Wednesday, March 19, 2014

KEPUTUSAN SPM 2013 PADA 20 MAC 2014

Cikgunie mengucapkan tahniah kepada semua calon SPM 2013 kerana berjaya menduduki peperiksaan SPM. Gagal atau lulus bukan beerti dunia telah berakhir. Semoga semua pengunjung blog cikgunie.blogspot akan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2013.

KEPUTUSAN STPM 2013

Tahniah kepada semua calon yang mengambil Peperiksaan STPM.....
Tahniah kali kedua kepada 58000 calon STPM yang lulus penuh ....
Tahniah seterusnya kepada calon yang mendapat semua Prinsipal A

Saturday, March 15, 2014

MENANGANI EMOSI




Mengendalikan emosi  menjadikan kita bersedia 

menerima hakikat hidup:


Asal kapas menjadi benang,


Sudah benang menjadi kain,


Barang yang lepas jangan dikenang,


Sudah menjadi kekasih orang lain.

KOMUNIKASI BERKESAN


Komunikasi boleh ditakrifkan sebagai "satu proses 

perpindahan maklumat, perasaan, idea, dan fikiran

seseorang individu kepada individu atau sekumpulan 

individu yang lain". 


Komunikasi merupakan proses interaksi yang 

bererti antara hidupan dan merangkumi kedua-dua:

perbuatan menghantar matklumat; dan

proses untuk bertukar-tukar maksud;

supaya dapat menghasilkan pemahaman. 


Komunikasi boleh mengambil bentuk, baik secara lisan 

mahupun tidak, misalnya bahasa gerak-geri,bahasa isyarat, 

sentuhan, hubungan mata, dan penulisan.


3 LANGKAH KOMUNIKASI BERKESAN


* Dengar dan hayati (beri perhatian dan buat catatan)

* Membina hubungan yang baik (instinct/naluri, eye 

contact)

* Memilih perkataan yang betul (mesej lisan dan bukan 

lisan perlu selari, biasakan guna perkataan saya,berikan

 pujian)

MENGHITUNG HARI


Wajah-wajah yang kusayang

Menari-nari di ruangan mata


Suara kerinduan berbisik lembut


Menerjah langit ke tujuh
Menyampaikan pesan di angin lalu
Pulanglah.....
Pulau Labuan,,,
Sabarlah
Aku tetap akan pulang

Ilusirasa : Roussenie AR 15032014




TIPS MENGEKALKAN KEBAHAGIAAN



1. Bersifat peramah dan buang perasaan bimbang.

2. Mencipta suasana yang menyeronokkan di tempat kerja.

3. Mencintai diri sendiri lebih daripada orang lain.

4. Menjauhi kehidupan di luar kemampuan.

5. Bersyukur dengan apa yang ada dan tidak iri dengan orang lain.

6. Menghargai harta yang dimiliki kerana kita jarang menghargai sesuatu apabila berada bersama kita tetapi apabila sesuatu itu telah tiada di sisi kita, barulah kita sedar betapa pentingnya sesuatu itu kepada kita.

7. Bergembira dengan orang yang ada di samping kita dan carilah sesuatu yang menarik yang ada pada individu berkenaan.

8. Sayangilah dan sentiasalah mencintai pasangan hidup kita kerana merekalah cinta pertama dan terakhir kita.



TAKZIAH

Salam Takziah untuk keluarga semua penumpang pesawat MH 370.
Semua yang berlaku adalah atas kehendakNya.
Sabar dan tawakkal ubat paling mujarab.
Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.

Di Mana MH 370?

Kehilangan MH370, jawapan masih samar - Semasa - Sinar Harian

Tuesday, March 4, 2014

Aduhai Lelaki @ Suami !!!!

Tragedi demi tragedi perceraian @ perpisahan akan memberi kesan kepada anak-anak. Perceraian yang berlaku menyebabkan suami dan isteri akan berpisah dan tidak tinggal sebumbung. Bagaimana pula dengan anak-anak mangsa perpeceraian ini? Hidup mereka akan terumbang-ambing dan fikiran kacau bilau. Akhirnya anak-anak mangsa perceraian ini akan mengambil jalan singkat sebagai tanda protes. Antaranya melibatkan diri dalam kegiatan merempit, penyalahgunaan dadah dan merosakkan harta benda awam. Paling memberi kesan ialah ponteng sekolah.
 
Remaja yang masih bersekolah akan ponteng sekolah tanpa pengetahuan ibu bapa kerana mereka merasakan hidup mereka tidak sama seperti orang lain. Statistik di kebanyakan sekolah menunjukkan salah laku disiplin dan ponteng sekolah serta penyalahgunaan dadah dalam kalangan murid-murid sekolah adalah disebabkan oleh perceraian ibu bapa. Biasanya ibu bapa yang bercerai ini kerana kehadiran orang ketiga. Kecanggihan teknologi maklumat telah mempertemukan bekas tunang, bekas kekasih dan rakan lama yang telah terpisah untuk menjalin hubungan melalui laman sosial seperti "Facebook", "Twitter", "Whatsapp", "WeChat" dan lain-lain lagi. Perhubungan yang bermula sebagai biasa-biasa saja ini akan menjerumuskan para suami atau isteri dalam hubungan terlarang seterusnya menyebabkan perceraian. Perceraian yang berlaku kerana kehadiran orang ketiga sangat tidak disukai oleh remaja. Mereka memikirkan ibu bapa mereka telah dewasa dan tidak sepatutnya bercerai-berai apatah lagi bercinta. Oleh itu, anak-akan akan memberontak dan melakukan perkara-perkara yang dilarang dan melanggar peraturan sekolah. Kesannya jumlah pelajar ponteng semakin bertambah dan jumlah penagih semakin ramai.
 
Setiap penyakit ada penawarnya. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Bagi mengatasi masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja khususnya murid-murid sekolah, para ibu bapa perlu memahami perkembangan emosi anak-anak. Para bapa khususnya para suami seharusnya berfikir seribu kali sebelum menjalin hubungan cinta pada usia tua bagi mengelakkan perpisahan atau perceraian. Anak-anak sentiasa mendambakan kasih sayang ibu bapa. Oleh itu, korbankanlah perasaan cinta terhadap pihak ketiga agar anak-anak membesar menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.