Friday, July 26, 2013

Nuzul Al-Quran VS Lagu Raya

Cikgunie mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada semua pembaca sekalian. Sedar tidak sedar kita sudah memasuki fasa kedua berpuasa. Semalam kita menyambut Hari Nuzul Al-Quran. Hanya ada beberapa buah negeri sahaja yang mengambil cuti sempena Hari Nuzul Al-Quran. Saban tahun kita menyambut Peristiwa Nuzul Al-Quran tetapi berapa ramaikah daripada kita yang mengetahui sejarah Peristiwa Nuzul Al-Quran dan mengapa kita menyambutnya setiap tahun?



Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M

Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW .melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Tanpa kita sedari, selepas 15 hari umat Islam berpuasa, stesen-stesen radio galak menyiarkan lagu-lagu raya dan persiapan menyambut Hari Raya. Jadi, bagaimanakah umat Islam terutama golongan remaja hendak mendapat penghayatan peristiwa Nuzul Al-Quran kalau saban hari selepas 15 Ramadhan mereka dihidangkan dengan lagu-lagu raya? Mengapa tidak ada inisiatif daripada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( menerusi stesen radio IKIM ) untuk mendidik masyarakat menghayati peristiwa Nuzul Al-Quran sekaligus memantapkan mutu bacaan Al-Quran?

Tidak perlu fikir jauh melangkau sempadan masa, cukuplah kita bertanya kepada anak-anak kita, ingatkah mereka 5 ayat yang terkandung dalam Surah Al-Alaq? Atau cubalah kita tanya Surah Al-Mudatsir ialah surah ke berapa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW? Daripada mendengar lagu-lagu raya, sesekali stesen radio putarlah surah-surah Al-Makiyyah yang pendek-pendek sebagai santapan telinga umat Islam di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Oh My Tatabahasa

Kata Kerja Imbuhan di- perlu dirapatkan. Contoh dilukis.
Kata Sendi Nama di perlu dijarakkan. Contoh di Kuala Nerang.
Lukisan ini dilukis oleh Nur Afifah.

Puan Rusni menerima anugerah daripada YB Datuk Haji Yussuf Haji Mahal di atas pentas.

Wednesday, July 24, 2013

Soalan Ramalan Sejarah Kertas 2

PERISTIWA HIJRAH
Ingat perjalanan Rasululullah yang memakan masa selama 13 hari dan kronologi peristiwa Hijrah.
1. Nabi Muhammad meninggalkan Kota Mekah bersama Sayyidina Abu Bakar setelah puak Quraisy merancang hendak membunuh Nabi.
2. Bersembunyi di Gua Thur selama 3 hari (malam Jumaat, Sabtu dan Ahad) dimana Baginda Rasululullah dibantu oleh 4 A. TIPS MENGINGAT FAKTA PERISTIWA HIJRAH.
Asma Abu Bakar membantu menghantar makanan.
Abdullah bin Abu Bakar bertindak sebagai pengintip bagi Nabi Muhammad.
Amir bin Fuhayrah (hamba Abu Bakar)bertindak sebagai pengembala kambing dan membekalkan susu kepada Nabi Muhammad.
Abdullah bin Urayqit al-Laythi seorang penunjuk jalan yang mahir yang bukan beragama Islam, tetapi boleh dipercayai, telah menemui Nabi di Gua Thur dengan membawa bersamanya kenderaan untuk mereka berdua, sebagaimana dijanji sebelum itu.
3.Singgah di Quba’ selama 4 Hari
Pada hari Isnin, 8 Rabi`ul Awwal Rasululullah SAW tiba di Quba. Di Quba’, Rasulullah SAW singgah di rumah Kalthum bin al-Hadam. Baginda menetap selama 4 hari iaitu Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis di Quba’. Di situ Baginda mengasaskan masjid dan bersolat di dalamnya. Itulah masjid pertama yang diasaskan atas dasar taqwa selepas Baginda menjadi Nabi, iaitu Masjid Quba’.
4. Sampai di Yathrib (Madinah) Pada hari Jumaat, 12 Rabi`ul Awwal, Rasulullah bertolak ke Yathrib dan sampai ke Yathrib selepas solat Jumaat. Rumah Abu Ayyub al-Ansari telah terpilih menjadi tempat menetap Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam di Yathrib apabila unta Baginda berhenti di kampung Bani al-Najjar iaitu kampung keluarga pihak bapa-bapa saudara sebelah ibu Baginda, di mana rumah Abu Ayyub merupakan rumah yang paling hampir tempat unta tersebut berhenti. Tapak unta itu berhenti dijadikan tapak Masjid Nabawi.

Sunday, July 7, 2013

Resepi Berbuka

Resepi Di Bulan Ramadhan

Lepat Labu
1/2 biji labu yang masak
Buang kulit dan bersihkan.
Kukus labu sehingga empuk dan gebu.
Kisar labu dengan 8 sudu gula dan 1 sudu kecil garam
Masukkan 1 mangkuk santan dan gaul.
Masukkan 3 mangkuk tepung dan gaul hingga sebati.
Bungkus dengan daun pisang.
Kukus selama 15 minit.
Siap dan ringkas untuk dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA.





Tuesday, July 2, 2013

Peribahasa Melayu



Peribahasa Melayu yang menggunakan tema Pelautan,,,,,
1.  Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.
2.  Seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul.
3.  Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan hendak diduga.
4.  Sekali air bah, sekali pantai berubah.
5.  Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

PENULISAN ESEI



Esei berbeza dengan penulisan karangan yang biasa. Esei yang menarik mempunyai pendahuluan yang tepat, padat dan menjurus kepada pokok persoalan yang dibincangkan. Biasanya esei ditulis melebihi 4000 patah perkataan. Sesebuah esei yang menarik terletak di bahagian pendahuluan. Esei ditulis untuk menerangkan secara terperinci tentang sesuatu isu yang dibincangkan. Sebagai contoh, isu penderaan kanak-kanak, isu rasuah, isu disiplin murid-murid serta isu tentang dasar-dasar kerajaan. Lazimnya isi bagi sesuatu isu yang dibincangkan diambil daripada fakta dan data serta statistik untuk menguatkan lagi hujah yang dibincangkan. Sebuah esei merupakan cebisan tulisan yang selalunya ditulis daripada pandangan peribadi seseorang pengarang. Suatu esei boleh merangkumi sejumlah elemen, termasuklah kritikan kesusasteraan, manifesto politik, hujah-hujah yang dipelajari, pemerhatian mengenai kehidupan seharian, ingatan, dan juga refleksi kepada seseorang pengarang.
Sebuah esei asas boleh dibahagi kepada tiga bahagian iaitu:
Pertama, pendahuluan yang berisi latar belakang maklumat yang mengenal pasti subjek yang dibahaskan dan pengantar tentang subjek yang akan dikupas oleh penulis tersebut.
Kedua, tubuh esei yang menyajikan seluruh maklumat mengenai subjek.
Ketiga, adalah bahagian akhir yang memberikan kesimpulan dengan menyebutkan kembali idea pokok, ringkasan dari tubuh esei, atau menambahkan beberapa pemerhatian mengenai subjek yang dikupas oleh penulis.