Thursday, April 24, 2014

AKU CINTA PADAMU


Lelaki pasangannya wanita. Wanita pelengkap hidup seorang lelaki. Lelaki idaman setiap wanita kerana wanita dijadikan daripada tulang rusuk lelaki. 

Hakikat inilah yang menjadikan seseorang lelaki itu ego. Kenapa lelaki ego? 

Kajian mendapati bahawa keegoan seseorang lelaki itu bergantung kepada status quo. Semakin tinggi pangkat seorang lelaki, egonya semakin tinggi. Begitu juga dengan seorang suami @ lelaki. 

Seseorang suami tidak akan meluahkan perasaan rindu dan sayangnya terhadap isteri mereka. Bagi mereka cukuplah kalau membahagiakan isteri mereka dengan memberikan setiap permintaan isteri mereka atau membelikan hadiah untuk isteri mereka. 

Para isteri @ wanita pula sangat mendambakan ungkapan “I LOVE YOU!” atau “I MISS YOU!” daripada pasangan mereka. Namun berapa keratkah para suami @ lelaki ini yang mengungkapkan ungkapan tersebut sebulan sekali, setahun sekali atau seumur hidup sekali terhadap isteri mereka? Sangat sedikit. 

Berbeza dengan pasangan yang bercinta. UngkapanAKU CINTA PADAMU!” sering meniti dan membasahi bibir mereka. PerkataanAKU CINTA PADAMU!” tidak perlu dibazirkan tetapi jangan kita membuangnya kerana perkataan itu sangat bernilai bagi mereka yang tahu menghargainya.

Hidup ini adalah anugerah kepada seseorang dan menjadi sumpahan kepada seseorang tetapi bagi sesetengah orang hidup ini satu peperangan.



Monday, April 21, 2014

sinopsis Azfa Hanani

Novel ini memaparkan pengorbanan seorang gadis remaja, bernama Azfa Hanani (Nani). Azfa Hanani merupakan murid tingkatan 5 Kenanga, Sekolah Menengah Seri Dian. Azfa Hanani diminta menyamar sebagai Tengku Murni oleh Tengku Mazran dan isterinya Syafinaz.Hal ini demikian kerana Tengku Murni telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya.Datin Maziah yang turut terlibat dalam kemalangan itu koma .Apabila Datin Maziah sedar daripada komanya dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa anak perempuan tunggalnya telah di jemput Illahi.
Azfa Hanani yang hidup dalam kemiskinan di rumah Pak Madi (Pak Long) telah mengambil buku rujukan tanpa kebenaran pihak sekolah.Tujuannya adalah untuk mengulang kaji pelajarannya .Pada masa yang sama anak Pak Longnya Zuraini mengalami penyakit lumpuh. Azfa Hanani yang merasakan dirinya membebani keluaga Pak Long bertekad untuk menerima tawaran penyamaran sebagai Tengku Murni.Azfa Hanani menerima tawaran itu kerana Tengku Mazran berjanji untuk menanggung kos rawatan Zuraini.
Azfa Hanani dibawa ke banglo Datuk Tengku Makmur untuk menemui Datin Maziah. Azfa Hanani telah diberi penjelasan dan tunjuk ajar oleh Tengku Mazran dan isterinya tentang tingkah laku Tengku Murni .Penyamaran itu nampaknya berhasil kerana Datin Maziah tidak dapat mengesyaki apa-apa kekurangan yang ada dalam diri Azfa Hanani.Kemudian Azfa Hanani dihantar bersekolah di Sekolah Menengah Taman Sari. Di situ,dia mengenali rakan-rakan Tengku Murni,seperti Tengku Ellina, Suzana,Adriani,Ekran dan lain-lain.Azfa Hanani turut mengenali beberapa orang pelajar yang tidak menyukai Tengku Murni iaitu Laili,Syafikah dan Fuziana.Di banglo Datin Maziah dan di sekolah barunya pelbagai peristiwa gembira dan sedih dilalui.
Azfa Hanani telah membaca diari Tengku Murni.Melalui diari ini terbongkar rahsia cinta yang terhalang antara Tengku Murni dan Ekran.Cinta mereka terhalang disebabkan abang Tengku Murni,Tengku Muzaffar mementingkan status keluarga mereka sebagai golongan kaya dan bangsawan.Hal ini menyebabkan konflik berlaku antara Azfa Hanani dan Tengku Muzaffar.Pertengkaran mereka telah didengari oleh Datin Maziah,akibatnya penyamaran Azfa Hanani terbongkar.Datin Maziah telah menghalau Azfa Hanani .
Azfa Hanani pulang ke rumah Pak Long Madi di Kampung Merpati.Tengku Datuk Makmur dan Datin Maziah datang ke Kampung Merpati untuk memohon maaf dan memujuk Azfa Hanani agar kembali ke banglo mereka.Tengku Datuk Makmur menceritakan kisah yang terjadi enam belas tahun yang lalu.Menurut beliau kematian ibu bapa Azfa Hanani disebabkan kecuaiannya semasa memandu dalam keadaan mengantuk.Teksi yang dinaiki oleh ibu bapa Azfa Hanani telah terjunam ke dalam gaung dan Azfa Hanani tercampak keluar.Datin Maziah yang bersimpati dengan Azfa Hanani telah menyusuinya.
Datin Maziah dan Datuk Tengku Makmur ingin menebus kesalahan mereka.Mereka memujuk agar Azfa Hanani kembali tinggal bersama-sama mereka.Akhirnya Azfa Hanani bersetuju untuk kembali tinggal di banglo itu dengan identiti sebenarnya.Dia juga mengetahui bahawa ibu bapa Ekran sebenarnya merupakan pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Mereka bukannya miskin sebagaimana yang dikatakan oleh Tengku Muzaffar.



