Photobucket

Wednesday, May 23, 2012


Doa Taubat
MAKSUDNYA,,,,,
“Aku memohon ampun atas segala dosaku kepada Allah Yang Maha Agung. Ya Tuhan Kami, kami terlanjur berbuat aniaya terhadap diri kami sendiri, jika Engkau tidak mengampuni kami dan tidak mengasihi kami, pastillah kami ini tergolong orang yang rugi. Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan hapuskanlah kesalahan-kesalahan kami, serta wafatkanlah kami bersama orang-orang yang baik. Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang yang zhalim. Ya Allah, ampunilah dosaku semuannya, baik yang halus maupun yang kasar, yang terdahulu dan yang kemudian, yang nyata dan yang tersembunyi. Ya Allah, aku telah menganiaya diriku sendiri dengan aniaya yang banyak lagi besar, padahal tak ada yang dapat mengampuni dosaku selain Engkau, karena itu ampunilah segala dosaku dengan ampunan dari hadirat-Mu dan kasihanilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

Doa Terhindar dari kejahatan / Surat Al-Falaq
MAKSUDNYA,,,,
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakan: “Aku berlindung dari Tuhan subuh. Dari kejahatan makhluk-Nya. Dari kejahatan malam bila gelap gulita. Dan dari kejahatan tukang sihir yang meniup-niup pada buhulan. Dan dari kejahatan orang yang dengki bila ia dengki

Kemenangan dan Kesalehan
MAKSUDNYA,,,,
“Ya Allah, jadikanlah kami orang-orang yang mendapat kemenangan, wahai Tuhanku, bukalah segala kunci-kunci hati kami dengan menyebut –Mu dan sempurnakanlah atas kami nikmatMu dan curahkanlah atas kami keutamaan –Mu dan jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang shaleh.

Menerima Khabar Gembira
MAKSUDNYA,,,,
“Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara segala alam pujan yang menyamai nikmat-Nya dan menandingi keutamaan-Nya.”

Pertolongan dalam segala hal

MAKSUDNYA,,,,
“Ya Allah Tuhanku, bantulah aku dan janganlah Engkau membantu untuk menyulitakn aku tolonglah aku dan janganlah Engkau menolong untuk menyengsarakan aku, berilah aku siasat dan janganlah Engkau beri siasat untuk mengalahkan aku, mudahkanlah petunjuk bagiku, dan tolonglah aku terhadap orang yang menganiaya diriku. Ya Tuhanku, jadikanlah aku orang yang bersyukur pada-Mu, ingat pada- Mu, takut pada-Mu, taat pada-Mu, memenuhi perintah-Mu, dan kembali kepada-Mu, Ya Tuhanku, terimalah taubatku, cucilah dosaku, perkenankanlah doaku, tetapkanlah hujjahku, tujukilah hatiku, luruskanlah ucapanku, dan lenyapkanlah kedengkian hatiku.”

Penjagaan dari gangguan ular
Salaamun ‘alaa nuuhin fil ‘aalamina.
MAKSUDNYA,,,,
Keselamatan atas Nabi Nuh as, yang ada di alam semesta.
(Sumber : Ustazah Roshidah Binti Saad, SMK Mutiara, WP Labuan.)

KELEBIHAN DOA WUDUK,,,,


DOA WUDUK

Tahukah pelajar sekalian, salah satu syarat sah sembahyang ialah mengambil wudhuk. berikut adalah cara-cara mengambil wudhuk yang sempurna dengan wudhuk yang sempurna insyaallah kita akan mendapat kekhusyukan dalam sembahyang.

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya ...Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".
Penjelasannya:
1. Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.
2. Ahli syurga mukanya putih berseri-seri .
3. Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan .
4. Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri.
5. Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala. 6. Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dan lain-lain.
7. Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali .
8. Qada' dan Qadar kita di tangan Allah . Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri. Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa ? Pernahkah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam ?. Pernahkah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam? Bersyukurlah dan bertaubatlah selalu. "Sampaikanlah pesanku biar pun satu perkataan......"
(Sumber: Ustaz Zainal Abdul Wahab, SMK Mutiara, WP Labuan

Bahasa Melayu PMR Kertas 2 (Bahagian A)


RINGKASAN KARANGAN

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan  tentang faktor-faktor yang menyebabkan pertambahan pekerja asing di Malaysia. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah kata. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Belakangan ini jumlah pekerja asing yang datang mencari rezeki di negara kita semakin bertambah. Peningkatan ini disebabkan oleh kepesatan pembangunan yang semakin rancak dan pesat berkembang. Kebanyakan pekerja asing ini terlibat dalam sektor perladangan, pembinaan, dan perkilangan. Ada juga yang menjadi pembantu  rumah dan pembantu restoran.

