Tuesday, September 30, 2014

TARGET SOALAN KARANGAN SPM 2014

Sebenarnya banyak tajuk yang Cikgunie nak kongsi dengan semua calon SPM 2014 termasuk anak Cikgunie. Namun keadaan semasa yang masih panas dengan soalan bocor UPSR membuatkan mulut Cikgunie terkunci dan tangan seolah-olah terikat sedangkan hati Cikgunie terjerit-jerit hendak meluahkan apa yang Cikgunie ramalkan. Kepada Phong yang menghantar emel meminta soalan pembayang dan calon SPM sekalian, Cikgunie mohon maaf banyak-banyak. Cikgunie akan secara tidak langsung tentang target tajuk-tajuk popular yang berkemungkinan keluar dalam SPM pada 3 November 2014 nanti.

Untuk soalan dimensi diri iaitu soalan nombor 1 Bahagian B, cuba baca dan buat karangan jenis petbahasan bertajuk KEHIDUPAN DI ASRAMA MAMPU MENINGKATKAN KUALITI PELAJAR.

Untuk soalan dimensi keluarga dan masyarakat pula cubalah menulis karangan perbincangan bertajuk PERANAN IBU BAPA MENGGALAKKAN ANAK-ANAK MENGIKUTI KURSUS-KURSUS DAN PROGRAM MOTIVASI.

Untuk soalan dimensi dalam negara pula cubalah menulis tajuk USAHA-USAHA KERAJAAN MEMAJUKAN INDUSTRI PELANCONGAN DI NEGARA KITA SEMPENA TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2014.

Selamat menulis karangan. Minggu hadapan Cikgunie akan tulis karangan lengkap salah satu tajuk karangan di atas. Ingat, tajuk yang Cikgunie bagi ini bukan soalan ramalan tapi calon-calon sekalian perlu buat latih tubi.

Saturday, September 27, 2014

KENALI TAYAR KERETA ANDA

195/65R15 bermaksud size tayar, lebar tayar dan size rim tayar. Ini ialah contoh tulisan yang ada pada setiap tayar yang baru dibeli. Jadi baca dan kalau tidak faham tanyalah pusat servis tayar. Oleh kerana ada pengguna yang guna sport rim dan rim biasa, maka tayar yang dipilih perlu mengikut jenis rim yang digunakan. Semakin besar rim tayar semakin kecil size tayar. Semakin kecil rim semakin besar tayar yang digunakan. Semuanya bergantung kepada selera pengguna....

Kepentingan Tayar Kereta

Selain enjin, tayar kereta merupakan komponen utama sesebuah kenderaan dapat bergerak di atas jalan raya. Tanpa tayar tidak mungkin sesebuah kereta dapat bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi. Oleh itu kita perlu menyenggara tayar kereta kita sekurang-kurangnya sebulan sekali isilah angin tayar kereta kita. Selain itu setiap 6 bulan sekali buat alignment jika kita selalu berjalan jauh. Chamber sangat penting kerana jika sudah lama dia akan 'makan' tayar dari dalam. Jadi kedudukan tayar akan lari. Hal ini akan menyebabkan pemanduan kita tidak lancar dan kereta kita terasa berat semasa kita membawa melebihi 100km sejam. Selain itu tayar akan cepat haus dan bunga tayar akan menjadi botak.

Entah apa kecucaian atau tidak sempat atau tidak peka, tayar kereta Cikgunie terburai gara-gara tidak diselenggara mengikut jadual. Pagi ini terpaksa sepagian di pusat servis tayar untuk tukar tayar dan servis tayar. Pengguna perlu ingat bahawa selepas menukar tayar, kita kena buat alignment. Selepas itu check chamber dan seangkatan dengannya. Jangan lupa juga bahawa tayar spare perlu ditukar setiap 6 bulan sekali. Itu pun Cikgunie terlupa. Maka pada pagi ini Cikgunie kena tukar 3 biji tayar. Tayar spare sejak beli tidak pernah digunakan. Jadi masih boleh dipakai lagi. Habis jugak 1K pagi ini. 