Alhamdulillah

Lama Cikgunie tidak menjenguk blog. Nampak bersawang juga sebab lama tidak mengepos bahan-bahan bahasa Melayu untuk calon SPM 2014 dan murid-murid Tingkatan 4. Kekangan masa, hambatan tugas, rutin dan tanggungjawab menjadi penyebab Cikgunie tidak dapat mengepos bahan-bahan bahasa Melayu di blog Cikgunie. Hari ini, alhamdulillah segala urusan dan tanggungjawab telah disempurnakan sehingga berjaya melaksanakan tanggungjawab terhadap diri sendiri.

Sebenarnya tugas sebagai seorang Penolong Kanan Hal Ehwal Murid memerlukan pengorbanan dan komitmen yang tinggi. Alhamdulillah, anak-anak yang makin membesar tidak memerlukan pemerhatian yang teliti seperti anak-anak kecil memudahkan Cikgunie melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
Sedikit pengalaman yang ingin Cikgunie kongsikan di sini ialah sebagai murid dan anak-anak mereka tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Apabila melakukan kesalahan, tidak mudah bagi murid-murid atau anak-anak ini mengaku kesalahan mereka. Maka cerita yang bukan-bukan akan mereka sampaikan kepada ibu bapa. Sebagai ibu bapa pula janganlah kita mempercayai bulat-bulat apa yang diceritakan oleh anak-anak ketika berada di sekolah atau di asrama.

Kisah yang berlaku di sekolah Cikgunie ialah seorang murid asrama mengadu kepada bapanya yang dia dibuli dan dibelasah oleh pelajar asrama. Bapanya pun membawa anaknya membuat laporan polis setelah mendapatkan rawatan. Kebetulan bapanya seorang Pembantu Perubatan. Semasa datang balik ke asrama, bapa murid berkenaan berjumpa dengan warden menceritakan kes anaknya dibuli dan dibelasah pada malam sebelumnya. Oleh itu beliau ingin mengeluarkan anaknya dari asrama. Warden memaklumkan bapa murid berkenaan bahawa beliau tidak menerima apa-apa laporan daripada mana-mana penghuni asrama. Setelah meminta maaf, warden tersebut membenarkan bapa murid berkenaan membawa anaknya keluar dari asrama. Bapa murid berkenaan berkata beliau tidak mahu memanjangkan kes. Kebetulan pula emak saudara murid berkenaan bekerja dengan Harian Metro. Wartawan Harian Metro pun datang mewawancara murid berkenaan pada sebelah petangnya. Murid berkenaan pun menunjukkan kesan lebam kepada wartawan tersebut. 

Bapa murid berkenaan menghantar Whatsapp kepada Cikgunie pada jam 11.40 malam tersebut dengan menyatakan bahawa dia telah menyerahkan perkara tersebut kepada peguamnya. Cikgunie terkejut. Pada malam tersebut semua murid asrama termasuk Cikgunie mengadakan qiamullail di surau asrama. Jadi tindakan tidak dapat diambil. Kenapa pula cakap beliau terbalik? Pada hari Jumaat semua penghuni asrama kepenatan termasuk Cikgunie. Beberapa orang polis datang ke asrama untuk mengambil kenyataan beberapa orang yang disyakki memukul mangsa. Oleh itu pada hari Sabtu Cikgunie memanggil semua murid yang terlibat untuk menyiasat punca kejadian.

