Setiap manusia mempunyai peranan dan
tanggungjawab masing-masing. Sejak dilahirkan ke dunia kita mempunyai
tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Seorang anak
bertanggungjawab terhadap ibu bapanya. Ibu bapa bertangjungjawab terhadap keluarganya.
Pemimpin bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Begitulah seterusnya hingga kita
menutup mata dan menemui Allah SWT suatu hari nanti.
Sebagai ibu bapa kita berperanan penting dalam
menentukan hala tuju keluarga dan kejayaan anak-anak kita. Tiada seorang pun
anak-anak yang Berjaya dan cemerlang dalam pelajaran tanpa sokongan dan
dorongan daripada ibu bapa. Sehubungan dengan itu, ibu bapa berperanan
melaksanakan rutin harian menasihati anak-anak agar rajin dan tidak jemu pergi
ke sekolah untuk menuntut ilmu. Hanya ilmu sahaja yang dapat mebantu anak-anak
menjadi manusia yang berguna kepada bangsa, agama dan Negara. Tanpa ilmu,
anak-anak akan mudah terjebak dalam gejala yang tidak sihat kerana mereka tidak
mempunyai peraturan dan garis panduan yang perlu diikuti. Oleh itu, ibu bapa
seharusnya menjalankan rutin mereka menasihati anak-anak agar mendekatkan diri dengan
pelbagai aktiviti kerohanian kerana melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Anak-anak
yang diasuh minda mereka dengan nasihat daripada ibu bapa akan mudah mendengar
kata dan sentiasa menghormati guru, ibu bapa dan jiran tetangga.
Tidak dapat dinafikan ibu bapa mempunyai tugas
yang berat dalam mendidik dan member pendidikan kepada anak-anak. Anak-anak
yang mempunyai ibu bapa yang berkerjaya seharusnya diasuh sejak kecil akan
peranan mereka. Ibu bapa yang bekerja mempunyai tugas terhadap majikan,
keluaraga atau rumahtangga dan tentu sekali tugas membesarkan anak-anak. Anak-anak
yang sedang membesar memerlukan pakaian, makanan dan tempat tinggal yang
selesa. Ibu bapa yang mementingkan kualiti pendidikan anak-anak akan selalu
menyelesaikan tugas di rumah sebelum melaksanakan tugas di pejabat atau di
tempat kerja. Sudah terang lagi bersuluh, tugas ibu bapa tidak selesai setakat member
duit poket atau menghantar anak-anak ke sekolah sebaliknya membimbing dan
mendidik anak-anak di rumah. Ibu bapa yang mengabaikan tugas dan peranan mereka
di rumah akan menyebabkan anak-anak membesar menjadi remaja yang bermasalah. Kajian
mendapati bahawa anak-anak atau remaja yang terjebak dengan penagihan dadah dan
merokok adalah kerana ibu bapa gagal melaksanakan tugas mereka membimbing
anak-anak di rumah. Oleh itu, sebagai ibu bapa yang prihatin, kita hendaklah
sentiasa memantau dan melihat perkembangan anak-anak dengan sentiasa berada
bersama mereka di saat mereka memerlukan kita. Tepuk dada Tanya selera kerana
di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Tanggungjawab ibu bapa bukan sekadar melahirkan
mereka ke dunia sahaja. Sebaliknya ibu bapa memikul tanggungjawab yang besar
dalam mendidik anak-anak menjadi seorang insane yang berakhlak mulia. Belakangan
ini, gejala social yang melanda institusi pendidikan sangat membimbangkan. Anak-anak
terjebak dengan gejala tidak sihat dan salah laku disiplin telah mewarnai dunia
pendidikan yang dianggap suci dalam Negara kita. Kes buli, bergaduh, penagihan
dadah, merokok dan yang paling tinggi ponteng sekolah telah menjadi isu yang
tiada penyelesaiaannya. Ibu bapa seolah-olah membutakan mata dan memekakkan
telinga menerima laporan daripada pihak sekolah seolah-olah tiada apa-apa yang
berlaku kepada mereka. Sebenarnya ibu bapa perlu memahami bahawa tanggungjawab
mendidik anak-anak merupakan amanah Allah terhadap mereka. Tiada ibu bapa yang
mahukan anak-anak mereka terjebak dalam gejala tidak sihat. Bagaimana caranya? Jawapannya
ialah ibu bapa perlu menunaikan tanggungjawab terhadap anak-anak mereka dengan
memastikan pembesaran anak-anak dan keperluan mereka seiring dengan
perkembangan semasa. Justeru, ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada
anak-anak mereka agar tiada kes anak-anak menghantar ibu bapa ke pusat jagaan
orang tua atau rumah-rumah kebajikan apabila mereka tua kelak.
Intihanya, sebagai ibu bapa kita perlu berusaha
melaksanakan rutin, tugas dan tanggungjawab kita terhadap anak-anak. Zaman siber
dan serba rencam dengan pelbagai aplikasi teknologi maklumat terkini
memungkinkan anak-anak kita menjadi gajet-gajet yang hanya laris pada masa-masa
tertentu dan dibuang apabila muncul benda-benda baru yang lain. Oleh itu, kita
perlu bergerak sederap bersama pihak kerajaan membentuk keluarga sakinah yang
cemerlang di dunia dan di akhirat.
No comments:
Post a Comment