Photobucket

Tuesday, July 2, 2013

PENULISAN ESEI



Esei berbeza dengan penulisan karangan yang biasa. Esei yang menarik mempunyai pendahuluan yang tepat, padat dan menjurus kepada pokok persoalan yang dibincangkan. Biasanya esei ditulis melebihi 4000 patah perkataan. Sesebuah esei yang menarik terletak di bahagian pendahuluan. Esei ditulis untuk menerangkan secara terperinci tentang sesuatu isu yang dibincangkan. Sebagai contoh, isu penderaan kanak-kanak, isu rasuah, isu disiplin murid-murid serta isu tentang dasar-dasar kerajaan. Lazimnya isi bagi sesuatu isu yang dibincangkan diambil daripada fakta dan data serta statistik untuk menguatkan lagi hujah yang dibincangkan. Sebuah esei merupakan cebisan tulisan yang selalunya ditulis daripada pandangan peribadi seseorang pengarang. Suatu esei boleh merangkumi sejumlah elemen, termasuklah kritikan kesusasteraan, manifesto politik, hujah-hujah yang dipelajari, pemerhatian mengenai kehidupan seharian, ingatan, dan juga refleksi kepada seseorang pengarang.
Sebuah esei asas boleh dibahagi kepada tiga bahagian iaitu:
Pertama, pendahuluan yang berisi latar belakang maklumat yang mengenal pasti subjek yang dibahaskan dan pengantar tentang subjek yang akan dikupas oleh penulis tersebut.
Kedua, tubuh esei yang menyajikan seluruh maklumat mengenai subjek.
Ketiga, adalah bahagian akhir yang memberikan kesimpulan dengan menyebutkan kembali idea pokok, ringkasan dari tubuh esei, atau menambahkan beberapa pemerhatian mengenai subjek yang dikupas oleh penulis.

No comments:

Post a Comment