Sebenarnya terdapat beberapa punca kemasukan pekerja asing secara mendadak ke negara ini. Antaranya ialah sikap penduduk setempat yang terlalu memilih pekerjaan. Mereka tidak mahu membanting tulang di tengah panas atau bergelumang dengan selut lumpur di tengah sawah ladang. Sehubungan itu, para majikan lebih suka mengupah  dan membawa masuk pekerja asing untuk menampung kekurangan pekerja setempat. Sikap sedemikian telah memberi keuntungan kepada pekerja asing.

Bagi pekerja asing pula, mereka tidak mempunyai pilihan. Mereka tidak mempunyai pendidikan yang tinggi untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik. Walaupun kadar upah yang diterima oleh mereka lebih rendah daripada yang dibayar kepada pekerja tempatan tetapi kadar upah itu lebih lumayan jika dibandingkan dengan kadar upah di negara mereka sendiri. Oleh hal demikian, mereka tidak teragak-agak meninggalkan negara mereka untuk merebut peluang pekerjaan yang ditawarkan di negara ini.

Sementara itu, terdapat juga pihak majikan terutama pengusaha ladang dan kontraktor yang lebih cenderung mengambil pekerja asing. Hal ini demikian kerana gaji yang dibayar kepada pekerja asing itu adalah lebih rendah daripada pekerja setempat. Di samping itu majikan tidak perlu mengekluarkan wang insuran dan caruman pekerja kepada Kumpulan wang simpanan Pekerja (KWSP). Secara tidak l;angsung keadaan ini dapat mengurangkan kos tenanga buruh kepada majikan.

Sebagai kesimpulan, kemasukan pekerja asing ini banyak memberikan keuntungan kepada pihak majikan. Walaubagaimanapun kemasukan mereka haruslah dikawal bagi mengelakkan pengangguran dalam kalangan rakyat setempat. Selain itu kelonggaran dasar kerajaan terhadap pekerja asing dapat menyebabkan kadar upah pekerja setempat menjadi rendah seterusnya menjejaskan taraf hidup penduduk setempat.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Kebanjiran Pekerja Asing Menggugat Peluang Pekerjaan Penduduk Setempat, dewan Masyarakat, Mei 2008)

Latihan Karangan Respons Terbuka 2012


Bahagian B

[100 markah]

[Masa dicadangkan: 1 jam 30 minit]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

1                    Pihak sekolah sering mengadakan program motivasi dan bengkel menjawab soalan peperiksaan untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam bidang akademik dan memantapkan jati diri pelajar.

Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan di atas?.

2         Media massa sering melaporkan kes jenayah seperti peras ugut, ragut, penculikan, dan pembunuhan. Keadaan ini mewujudkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa untuk melepaskan anak-anak mereka keluar berseorangan.

Berikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk menjaga keselamatan anak-anak mereka semasa di luar rumah.

3                    Sebagai wartawan sebuah buletin pengguna, anda dikehendaki mewawancara seorang penasihat Pelaburan Nasional Berhad (PNB) tentang kebaikan melabur dalam skim amanah saham yang dianjurkan oleh kerajaan seperti Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham 1Malaysia, Amanah Saham Gemilang, Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) dan banyak lagi.

Tulis wawancara itu selengkapnya.

4                    Pasukan bola sepak kebangsaan sering gagal untuk bersaing di peringkat antara bangsa.

Nyatakan langkah-langkah memantapkan pasukan bola sepak kebangsaan untuk bersaing dalam Piala Dunia akan datang.

5                    Baca dengan teliti pantun yang diberi.

Anak merpati disambar helang,
            Terbang ke titi di dalam huma;
Harimau mati meninggalkan belang,
            Manusia mati meninggalkan nama.
           
                  Tulis sebuah cerpen yang ada kaitan dengan maksud pantun di atas.

Peperiksaan pertengahan tahun vs Cuti pertengahan tahun....

Selamat menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Selamat Bercuti kepada semua pelajar dan semua guru seluruh Malaysia. Selepas berhempas pulas menjawab soalan peperiksaan pertengahan tahun yang bermula sejak 9 Mei 2012 hingga 24 Mei 2012, semua pelajar yang Cikgunie kasihi tentu penat, kan? Oleh itu, sempena cuti sekolah yang bermula 26 Mei 2012 nanti, pergilah melancong dan bercuti untuk menenangkan minda. Kepada calon UPSR, PMR, SPM dan STPM selamat mengulangkaji pelajaran. Cuti bukan tiket untuk "merehatkan" buku-buku teks dan nota-nota sebaliknya cuti adalah waktu "bertenang" untuk muhasabah diri tentang topik-topik yang belum dikuasai oleh pelajar. Gunakanlah masa cuti untuk membuat refleksi kelemahan diri tentang topik-topik sukar dalam setiap mata pelajaran. Motivasi hari ini...."Hidup Hendaklah Berusaha, Barulah Kita Akan Berjaya"....