Thursday, September 25, 2014

Wednesday, September 24, 2014

Monday, September 22, 2014

PUTERA MUHAMMAD AZFAR FARHAN

MELAWAT SABAH 13/9/2-14-16/9/2014


















SOALAN RAMALAN TIDAK RELEVAN????

Cikgunie terdengar berita pagi tadi bahawa salah seorang orang Kementerian Pendidikan menyatakan bahawa calon peperiksaan tidak perlu bergantung kepada soalan ramalan dan perlu berdikari serta bertanggungjawab terhadap keupayaan diri sendiri. Mereka perlu berdikari untuk belajar menjawab soalan peperiksaan kerana matlamat akhir seorang murid belajar di sekolah ialah memperoleh dan mengaut sebanyak mungkin ilmu pengetahuan. Pelik dan janggal sangat bunyinya. Di mana tidak relevannya soalan ramalan kepada setiap calon peperiksaan? Soalan ramalan sangat membantu murid-murid menjawab soalan dalam peperiksaan kerana tidak semua silibus dalam setiap mata pelajaran akan keluar dalam peperiksaan. Sudahlah masa menjawab soalan terhad, tidak mungkin beratus-ratus soalan perlu dijawab dalam masa yang terhad. Itulah maksudnya pentaksiran dan penilaian.

Rasanya ibu bapa, masyarakat dan seluruh rakyat Malaysia tidak pernah tahu apa yang berlaku di sekolah. Macamlah semua murid yang datang ke sekolah hendak belajar dan mendapatkan ilmu sebanyak mungkin. Sebenarnya apa yang berlaku di semua sekolah ialah murid-murid tidak berminat untuk belajar apatah lagi hadir ke sekolah. Oleh sebab itu, ada murid yang ponteng kelas bagi mata pelajaran tertentu, ada juga murid yang hadir ke sekolah selepas itu keluar dari kawasan sekolah. Bagi murid yang hadir dan berada di dalam kelas pula, ada yang bersembang semasa guru mengajar, ada yang mengganggu murid lain semasa guru mengajar, ada juga yang bermain-main semasa guru  sedang mengajar dan paling sadis ada juga murid yang tidur hingga tidak sedar dir semasa guru sedang mengajar. Namun tidak dinafikan ada juga yang memberi fokus semasa guru sedang mengajar tapi sayang jumlah mereka tidak seramai murid yang tidak memberi fokus semasa guru sedang mengajar. Di sini, Cikgunie ingin bertanya, pada masa bila murid-murid atau lebih tepat lagi calon peperiksaan hendak menimba ilmu pengetahuan? Bila waktu pula mereka hendak belajar sendiri untuk berdikari mencari tajuk-tajuk atau topik bagi setiap mata pelajaran yang akan keluar dalam peperiksaan?

