Novel
ini memaparkan pengorbanan seorang gadis remaja, bernama Azfa Hanani (Nani).
Azfa Hanani merupakan murid tingkatan 5 Kenanga, Sekolah Menengah Seri Dian.
Azfa Hanani diminta menyamar sebagai Tengku Murni oleh Tengku Mazran dan
isterinya Syafinaz.Hal ini demikian kerana Tengku Murni telah meninggal dunia
dalam satu kemalangan jalan raya.Datin Maziah yang turut terlibat dalam
kemalangan itu koma .Apabila Datin Maziah sedar daripada komanya dia tidak
dapat menerima kenyataan bahawa anak perempuan tunggalnya telah di jemput
Illahi.
Azfa
Hanani yang hidup dalam kemiskinan di rumah Pak Madi (Pak Long) telah mengambil
buku rujukan tanpa kebenaran pihak sekolah.Tujuannya adalah untuk mengulang
kaji pelajarannya .Pada masa yang sama anak Pak Longnya Zuraini mengalami
penyakit lumpuh. Azfa Hanani yang merasakan dirinya membebani keluaga Pak Long
bertekad untuk menerima tawaran penyamaran sebagai Tengku Murni.Azfa Hanani
menerima tawaran itu kerana Tengku Mazran berjanji untuk menanggung kos rawatan
Zuraini.
Azfa
Hanani dibawa ke banglo Datuk Tengku Makmur untuk menemui Datin Maziah. Azfa
Hanani telah diberi penjelasan dan tunjuk ajar oleh Tengku Mazran dan isterinya
tentang tingkah laku Tengku Murni .Penyamaran itu nampaknya berhasil kerana
Datin Maziah tidak dapat mengesyaki apa-apa kekurangan yang ada dalam diri Azfa
Hanani.Kemudian Azfa Hanani dihantar bersekolah di Sekolah Menengah Taman Sari.
Di situ,dia mengenali rakan-rakan Tengku Murni,seperti Tengku Ellina,
Suzana,Adriani,Ekran dan lain-lain.Azfa Hanani turut mengenali beberapa orang
pelajar yang tidak menyukai Tengku Murni iaitu Laili,Syafikah dan Fuziana.Di
banglo Datin Maziah dan di sekolah barunya pelbagai peristiwa gembira dan sedih
dilalui.
Azfa
Hanani telah membaca diari Tengku Murni.Melalui diari ini terbongkar rahsia
cinta yang terhalang antara Tengku Murni dan Ekran.Cinta mereka terhalang
disebabkan abang Tengku Murni,Tengku Muzaffar mementingkan status keluarga
mereka sebagai golongan kaya dan bangsawan.Hal ini menyebabkan konflik berlaku
antara Azfa Hanani dan Tengku Muzaffar.Pertengkaran mereka telah didengari oleh
Datin Maziah,akibatnya penyamaran Azfa Hanani terbongkar.Datin Maziah telah
menghalau Azfa Hanani .
Azfa
Hanani pulang ke rumah Pak Long Madi di Kampung Merpati.Tengku Datuk Makmur dan
Datin Maziah datang ke Kampung Merpati untuk memohon maaf dan memujuk Azfa
Hanani agar kembali ke banglo mereka.Tengku Datuk Makmur menceritakan kisah
yang terjadi enam belas tahun yang lalu.Menurut beliau kematian ibu bapa Azfa
Hanani disebabkan kecuaiannya semasa memandu dalam keadaan mengantuk.Teksi yang
dinaiki oleh ibu bapa Azfa Hanani telah terjunam ke dalam gaung dan Azfa Hanani
tercampak keluar.Datin Maziah yang bersimpati dengan Azfa Hanani telah
menyusuinya.
Datin
Maziah dan Datuk Tengku Makmur ingin menebus kesalahan mereka.Mereka memujuk
agar Azfa Hanani kembali tinggal bersama-sama mereka.Akhirnya Azfa Hanani
bersetuju untuk kembali tinggal di banglo itu dengan identiti sebenarnya.Dia
juga mengetahui bahawa ibu bapa Ekran sebenarnya merupakan pensyarah di
Universiti Kebangsaan Malaysia. Mereka bukannya miskin sebagaimana yang
dikatakan oleh Tengku Muzaffar.
No comments:
Post a Comment