Setelah disiasat, puncanya ialah mangsa telah menyepak dan menendang 3 orang murid perempuan yang juga penghuni asrama. Salah seorang murid perempuan itu mempunyai seorang abang di tingkatan 5. Rupa-rupanya mangsa ialah seorang yang "jahat mulut", iaitu suka menggelar penghuni asrama dengan benda-benda keji. Apabila abang murid perempuan itu memukul mangsa, penghuni asrama  lain yang tidak puas hati terhadap mangsa selama ini mula mengambil bahagian memukul mangsa. Mangsa tidak berani memberitahu hal sebenar kepada bapanya sebaliknya mengadu bahawa dia dibuli. Oleh itu, Cikgunie menghubungi bapa mangsa untuk mempertemukan beliau dengan waris-waris murid lain yang memukul anaknya agar berdamai. Malangnya bapa mangsa tidak mahu melayan permintaan Cikgunie dan memaklumkan kepada Cikgunie bahawa dia telah mengambil tindakan mahkamah untuk mengheret semua murid yang memukul anaknya agar dimasukkan ke sekolah juvana. 

Cikgunie tidak menyebelahi mana-mana pihak kerana Cikgunie tahu kedua-dua pihak bersalah. Cikgunie cuba menjelaskan kepada bapa murid terbabit tentang "keceluparan mulut" anaknya. Selamba bapa murid terbabit memberitahu Cikgunie, "Cikgu, kata-kata kesat hanya sakit kat hati je...tapi body contact sakit kat badan"! Cikgunie ingin ingatkan pembaca sekalian, kata-kata yang menyakitkan hati adalah provokasi. Apabila hati sakit, tindakan yang tidak diduga akan berlaku. Peribahasa menyatakan KERANA PULUT SANTAN BINASA, KERANA MULUT BADAN BINASA.

Satu perkara lagi yang perlu diingat ialah, mendatangkan kecederaan kepada orang lain memang satu kesalahan walau apa sebab sekalipun. Oleh itu Cikgunie menggantung murid-murid yang memukul pelajar terbabit dari asrama. Mencederakan orang disiasat mengikut Seksyen 323 yang tidak boleh menangkap orang yang melakukan kesalahan kerana kecederaan yang tidak menggunakan objek selain tangan dan kaki. Oleh itu, apabila kes ini disiasat, pihak polis menyerahkan kepada pihak sekolah melakukan siasatan dalaman dan mengambil tindakan dalaman. Sekarang yang malu siapa kalau bukan bapa murid tersebut? Cikgunie pun menyiasat latar belakang bapa murid terbabit. Rupanya bapa murid terbabit adalah kakitangan kerajaan yang pro pembangkang. Laman FB beliau penuh dengan kata-kata cacian dan makian kepada pihak kerajaan. Kerjanya ialah mencari salah kerajaan dan menghentam kerajaan. Kalau bapanya selalu mengata orang, bagaimana pula kelakuan anaknya? Peribahasa ada menyebut KEMANA TUMPAHNYA KUAH KALAU TIDAK KE NASI.

Hari ini segala-galanya telah selesai. Alhamdulillah. Akhirnya kebenaran terserlah jua.

Wednesday, April 2, 2014

RUTIN, TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB IBU BAPA


Setiap manusia mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing. Sejak dilahirkan ke dunia kita mempunyai tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Seorang anak bertanggungjawab terhadap ibu bapanya. Ibu bapa bertangjungjawab terhadap keluarganya. Pemimpin bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Begitulah seterusnya hingga kita menutup mata dan menemui Allah SWT suatu hari nanti.

Sebagai ibu bapa kita berperanan penting dalam menentukan hala tuju keluarga dan kejayaan anak-anak kita. Tiada seorang pun anak-anak yang Berjaya dan cemerlang dalam pelajaran tanpa sokongan dan dorongan daripada ibu bapa. Sehubungan dengan itu, ibu bapa berperanan melaksanakan rutin harian menasihati anak-anak agar rajin dan tidak jemu pergi ke sekolah untuk menuntut ilmu. Hanya ilmu sahaja yang dapat mebantu anak-anak menjadi manusia yang berguna kepada bangsa, agama dan Negara. Tanpa ilmu, anak-anak akan mudah terjebak dalam gejala yang tidak sihat kerana mereka tidak mempunyai peraturan dan garis panduan yang perlu diikuti. Oleh itu, ibu bapa seharusnya menjalankan rutin mereka menasihati anak-anak agar mendekatkan diri dengan pelbagai aktiviti kerohanian kerana melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Anak-anak yang diasuh minda mereka dengan nasihat daripada ibu bapa akan mudah mendengar kata dan sentiasa menghormati guru, ibu bapa dan jiran tetangga.