Ibu bapa serta masyarakat sekalian perlu ingat, seramai 490,000 lebih calon UPSR akan mengambil peperiksaan tahun ini perlu mengingat isi kandungan dan silibus setiap mata pelajaran ( 4 subjek sahaja ) dari Tahun 1 hingga Tahun 6! Mampukah mereka menganalisis berpuluh-puluh topik bagi setiap mata pelajaran untuk disaring dan dibaca sebagai soalan yang mungkin naik dalam UPSR?????? Impossible! Tidak mungkin! Tanpa bantuan guru yang menganalisis tajuk dan meramal soalan yang bakal keluar dalam peperiksaan, tidak sampai 5% calon UPSR akan mendapat 5A. Kita perlu ingat, untuk peperiksaan PT3 pun, murid-murid akan dinilai dan ditaksir semua mata pelajaran yang dipelajari dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Begitu juga bagi calon SPM. Mereka perlu belajar setiap mata pelajaran selama 2 tahun sebelum ditaksir dan dinilai dalam peperiksaan SPM. 8 mata pelajaran dan berpuluh-puluh topik yang dipelajari tetapi soalan yang ditanya hanya 40 soalan objektif dan 10 atau 20 soalan esei atau struktur. Baki topik-topik yang tidak relevan tidak akan keluar dalam peperiksaan. Adakah semua murid tahu soalan yang bagaimana akan keluar kalau bukan guru yang memberitahu mereka. Bukan mudah hendak mengingat kerana murid-murid tidak berminat untuk belajar. Apabila seorang guru bagi setiap mata pelajaran dari setiap buah sekolah yang berada di setiap buah negeri di Malaysia menganalis dan meramal topik-topik tertentu yang bakal keluar bagi setiap mata pelajaran 100% dapat membantu meningkatkan pencapaian murid-murid dalam peperiksaan. Tidak percaya???? Hanya warga pendidik sahaja yang tahu makna kecemerlangan bagi setiap orang murid. Murid-murid yang cemerlang akademik ialah murid-murid yang cemerlang sahsiah mereka.

Sunday, September 21, 2014

Membugarkan Perkahwinan

Bulan Madu pada setiap tahun dapat mengembalikan keremajaan sebuah perkahwinan...hehehe









Negeri Sabah Wajib dilawati

Percutian Keluarga 2014











Warkah dari Seorang Guru

Ibarat irama dan lagu, guru dan peperiksaan tidak boleh dipisahkan. Tambahan pula guru yang mengajar kelas peperiksaan seperti UPSR, PMR atau PT 3 dan SPM bergelut dengan semua bentuk analisa soalan, soalan ramalan dan latih tubi setiap mata pelajaran yang diajar. Walau hanya seorang murid kelas peperiksaan yang gagal dalam peperiksaan, guru kelas peperiksaan terpaksa menjawab bagi pihak ibu bapa, pihak Panitia Mata Pelajaran, pihak Guru Kanan, pihak Penolong Kanan dan pihak Pengetua atau Guru Besar. Terlalu penat menjadi guru kelas peperiksaan. 

Namun demi memajukan bangsa, agama dan negara, setiap guru kelas peperiksaan tidak jemu menganalisis soalan-soalan tahun-tahun lepas dan membuat ramalan sendiri berdasarkan analisa yang dibuat. Maka soalan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan pun hampir sama dengan soalan-soalan ramalan guru bagi setiap mata pelajaran yang diajar oleh guru-guru kelas peperiksaan. Akhirnya dikatakan soalan peperiksaan bocor. Adilkah?????

Baru-baru ini 19 guru kelas peperiksaan dan  Guru Besar pun disiasat dan dibawa ke lokap seperti penjenayah. Pada hal guru terbabit hanya mahu memastikan anak-anak murid yang diajarnya lulus cemerlang dalam peperiksaan. Balasan untuk semua tenaga mereka yang tidak dibayar itu telah disalahtafsir oleh ibu bapa dan masyarakat seolah-olah guru terbabit melakukan rasuah atau jenayah kolar putih yang sangat dahsyat. Walhal soalan itu sebenarnya mungkin adalah soalan ramalan berdasarkan analisa soalan-soalan tahun lepas yang dibuat oleh guru-guru berkenaan. Hasilnya guru dilabel sebagai TIDAK AMANAH, TIDAK JUJUR DAN PENJENAYAH !!!!!! Mereka dibawa ke lokap sebagai pesalah jenayah yang telah dibicarakan berdasarkan cara mereka dilayan polis sedangkan mereka baru disiasat. 

