Photobucket

Tuesday, March 4, 2014

Aduhai Lelaki @ Suami !!!!

Tragedi demi tragedi perceraian @ perpisahan akan memberi kesan kepada anak-anak. Perceraian yang berlaku menyebabkan suami dan isteri akan berpisah dan tidak tinggal sebumbung. Bagaimana pula dengan anak-anak mangsa perpeceraian ini? Hidup mereka akan terumbang-ambing dan fikiran kacau bilau. Akhirnya anak-anak mangsa perceraian ini akan mengambil jalan singkat sebagai tanda protes. Antaranya melibatkan diri dalam kegiatan merempit, penyalahgunaan dadah dan merosakkan harta benda awam. Paling memberi kesan ialah ponteng sekolah.
 
Remaja yang masih bersekolah akan ponteng sekolah tanpa pengetahuan ibu bapa kerana mereka merasakan hidup mereka tidak sama seperti orang lain. Statistik di kebanyakan sekolah menunjukkan salah laku disiplin dan ponteng sekolah serta penyalahgunaan dadah dalam kalangan murid-murid sekolah adalah disebabkan oleh perceraian ibu bapa. Biasanya ibu bapa yang bercerai ini kerana kehadiran orang ketiga. Kecanggihan teknologi maklumat telah mempertemukan bekas tunang, bekas kekasih dan rakan lama yang telah terpisah untuk menjalin hubungan melalui laman sosial seperti "Facebook", "Twitter", "Whatsapp", "WeChat" dan lain-lain lagi. Perhubungan yang bermula sebagai biasa-biasa saja ini akan menjerumuskan para suami atau isteri dalam hubungan terlarang seterusnya menyebabkan perceraian. Perceraian yang berlaku kerana kehadiran orang ketiga sangat tidak disukai oleh remaja. Mereka memikirkan ibu bapa mereka telah dewasa dan tidak sepatutnya bercerai-berai apatah lagi bercinta. Oleh itu, anak-akan akan memberontak dan melakukan perkara-perkara yang dilarang dan melanggar peraturan sekolah. Kesannya jumlah pelajar ponteng semakin bertambah dan jumlah penagih semakin ramai.
 
Setiap penyakit ada penawarnya. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Bagi mengatasi masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja khususnya murid-murid sekolah, para ibu bapa perlu memahami perkembangan emosi anak-anak. Para bapa khususnya para suami seharusnya berfikir seribu kali sebelum menjalin hubungan cinta pada usia tua bagi mengelakkan perpisahan atau perceraian. Anak-anak sentiasa mendambakan kasih sayang ibu bapa. Oleh itu, korbankanlah perasaan cinta terhadap pihak ketiga agar anak-anak membesar menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

No comments:

Post a Comment