Tidak dapat dinafikan ibu bapa mempunyai tugas yang berat dalam mendidik dan member pendidikan kepada anak-anak. Anak-anak yang mempunyai ibu bapa yang berkerjaya seharusnya diasuh sejak kecil akan peranan mereka. Ibu bapa yang bekerja mempunyai tugas terhadap majikan, keluaraga atau rumahtangga dan tentu sekali tugas membesarkan anak-anak. Anak-anak yang sedang membesar memerlukan pakaian, makanan dan tempat tinggal yang selesa. Ibu bapa yang mementingkan kualiti pendidikan anak-anak akan selalu menyelesaikan tugas di rumah sebelum melaksanakan tugas di pejabat atau di tempat kerja. Sudah terang lagi bersuluh, tugas ibu bapa tidak selesai setakat member duit poket atau menghantar anak-anak ke sekolah sebaliknya membimbing dan mendidik anak-anak di rumah. Ibu bapa yang mengabaikan tugas dan peranan mereka di rumah akan menyebabkan anak-anak membesar menjadi remaja yang bermasalah. Kajian mendapati bahawa anak-anak atau remaja yang terjebak dengan penagihan dadah dan merokok adalah kerana ibu bapa gagal melaksanakan tugas mereka membimbing anak-anak di rumah. Oleh itu, sebagai ibu bapa yang prihatin, kita hendaklah sentiasa memantau dan melihat perkembangan anak-anak dengan sentiasa berada bersama mereka di saat mereka memerlukan kita. Tepuk dada Tanya selera kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Tanggungjawab ibu bapa bukan sekadar melahirkan mereka ke dunia sahaja. Sebaliknya ibu bapa memikul tanggungjawab yang besar dalam mendidik anak-anak menjadi seorang insane yang berakhlak mulia. Belakangan ini, gejala social yang melanda institusi pendidikan sangat membimbangkan. Anak-anak terjebak dengan gejala tidak sihat dan salah laku disiplin telah mewarnai dunia pendidikan yang dianggap suci dalam Negara kita. Kes buli, bergaduh, penagihan dadah, merokok dan yang paling tinggi ponteng sekolah telah menjadi isu yang tiada penyelesaiaannya. Ibu bapa seolah-olah membutakan mata dan memekakkan telinga menerima laporan daripada pihak sekolah seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku kepada mereka. Sebenarnya ibu bapa perlu memahami bahawa tanggungjawab mendidik anak-anak merupakan amanah Allah terhadap mereka. Tiada ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka terjebak dalam gejala tidak sihat. Bagaimana caranya? Jawapannya ialah ibu bapa perlu menunaikan tanggungjawab terhadap anak-anak mereka dengan memastikan pembesaran anak-anak dan keperluan mereka seiring dengan perkembangan semasa. Justeru, ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak mereka agar tiada kes anak-anak menghantar ibu bapa ke pusat jagaan orang tua atau rumah-rumah kebajikan apabila mereka tua kelak.

Intihanya, sebagai ibu bapa kita perlu berusaha melaksanakan rutin, tugas dan tanggungjawab kita terhadap anak-anak. Zaman siber dan serba rencam dengan pelbagai aplikasi teknologi maklumat terkini memungkinkan anak-anak kita menjadi gajet-gajet yang hanya laris pada masa-masa tertentu dan dibuang apabila muncul benda-benda baru yang lain. Oleh itu, kita perlu bergerak sederap bersama pihak kerajaan membentuk keluarga sakinah yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Tuesday, April 1, 2014

SEBUAH PERTEMUAN











I still remember the first day we met

 We were too shy to say much at all

 It's funny to think back to that time

 Because now we're having a ball!

 
 They say that true friendship is rare

 An adage that I believe to be true

 Genuine friendship is something that I cherish

 I am so lucky to have met you.

 
 Our bond is extremely special

 It is unique in it's own way

 We have something irreplaceable

 I love you more and more each day.

 
 We've been through so much together

 In so little time we've shared

 I will never forget all the moments

that you've shown me how much you cared.

 
 Friends are forever

 Especially the bond that you and I possess

 I love your fun-filled personality

 Somehow you never fail to impress.

 
 The world could use more people like you

It would certainly be a better place

 I love everything about you

 You are someone I could never replace.

 
 You are always there for me

 When my spirits need a little lift

 I cannot thank you enough for that

 You are truly an extraordinary gift.

 
 You are everything to me and more

 I could never express that enough

 Life is such a treacherous journey, and

 Without you it would be even more tough.

 
 Our story will continue to grow

 With each passing day

 Because I trust that with you by my side

 Everything will always be Okay.

 
 You are so dear to me

 You know I will love you until the end

 I will always be there for you, and

 You will always (and forever) be my best friend
 
KEBAHAGIAAN MILIK SEMUA ORANG,,,,,
01042014.....

 

 

 

TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI TUAH MANUSIA SIAPA TAHU


Tuah akan datang kepada yang sudi menerimanya
Kalau kita menyayangi diri sendiri, hidup lama akan nampak baru. Jadi belajarlah menyukai diri sendiri agar diri dihormati orang lain kerana tuah akan datang kepada orang yang sudi menerimanya.

PESAWAT MH 370 SELAMAT MENDARAT




APRIL FOOLLLLLLLL....
Sorrryyy
Hari ni terasa nak bergurau...hehehe