Kecanggihan teknologi maklumat harus disalahkan dalam kes soalan UPSR yang bocor baru-baru ini. Sikap masyarakat Malaysia atau sikap semua individu pula ialah suka menyebarkan sesuatu berita yang didengar tanpa diketahui kesahihan atau kebenarannya. Hasilnya 19 orang guru telah ditangkap. Adilkah????? Selepas ini jangan pula masyarakat dan ibu bapa menyalahkan guru kerana anak mereka tidak cemerlang dalam peperiksaan yang diduduki termasuk Cikgunie. Cikgunie tidak berani menyiarkan soalan ramalan Bahasa Melayu Kertas 1 seperti tahun-tahun lepas kerana takut soalan ramalan Cikgunie betul-betul naik akan dikata Cikgunie membocorkan soalan pula. Nanti satu Malaysia pula akan menyaksikan muka Cikgunie dibawa ke lokap untuk siasatan.

Di sini Cikgunie merayu, wahai masyarakat, wahai ibu bapa dan wahai sekalian rakyat Malaysia, berfikirlah dengan waras. Jangan hanya menuding jari menyalahkan guru semata-mata kerana tindakan guru adalah untuk menyelamatkan anak-anak murid mereka semua. Lagi pun ini hanyalah peperiksaan UPSR. Lulus atau gagal tiada sebarang erti pun. Tetap boleh masuk Tingkatan 1. Lagipun tahun 2016 akan dimansuhkan Peperiksaan UPSR. Lainlah kalau peperiksaan SPM. Murid-murid mendapat Sijil untuk dijaja bagi mendapat tempat di Universiti atau mendapatkan kerja. Entahlah, kadang-kadang Cikgunie keliru sampai bila masyarakat hendak menghentam guru apabila timbul sesuatu isu. Hina sangatkah kami sebagai warga guru bagi kalian sekalian?

Latihan Rumusan Karangan

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor yang menghalang pembangunan sukan negara dan kesan-kesanya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

           Kegagalan atlet negara dalam Sukan Olimpik Glassgow 2014 menimbulkan pelbagai persoalan tentang mutu pembangunan sukan negara di arena antarabangsa. Mutu sukan negara sepatutnya terus berkembang dan mencapai banyak kejayaan seiring dengan pertumbuhan ekonomi negara. Tetapi,mutu sukan negara terus merosot dari semasa ke semasa sedangkan pada masa yang sama kerajaan telah menyediakan dan membelanjakan peruntukan yang besar untuk memajukan sukan tanah air supaya mencapai taraf dunia.

Sebenarnya kemelut dalam dunia sukan negara boleh berpunca daripada banyak pihak. Paling ketara ialah sikap tidak profesional pegawai yang suka mencampuri urusan jurulatih dalam menentukan pemilihan pemain. Mereka lebih banyak menjadikan persatuan sukan sebagai tempat mencari keuntungan peribadi daripada memberi perhatian khusus untuk memajukan sukan bertaraf dunia. Mereka sering menuding jari kepada pihak lain daripada mengakui kelemahan sendiri apabila punca kemerosotan atlet dikenali pasti. Mereka seharusnya sedar bahawa kegagalan atlet sering dikaitkan dengan kelemahan pentadbiran persatuan sukan. Hal ini disebabkan, mereka sebagai perancang pembangunan sukan tidak mempunyai hasrat atau visi yang cukup tinggi untuk membantu meningkatkan mutu sukan.

Pengkritik sukan berpendapat banyak faktor yang menyebabkan mutu sukan negara tidak mencapai kemajuan atau bertaraf dunia. Mereka berpendapat sistem pendidikan yang lebih mementingkan kecemerlangan akademik dan sikap masyarakat atau ibu bapa yang mementingkan kecemerlangan akademik membataskan murid-murid sekolah daripada mendekati sukan. Fenomena ini menjadikan sekolah kini bukan lagi gelanggang untuk melahirkan dan mencungkil bakat pelajar-pelajar sekolah yang boleh digilap sebagai atlet negara sehingga mencapai taraf dunia.

