip format penghantaran mesej seperti berikut:

Taip SPM (jarak) No Kad Pengenalan (jarak) No Angka Giliran dan hantar ke 15888

CONTOH
SPM 971403025778 KC007B067 hantar ke 15888


Semakan Secara Online : Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak menyediakan aplikasi sistem semakan keputusan SPM secara atas talian (online)

Pautan sumber :
 http://www.mysumber.com/keputusan-spm-2014-diumumkan-3-mac-2015.html#ixzz3SdkRRKFp

Tuesday, January 13, 2015

SINOPSIS CERPEN JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL

Cerpen ini ditulis oleh Maskiah Hj Masrom mengisahkan pengembaraan watak utama Mas ke negara Turki. Mas merupakan seorang wanita cantik yang mengikuti pakej percutian ke Turki. Beiau telah memperuntukkan sejumlah wang untuk berbelanja di Turki. Dengan nilai RM1800 beliau menukarkan wang RM menjadi USD400 sahaja. Niat Mas hanyalah membeli cenderamata untuk kawan-kawan pejabatnya, keluarganya dan para pensyarah yang mengajarnya di peringkat sarjana sahaja. Idea untuk membeli jaket kulit kijang langsung tiada dalam agenda perancangannya semasa berbelanja.

Semasa Mas dan rakannya yang lebih dewasa seperti Kak Chah, Syahmeem, Dr. Liza dan Hajah Zalehon serta Hajah Normah berjalan di Grand Bazaar mereka telah memasuki salah sebuah bazar yang menjual jaket kulit. Pemuda Turki selaku pelayan kedai itu melayan mereka seperti puteri raja dengan disajikan jus epal. Akhirnya kawan-kawan Mas telah membeli jaket kulit dan beberapa barang perhiasan lain. Jurujual Turki itu sengaja mempelawa Mas mencuba salah sehelai jaket kulit kijang di kedainya. Mas pun mencuba dan memang kena dengan bentuk badannya. Oleh kerana tiada keperluan selain harganya USD300 Mas tidak berminat untuk membeli jaket tersebut. Penjual tersebut menghina Mas dan menyebut "You can go to hell" apabila Mas tidak jadi membeli jaket kulit tersebut.

Semasa Mas sedang beratur untuk menaiki feri menyeberangi Selat Bhosporus seorang lelaki tua telah menjual jaket kulit kijang di pasaran gelap kepada Shahneem dengan harga USD120. Oleh kerana jaket itu saiz S' maka Syahneem menjualnya kepada Mas dengan harga USD100. Mas terpaksa membeli jaket kulit kijang itu untuk membantu Syahneem walaupun dia kesal kerana beberapa ekor kijang telah dikorbankan untuk mendapatkan sehelai jaket seperti itu. Oleh itu, Mas berniat semasa pulang ke tanah air dia akan menjual jaket kulit kijang itu di kedai harga terpakai dan bercadang mendermakan wang itu ke mana-mana zoo yang ada kijang di dalamnya.

ANTOLOGI JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL

PUISI TRADISIONAL
Syair Bidasari
Gurindam Dua Belas Fasal yang Ketiga

PUISI MODEN
Sang Gembala Kuda (Mohd Hashim Othman)
Aku Membaca Lagi (Razali Mohd Yussof)
www.sibermerdeka.com.my (Abdul Ghaffar Ibrahim)
Gelanggang (Onn Malini)

PROSA TRADISONAL
Kepimpinan Melalui teladan

CERPEN
Kaduk, Ayam dan Raja (Zurinah Hassan)
Munsyi (Husna Nazri)
Jaket Kulit Kijang dari Istanbul (Maskiah Hj Masrom)

DRAMA
Berkhidmat Untuk Negara (Affix Zulkarnaen Adam)

TEKS BAHARU KOMSAS TINGKATAN 4

ANTOLOGI TINGKATAN 4

NOVEL TINGKATAN 4 ZON UTARA

Thursday, January 8, 2015

LEPTOSPIROSIS ATAU KENCING TIKUS

Penyakit Kencing Tikus atau Leptospirosis merupakan jangkitan yang jarang berlaku kepada manusia. Penyakit ini dipindahkan kepada manusia melalui air yang dicemari air kencing haiwan seperti tikus atau mondok dan lain-lain haiwan yang mempunyai bakteria Spirochaete menyentuh bukaan pada kulit, mata atau lendir. Penyakit ini juga dikenali sebagai Sindrom Weil kerana Adolf Weil ialah orang yang mula menemui penyakit Leptospirosis ini pada tahun 1886.

Baru-baru ini anak murid Cikgunie Mohd Fahmi bin Abdul Razak telah koma 2 minggu selepas mandi di sebuah sungai peranginan dan terkena jangkitan penyakit Leptospirosis. Alhamdulillah berkat kekuatan semangat dan umurnya masih panjang Mohd Fahmi telah berjaya dipulihkan dan beliau telah pun keluar dari ICU pada 4 Januari 2015.
Hari Keempat Mohd Fahmi dalam ICU

HARI KETUJUH DALAM ICU

HARI KETUJUH 

HARI KE 10

HARI KE 12

Tuesday, January 6, 2015

JANUARI 2015

Banjir yang melanda beberapa negeri di pantai timur dan sebahagian di Perak, Johor dan lain- lain tempat telah melumpuhkan prasarana dan pentadbiran kerajaan. Kesannya dapat dirasai dalam jangka masa panjang dan pendek. 

Antaranya ialah sesi persekolahan ditangguh. Bayaran bonus ditangguh. Bayaran bantuan awal persekolahan juga ditangguh. Apa yang penting sekarang ialah membantu mangsa banjir meneruskan kelangsungan hidup. 

Banjir ialah bencana alam. Kuasa Allah Taala untuk menurunkan hujan, memberikan kemarau dan meniupkan angin kencang kepada semua makhluk di dunia ini. Sebagai umat Islam kita hendaklah redha dan bersabar. Janganlah menghukum kerajaan jika bantuan lewat diberikan. Belajarlah bersabar dan sentiasalah muhasabah diri.

Thursday, January 1, 2015

SELAMAT TAHUN BARU 2015

Hari- hari yang berlalu menjadi kenangan
Hari- hari yang bakal dilalui menjadi harapan
Selamat tinggal 2014
Selamat datang 2015
Bangkitlah Matahari
Sinarilah mimpi kami