Photobucket

Wednesday, November 25, 2009

CUTI-CUTI MALAYSIA

GUYS,
Ada apa2 plan masa cuti? Klu tiada pergilah bercuti. Rehatkan minda n tenangkan fikiran. Kalau tak tahu nak ke mana dtglah bercuti ke Pulau Labuan. Banyak tempat menarik kat sini. Esok cikgunie publish post gambar2 menarik kat Pulau MUtiara Laut China Selatan nie. Memang menarik sebab tu cikgunie dah dua kali dtg kat labuan nie. Dulu ikut suami masa mula kahwin (1996-2001). 3 org anak cikgunie lahir kat sini. Kemudian tahun 2007 cikgunie dtg semula kat Labuan nie juga ikut suami. Bulan Sept 2009 hubby cikgunie posting balik KL tp cikgunie masih lagi duduk kat labuan nie. Kalau nak tahu apa keistimewaan Labuan, dtglah bercuti ke sini. SELAMAT BERCUTI. MINGGU DEPAN CIKGUNIE BALIK BERCUTI KAT KEDAH. SEMINGGU JE. LEPAS TU BALIK SEMULA KE LABUAN. ITULAH ISTIMEWANYA LABUAN.

TAHNIAH BUAT ADIK-ADIKKU

Pertama,
Tahniah buat Cik Noor Aini Binti Ahmad sebab berjaya jadi Peguam Syarie n Peguam Civil sekaligus. Jangan lupa belanja Abang Mizi sebab dia bersusah payah cari Wisma Negeri utk hantar borang permohonan Peguam Syarie bulan Mei dulu.

Kedua,
Tahniah buat Encik Samsuddin Bin Ahmad kerana telah dinaikkan pangkat n berjaya mendapat pertukaran dari Hospital Seberang Jaya ke Hospital Baling.

Ketiga,
Tahniah buat Ayuazira Binti Ahmad kerana telah berjaya mengambil peperiksaan SPM di sekolah asal, iaitu SMK Kuala Nerang.

JAWAPANNYA DUNIA JAM 10

DUNIA APA YANG HANYA ADA DUA ORANG SAHAJA

4A 1B

Sebenarnya selain drpd kejayaan anak murid, perkara yang membahagiakan seorang guru spt cikgunie ialah kejayaan anak-anak sendiri. Anak cikgunie empat orang. Yang sulung thn nie ambil UPSR, yg kedua tahun 3, yang ke3 thn 2 n yg bongsu 6 thn. Minggu lepas 14 Nov 2009, hari konvokesyen prasekolah anak cikgunie yg bongsu. Dptlah cikgunie n anak bongsu nak pentas dan dewan konvensyen Ujana Kewangan. Esoknya, 15 Nov pula Hari Anugerah SK Pekan Satu. Anak sulung cikgunie naik pentas dpt anugerah Pengawas Terbaik n matapelajarn terbaik. Anak ke3 pula dpt anugerah matapelajaran terbaik. Malangnya anak ke2 cikgunie dpt nombor 4 dlm kelas n tak dpt naik pentas utk terima hadiah. Mukanya masam sepanjang majlis. Cikgunie bernasib baik sbb SK Pekan Satu buat cabutan bertuah utk ibubapa yg dtg kemajlis tersebut. Tak disangka nama cikgunie bertuah kerana memenangi acara cabutan bertuah. So, cikgunie meminta anak ke2 cikgunie yg xdpt anugerah naik ke pentas utk mengambil hamper. Barulah mukanya kembali ceria. 19Nov pula result UPSR keluar. Anak cikgunie cuma dpt 4A1B sj. Mengamuk sakan cikgunie sbb anak cikgunie xdpt 5A. Stlh beberapa hari barulah cikgunie terfikir klu kat umah cikgunie ckp bahasa Melayu hari2 mcm mana anak cikgunie nak dpt A utk subjek BI. Pengajarannya, jgn abaikan BI wpun ia bukan bahasa rasmi negara kita.

PEPERIKSAAN SPM 2009


SPM OH SPM

MANUSIA SELALU LUPA

Hai guys,
Lama cikgunie tak online bloggers. Bukan apa, terlalu sibuk. Tapi tentu ada org hairan, klu terlalu sibuk takkan tak sempan nak online. Bukan lama pun cuma beberapa minit sj nak publish post dlm masa sehari tp knp cikgunie tak tak sempat jg. Biarlah cikgunie berkongsi criter kat sini. Sebenarnya cikgunie lupa password nak buka blog nie. Tadi masa tgh main game zuma, cikgunie terfikir tentang nama glamor cikgunie zaman sekolah dulu. Rupanya itulah password cikgunie. Mulai hari nie, cikgunie catat dlm dlm diari nombor atau benda penting agar tak lupa. Ingat, catatan adalah ubat kepada penyakit pelupa kita.

Tuesday, November 3, 2009

TEKA TEKI 2

Dalam banyak-banyak air, air apa yang paling berani?
Benda apakah apabila kita berdiri dia tidur, apabila kita tidur dia berdiri?
benda apa apabila pergi dia terbang,apabila dia balik dia berenang?
satu dua tiga empat,
lima enam tujuh lapan,
binatang apa berkaki empat?
bila makan dia barjalan.

Pagi tadi, seluas seratus ekar dusun buah2 di Labuan telah terbakar.sSemua buah2 terbakar keluar 3 jenis sahaja yang tidak terbakar.Apa nama buah2 itu?

teka teki

Dalam banyak-banyak ikan, ikan apa yang paling besar?

Dalam banyak-banyak ibu, ibu apa yang paling besar?

Dalam banyak-banyak kaki, kaki apa paling besar?

Dalam banyak-banyak isteri, isteri apa paling besar?

Dalam banyak-banyak benda, benda apa paling besar?

JAWAB JANGAN TAK JAWAB.