Bagaimanapun adalah tidak adil kita hanya menyalahkan pihak tertentu tanpa meninjau dilema atlet. Secara umumnya moral atlet kita berada di tahap yang rendah dan mudah mengaku kalah apabila menghadapi lawan yang bertaraf dunia. Hal ini mungkin kerana mereka kurang keyakinan di samping kurang pendedahan dan pengetahuan. Atlet kita juga dikatakan tidak bersikap matang dalam usaha untuk menigkatkan prestasi diri. Mereka tidak menjiwai watak sebagai ahli sukan tulen yang sanggup untuk meningkatkan prestasi dan kemahiran sendiri. Sesetengah atlet tidak berdisiplin dan menjadi keras kepala kerana menyedari khidmat mereka amat diperlukan kerana tidak ada atlet lain yang akan mewakili negara. Sikap atlet yang manja dan sukar ditegur ini menjadi masalah kepada jurulatih untuk menggilap atlet negara menjadi ahli sukan bertaraf dunia. Permasalahan ini bukan sahaja memerlukan atlet mengubah sikap tetapi juga semua pihak yang terlibat demi mewujudkan sukan sebagai suatu budaya kehidupan.

Mutu sukan negara boleh ditingkatkan dengan komitmen semua pihak termasuk Kementerian. Justeru sikap menyalahkan satu pihak dan menudingkan jari kepada pihak satu lagi apabila gagal meraih sasaran pingat dalam sesuatu temasya sukan perlu dihentikan. Bersepakat membawa berkat perlu diterapkan dalam diri setiap masyarakat agar dapat menyumbang idea dan tenaga bagi membantu meningkatkan mutu sukan negara.


Saturday, September 13, 2014

CUTI-CUTI 'BUDGET'

Setiap ibu bapa perlu meluangkan masa yang berkualiti dengan anak-anak agar anak-anak sentiasa merasakan diri mereka disayangi Dan dikasihi. Oleh hal demikian Cikgunie merancang percutian yang tidak menelan kos yang tinggi. Dalam bahasa mudah percutian 'budget'.
Tidak sukar tapi sangat senang.



  1. Pertama, booking tambang kapal terbang AirAsia.
  2. Kedua, naik feri bagi jarak dekat untuk seberang laut.
  3. Ketiga, naik bas untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat.
  4. Keempat, tempah hotel 4 bintang dan jangan sesekali tempah hotel 5 bintang. Juga jangan terlalu kedekut tempah hotel tiada bintang.
  5. Kelima, pinjam kereta kawan-kawan di tempat kita sedang bercuti.
  6. Keenam, pergilah ke mana-mana yang kita hendak pergi sampai cuti kita habis.

Jimat kan?
Baiklah pembaca sekalian.
Inilah percutian yang Cikgunie sedang rancang sekarang.

  1. Hari Pertama (10 MALAM 11/9/2014)

NAIK BAS DARI KUALA NERANG KE KUALA LUMPUR. Tambang RM 47.10 orang dewasa Dan RM35.00 kanak-kanak.

  1. Hari Kedua (2.55 PETANG 12/9/2014)

NAIK AIRASIA DARI KUALA LUMPUR KE LABUAN. Tambang RM300 setiap orang pergi-balik.

  1. Hari Ketiga (1.00 PETANG 13/9/2014)

NAIK FERI DARI LABUAN KE KOTA KINABALU. Tambang RM17 dewasa dan RM10.50 kanak-kanak. Kalau naik kapal terbang RM176.00. Kalau bawa kereta tambang Dan pelepasan cukai RM180 tidak termasuk petrol.

NAIK BAS DARI TERMINAL JESSELTON KE HOTEL TANG DYNASTY (4 BINTANG). Tambang RM0.50. Kalau naik teksi RM30.
Menginap Di hotel Tang Dynasty. Kawan datang hantar kereta. Esok Cikgunie akan ke Kudat.






Tuesday, September 9, 2014